Sunday, June 23, 2013

hubungan tanpa nama

kisah cinta aku kisah yang tidak sempurna seperti kisah kamu. kisah cinta aku kisah berliku. penuh batu-batu belum kira lagi duri-duri yang bercelaru. kisah cinta dulu telah kupadam dengan rasa pilu. lama aku berdiam diri. takut nak mencuba lagi. tiba satu hari, aku jumpa cinta baru. bukan aku yang menggerakkan cinta itu. bukan juga dia yang melirik manja atau menggoda. tapi takdir yang banyak membuatkan kami bersama. bersama dalam pelbagai rasa. aku atau dia sama-sama mengikut jalan yang ditunjuk oleh takdir. sampai satu masa kami tersedar yang kami sudah jauh dalam perhubungan yang dinamakan cinta.

bila ia terjadi??? bagaimana ia terjadi?? semua itu di luar jangkaan kami. untuk apa ia terjadi?? untuk apa ia bersemi??? dulu kami jelas tentang matlamat itu tapi bila satu masalah tiba aku mahupun dia mula kabur tentang matlamat itu.... tapi kami tidak mampu untuk mengikut jalan yang berbeza. hingga kini kami masih bersama melalui jalan yang sama.... tapi mungkin matlamat kami yang berbaza... mungkin sampai pada satu jalan yang bersimpang kami akan berpisah... mungkin..... tapi jauh adalam hati aku mengaharapkan agar kami tidak akan melalui jalan bersimpang yang akan membuatkan kami terpisah.

kisah cinta yang aku lalui membenihkan semangat dalam diri. kesakitan yang menimpa menjadi motivasi untuk terus berjaya. bagaimana aku boleh terus tersenyum setelah dugaan melanda bertimpa-timpa dalam satu masa???

jawapannya: berpura-pura lupa dengan masalah yang dihadapi membuatkan aku terus tersenyum hingga ke hari ini...bukan takut nak menghadapi tapi biarlah ia terjadi dengan sendiri mengikut perancangan ilahi.

::hubungan tanpa matlamat itu sakit tapi hidup tanpa dia lagi sakit, maka aku terus bertahan walaupun tanpa status::

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, June 6, 2013

melangkah masuk dengan hiba melangkah pergi juga sama

 
05/06/2013 
Tarikh ini mungkin biasa. tak ada apa yang berbeza. aku masih membuka mata. masih mampu berjalan ke sini sana. masih tersenyum pada yang menyapa. namun tarikh ini membuat aku berasa hiba. terasa duka datang menyapa jiwa. aku bakal hilang segala. perjuangan di bumi muallim bakal berakhir dalam beberapa ketika.

Dalam bilik kecil itu aku melihat kawan-kawan gigih menyiapkan ayat-ayat yang terakhir. ku renung satu persatu wajah mereka. aku pasti akan ada rindu yang menyapa. aku pandang kertas putih depan mata. siapkan ayat terakhir sebelum kertas dipungut pemeriksa. ohh...kini aku sudah lega. tapi kenapa hati sakit seper

ti menderita. oh aku bakal kehilangan teman untuk berbicara. bakal menjalani hidup lain yang bakal tiba. meninggalkan cerita 4 tahun yang telah direka dengan sempurna. rutin harian akan berubah selama-lamanya.

5 jun 2013, 4.30 petang...aku kini bebas. tiada lagi kelas, tiada lagi esaimen tiada lagi ujian/peperiksaan. kami masih di kerusi. terasa seperti tidak mahu pergi. takut sekali pada ucapan selamat tinggal. masih ada yang sibuk untuk bergambar. kali terakhir di kerusi peperiksaan. selepas ini mungkin gambar di meja pengantin pula. aku lihat satu persatu wajah mereka. terasa tidak puas. entah kenapa senyum mereka seperti palsu. kami berpelukan memohon maaf bersalaman. tangis kami bergema menjadi satu.
ya allah. kuatkan aku menerima perpisahan. sahabat, maaf ku pohon. andai ada salah perlakuan. andai ada perkataan mengusik perasaan. MAAF...hanya itu yang mampu diungkap. dan untuk kalian aku maafkan segalanya, aku halalkan semuanya...tidak ada apa-apa lagi hutang yang akan membuatkan resah dalam hati kita. selamat tinggal sahabat, selamat tinggal teman, selamat tinggal UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

gambar semester 4 : sayang UPSI


#empat tahun dulu melangkah masuk dengan air mata, tak sangka melangkah pergi juga sama#

