Wednesday, February 23, 2011

~~ZaMAn MuDaKu~~

persahabatan....ermm, bagi sy p'sahabatan tu sngt lah penting, sbb sy ni ala-ala manja ckt (toink toink) hehe, so mmg x blh hdp tnpa shbt...tapi seyes cakap persahabatan masa time2 skolah dlu mmg best...rasa mcm adk brdk...time form 5 adalah kngan yang ter' sweet (haa.. betul ker ayat ni..hentam saja la...) saya ada...kawan2 yang berkongsi segala2nya..geng kami ada 5 org (bukan geng kapak yer...NURULAIN yang sangat cengeng,suka sangat nanges..sbb 2 kitorang suke usik2 dia..
nk knl orgny tgk pic ni :
dulu budak ni sngt comot...skrg ok la ckit..hehe n 3 orang lagi adalah hero-hero malaya yang sengal iaitu IZWAN, MAHADI a.k.a didiey n KHAIRUL a.k.a apek...dorang2 ni sumer dak nakal time skolah dulu...sy????.....erm, sy jer la yg sopan ckit....huhu..padahallll......??? layanzz gambar dulu...

                                                            nilah didiey n apek.....
                                        ini pulak izwan yg sengal ; kami 'gmbr ala2 model motor

indahnya persahabatan dengan mereka-mereka ini x blh d gmbarkan ngn kata2....alhamdullillah hingga skrg pun kami msh lg mcm ni.....kami bersama bukan sj atas dsr sahabat...tp atas tali persaudaraan yang telah tersimpul mati...
teringat kenangan lalu....kami 'pose ' plik cenggini sbb nk tunjuk selipar sbenarnya..hikhik.....n yang penting gak motor ego 2, hadiah dari my mum n my dad sbb dpt nek form 6...maklum la bdk nakal dpt nek form 6...mcm x p'cy kan....tp sbb 2 org kata jgn nilai seseorg tu dr luarannya...chehhhhh......hee






sungguh demi allah sy sngt sygkan mereka2 ini...mereka mengajar sy erti persahabatan yg sbnar... walaupun kami nakal tp syukur alhamdullillah kini kami ada kehidupan yang baik....masing2 sedang melakar kejayaan yang suatu ketika dulu hnya mmpi dan dianggap sbg omong kosong....namun kini,ia bnr2 mnjd realiti......buatmu shbt : ingtlah aku tdk p'nah berubah walau siapa pun aku hari ini....smoga kalian juga tdk akan p'nah berubah kerana persahabtan itu adalah 'KITA'.......

*izwan kini seorang polis yg berdedikasi walaupun dulu dia sngt bnci pd polis....haha...
*didiey kini bisnessman.... walaupun x pernah lulus subjek matematik....
* apek???? ntah la mcm2 kje dia buat....cam astro : mcm2 ada
*ain kini menuntut d UNIMAS.....moga terus berjaya kejar cita2...
* dan sy (si muka plastik ini) masih lg mnuntut d upc opkos la jd cekgi sutu hr nnti...walaupun x pernah suka jd cekgi...sbb tu org kata jgn bnci pda sesuatu bnda sbb nnti kita akn sukakannya....
ok.....apa2 pun SHBT mmg best...!!


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, February 14, 2011

muslim idaman

muslim Idaman... (",)


Seorang muslim yang muslimah idamkan
Ialah seorang muslim yang BUTA, BISU, BAKHIL dan PAPA…

Biarlah dia seorang yang BUTA
-Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..
-Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..
-Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah..
-Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya..

Biarlah dia seorang BISU
-Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
-Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..
-Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..
-Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan..
-Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..
-Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran..


Biarlah dia seorang yang BAKHIL
-Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya..
-Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
-Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..
Tetapi….
-Dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya..
-Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..
-Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran..
-Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH… Kembali megah di muka bumi

Muslimah juga idamkan seorang muslim yang PAPA

-Papa dalam melakukan perkara maksiat..
-Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tiada manfaat..
-Papa dari memiliki akhlak mazmumah..
Tapi…
-Dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan..
-Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..
-Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
-Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati serta shakhsiah diri..
Kerana Dia mahu menjadi seorang syuhada..Yang syahid di jalan Maha Esa..