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, June 2, 2013

dia yang ingin aku temui dengan kisah yang berbeza

 

          Aku mahu jumpa dia dengan situasi yang berbeza. bukan dengan kabar yang luar biasa. itu yang aku semat dalam jiwa bila dirinya muncul dalam ingatan sekali sekala. ceritanya bermula dengan aku yang mencari dia. kawan lama. lebih kepada bekas kekasih sebenarnya. selepas sembilan tahun aku mencuba akhirnya semalam aku jumpa. bukan jumpa dia tapi jumpa akaun facebook kawannya. aku tanya perkembangannya. dalam beberapa jam kemudian dia terus menambah aku jadi kenalannya. aku terima dengan niat bertanya kabar kawan lama.
Dia masih lagi kacak seperti dulu. itu kata aku. orang lain aku tak tahu. walaupun sudah sembilan tahun berlalu tapi cerita itu masih kekal dalam kotak hatiku. aku ambil peluang melihat perkembangan hidupnya melalui status yang di update setiap masa. rasa teruja pula. tiba-tiba dia menghantar mesej di ruangan chatting dan perbualan bermula. ohh..kenapa tiba-tiba aku gementar gila. adakah perasaan itu wujud semula, tapi bila melihatnya aku tidak punya rasa apa-apa. ahh..mungkin itu kerana kenangan yang terlayar di minda tika dia membuka cerita tentang suatu masa. 

Lama kami berkongsi cerita. dulu dia yang pergi tanpa khabar berita. tapi aku tidak berdendam menyimpan benci dalam jiwa sebab bagi aku itu cinta monyet semata. yang perlu aku lalui sebelum menjejak erti dewasa. dia mula berkata sayang. ohhh...jangan harap jiwaku melayang. kalau dulu mungkin kata sayangnya buat aku gila bayang. dia mula memuji..."awak makin cantik" aku tahu itu satu taktik.

hari ini aku rasa mahu stalker lagi laman sosial miliknya. bukan aku mula rindu atau mengharap yang dah berlalu itu bermula. tapi aku pelik melihat gambar-gambar miliknya. rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dalam hati terdetik, bagaimana kehidupan dia sekarang. aku harap baik-baik saja. akhirnya aku temui banyak perkabaran duka. duka bagi aku mungkin bahagia baginya.



Dia dah berpunya. bukan sekadar bercinta tapi sudah berumah tangga. aku terkejut gila. sekali rasa macam tak percaya sebab usianya yang masih muda. bukan itu saja yang buat aku terkejut gila tapi dia berkahwin dengan gadis cina itu yang buat aku berduka. berkahwin dengan gadis cina yang aku tidak tahu apa agamanya. aku melihat gaya hidup mereka jauh dari normal manusia beragama islam. itu yang membuat aku jiwaku kelam.aku jumpa blog isteri dia. tapi semua dalam tulisan cina. macam mana aku nak baca. sepatah pun aku tak tahu apa maknanya. tapi aku jumpa gambar dia sedang menyambut krismas dengan gembira. aku hanya mampu berdoa semoga apa yang aku fikir ini tidak benar belaka. ya allah, aku sayang dia sebagai sahabat. andai dia jauh tersesat....berilah dia hidayah untuk bertaubat. semoga hidupnya berkat.

# walaupun hadirnya hanya mencalitkan warna duka, namun aku mahu dia selalu bahagia#



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, May 27, 2013

CAMERON HIGHLANDS aku datang..!!!!

 
salam semua
korang pernah pergi cameron highlands tak? mesti pernah kan...cik eija jerla kot yang baru pergi kali pertama setelah 24 tahun hidup kat dunia ni...kesian kan??? sangat kesian...tapi bersyukur lah sekurang-kurangnya dapat juga pergi berbanding dengan orang yang tak berpeluang lansung untuk pergi kan kan kan???? (angguk lerrrr)
ok, fine..!!! sekarang ni cik eija cuti study week la konon-kononnye kan...semester akhir ni (tetap nk bagitau jugak..haha) .... so bosan, kitorang pun pergi lah cameron....sampai sana terus jakun...tak terkata melihat keindahan...tambah-tambah lagi tengok bunga yang mekar berkembang. subhanallah indahnye ciptaan allah..
malas dah nk tulis panjang-panjang. layan gambar jer lah ye...


















oppppssss...this is my junior...:)



sweet takk..?





kami jadi kanak-kanak ribena+strawberry kejap



saya suke gambar ni...suke sangat



dapat hadiah ni ... !!!

comel tak kak ton..??




ok...!!! dah tengok kan gambar-gambarnya...?? tu baru sikit tau....klau nak masukkan semua memang 'hang' lappy nih..hahahaha. cik eija syorkan kome semua pergi lah cameron highlands ye..!! cuti-cuti dalam malaysia ye...!!!

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Friday, May 24, 2013

KARNIVAL APRESIASI SASTERA KANAK-KANAK

 
 
 
karnival apresisi kanak-kanak adalah salah satu program yang telah dikendalikan sepanjang belajar di UPSI. program-program lain tak pernah saya coretkan di sini tapi untuk kali ini saya berasa ingin mengabadikan kenangan di sini. kenapa?? sebabnya ini adalah program terakhir yang dikendalikan oleh geng AT 01 ijazah sarjana muda pendidikan kesusasteraan melayu dengan kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

banner

program ini telah dirasmikan oleh Dr. Dahlia Janan iaitu ketua jabatan di fakulti bahasa dan komunikasi. majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan perasmian. kemudian aktiviti dimulakan pada jam 10.30 pagi setelah menunggu ketibaan semua ibu bapa yang membawa anak-anak mereka.

aktiviti pertama yang diijalankan ialah aktiviti melukis. kanak-kanak yang terdiri daripada umur 4-9 tahun diberikan tema bebas untuk melukis. macam-macam gaya lukisan yang boleh dilihat. keletah mereka mencuit hati saya. inilah kali pertama program kami melibatkan kanak-kanak kerana selama ini kami lebih memfokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan juru pelajar Universiti. pengalaman ini sangat bermakna bagi kami sebagai mahasiswa yang akan keluar sebagai guru nanti.


ini antara kanak-kanak yang mengambil bahagian


ibu yang sibuk memberi galakan supaya anak melukis
seterusnya aktiviti diteruskan dengan aktiviti mewarna. kanak-kanak ini dilihat sangat gembira dengan aktiviti mewarna. mungkin kerana memang perangan kanak-kanak yang suka bermain dengan warna yang cantik-cantik. tidak dinafikan bahawa bakat anak-anak ini boleh dilihat darii kecil lagi. tahap sosialisasi mereka bagaimana, keaktifan mereka, keberanian dan sebagainya. hal ini adalah menjadi peranan ibu bapa untuk membina peribadi anak mereka kelak.



aktiviti mewarna tamat pada jam 11.30 tengahari. kemudian sebelum melepaskan mereka untuk berehat, kami telah berbincang untuk membuat persembahan bersama kanak-kanak ini dengan beberapa jenis tarian seperti chicken dance, senaman si tommy, gwiyomi dan kalau rasa gembira. kemudian peserta yang terdiri daripada kanak-kanak telah diberi rehat selama 45 minit. telah disediakan sedikit makanan untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang hadir. semasa waktu rehat ini ajk yang berkenaan sibuk membuat pemilihan pemenang untuk kedua-dua aktiviti tersebut. tengok yer gambar sesi perbincangan ni (saya ada kat situ---toinkk tiba-tiba kan)
kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak

serius nye muka juri..hihihi

setelah tamat waktu rehat, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti berkumpulan. aktiviti ini dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, untuk melihat kanak-kanak yang paling aktif dan mempunyai bakat kepimpinan. aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan ialah menyusun puzzle, mengenal bentuk, menghasilkan trademark. setelah semua aktiviti berakhir, acara penyampaian hadiah pula berlansung. semua peserta yang hadir mendapat hadiah yang telah disediakan oleh penganjur. semua peserta gembira dengan aktiviti pada hari ini. sebelum pulang kami sempat merakamkan gambar bersama.
ajk pelaksana, pensyarah, peserta dan ibu bapa