Persoalannya...
Masih adakah muslim idaman itu?

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Friday, February 11, 2011

adakah kau sudi menjadi imam disetiap solatku?

cinta...satu perkataan yang indah dan sukar untuk dterjemah keindahannya...cinta  itu datang tanpa suara tanpa kata tanpa rupa...namun dapat dirasa...

Seringkali & acapkali kita mendengar persoalan yang lazimnya akan dipersoalkan Muslim Idaman pada  Muslimah Pujaan hatinya, soalan begitu dan begini.. Bukan kerana cerewet atau terlalu memilih, tetapi kerana ingin memiliki “wardah” terbaik untuk menjadi suri Bayt Muslimnya sekaligus sama-sama berusaha mencari redha Ilahi.

terkenang seseorang muslim idaman bertanya pada muslimah pujaan :
(buat kekasihku: faizul azani )



Wardahku..
Sudikah dikau menjadi Makmum,
di setiap solatku?!!
Agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
Adakah kau sudi untuk menjadi Penjaga,
diri dan maruahku..
Agar hidupku lebih “sakinah” dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Murobbiyah,
untuk "qalbu" dan jiwaku..
Agar rohaniku terisi nur hikmahNYA
dan akhlakku terjaga hendaknya..

Duhai Mawar,
Adakah kau sudi menjadi Pemerhati,
pada setiap “harokah” dan langkahku..
Agar ku tahu mana “khilaf” dan songsang pada peribadiku..

Sudikah kau menjadi Rafiqah ku,
di saat "surur" dan "hazan" ku..
Agar suatu hari, jika “ibtila” itu datang,
air mataku ada yang sudi menghapuskan..

Sudikah kau menjadi Pembela,
bagi diriku dan “dinn”ku..
Agar ku terus berada di atas “sirotul mustaqim”..
Zahrah Berduri,
Sudikah kau menjadi Penggerak,
"ruh jihad" juga semangatku..
Agar bila ku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar “ibtisam”mu..

Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku.. Mendengar luahan “qalbu”ku,
Agar ku boleh berbicara apa sahaja,
Dengan mu tanpa ada rasa ragu..

Adakah kau sudi menjadi “Qurratul ‘Aini”,
tika ku kesunyian..
Agar aku boleh ketawa riang












Namun wahai “Rajul Dinn”, apa pula  jawabmu pabila “Wardah Solehah” mengatakan begini padamu :


Duhai Sirajul Ummah,
"Ya, Aku sudi..
Kerana ketahuilah, kau pilihanku kerana 
ALLAH s.w.t
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk 
ROBBUL ‘IZZATI"

Tetapi,
Inginku kembalikan soalan ini kepadamu..
Adakah kau sudi untuk terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
Jika, aku sudah tidak seperti dulu?!!

 

Sudikah kau pula menjadi
Imam… Penjaga… Murobbi…
Pemerhati… Rafiq… Pembela…
Penggerak… Sahabat… dan Qurratul ‘Ain ku…
Jika, suatu ketika nanti..
Aku sudah tidak mampu lagi menjadi,
Makmum di setiap solatmu?!!

Jika……..
Aku sudah TIDAK mampu lagi untuk :
 
menjagamu...,
menemanimu..,
memerhatikanmu..,
mendidikmu..,
membelamu..,
menggerakkanmu..,
menjadi sahabatmu dan
Qurratul ‘Ain mu..,
Adakah kau masih sudi? 
Wahai .....................!!!

Tidak mengapa…
Aku yakin dan percaya…
Kau masih sudi…
"Kerana sepertiku, Kau memilihku kerana ALLAH s.w.t.
dan Aku juga menjadi pilihanmu kerana petunjuk 
ROBBUL ‘IZZATI




***glosari***
sakinah : tenang
Murobbi / Murobbiyah : Pendidik
qalbu : Hati
harokah : Gerak
khilaf : Salah
Rafiq / Rafiqah  : Teman
Surur : Gembira
Hazan : Kesedihan
Ibtila' : Ujian
Dinn : Agama
Qurratul ‘Aini : Penyejuk mataku (penghibur)
Ibtisam : Senyuman
Ruh Jihad : Semangat perjuangan
Sirotul Mustaqim : Jalan yang Benar

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...