saya mewakili AJK pelaksana program mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan membawa bersama anak-anak mereka. kami amat-amat berbesar hati kerana sudi memberikan sokongan kepada kami. selain itu semoga karnival seperti ini akan dijalankan lagi selepas ini kerana ianya dapat memberikan keseronokan sambil belajar kepada anak-anak. tahniah kepada ibu bapa yang membawa anak-anak untuk program seperti ini.

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Wednesday, May 22, 2013

Drama di hari jadi yang buat aku menangis tak berhenti

 
aku tengok jam pada tangan kiri, pandang telefon berkali-kali. kenapa mesej ucapan hari jadi tak masuk lagi. pukul 12 pagi sudah dilewati. aku tunggu lagi. pandang kanan pandang kiri, tengok kawan ada berbaring sambil mesej kekasih hati. mungkin la aku pun tak pasti. pukul 12.30 pagi dilewati dalam sepi. telefon kawan berbunyi lagi. dengan nada yang sama, jadi aku pandang telefon aku, ahh bukan telefon aku tapi telefon dia yang berbunyi. aku frust giler macam nak bunuh diri.
kawan tersengih angkat telefon sambil berdiri, bercakap sekejap kemudian menjeling. aku buat muka sememeh tak puas hati. dia berpaling sambil telefon diberi "Nah pakwe aku nak wish hari jadi.." aku sambut dengan muka tak ada perasaan sebab bukan itu yang aku harapkan. aku tekap telefon di telinga. aku dengar suaranya. "AWAK, HAPPY BESDAY...". aku diam tak terkata. kenapa suara dia sama macam suara itu...sekali lagi aku dengar bicaranya "HAPPY BESDAY SAYANG,......bla bla bla" aku tak tahu apa butir bicaranya. hati dan akal sibuk menafsir suara itu. subhanallah...tanpa sepatah bicara...hanya air mata yang tiba-tiba mengalir laju, suara itu, ucapan itu...ucapan yang aku tunggu.
kawan lari keluar rumah. tau takut aku marah. dialah dalang disebalik peristiwa berdarah (hiperbola). aku kejar dia sampai ke rumah. ha..ha..ha..hebat, lakonan yang hebat. terima kasih sahabat sebab membantu rancangannya mengenakan aku. sorang lagi kawan minta ditemani. katanya masalah membelenggu diri. aku resah terus berada disisi. kenapa ni, slalu tak macam ni. sedang memujuk minta dicerita masalah yang dihadapi tiba-tiba pintu dibuka "SELAMAT HARI JADI ...." dengan kek dan lilin segala....yesss!!! aku terkena lagi.

tamat cerita di malam hari. malam esoknya ada drama lagi. kawan datang bersama hadiah. dari peminat katanya. aku menolak, pulangkan balik pada tuannya. kawan buat muka poyo mintak penampar. aku belek-belek hadiah tadi. kawan hulur telefonnya lagi "nah awak baca semua mesej ni".........rupanya hadiah dari dia yang jauh dari sisi....aku menangis lagi. untuk sekian kali. terasa diri dihargai. derita selama ini terbayar di hari jadi.

terima kasih awak MUHAMAD THAQUIDDIN SYAFIE yang cuba membahagiakan saya dari jauh....ye, awak berjaya mencapai matlamat sebab saya bahagia sangat. hari jadi yang ke 24 akan sentiasa diingat sepanjang hayat.terima kasih juga kepada sahabatku SITI DALILAH yang menjadi dalang utama dan bersusah payah untuk beberapa hari.....terima kasih sahabatku WAN MAZWANI menjadi pelakon tambahan yang berbakat
 ::kenangan ni sengaja dicatat disini supaya satu hari nanti andai umur panjang dan aku sudah nyanyuk mungkin aku boleh baca balik entri ini::





#aku sedih sangat sebab sebelum ucapan diberi dia telah melukakan hati....rupanya itu lakonan untuk semata-mata..ye, aku terkena lagi#

 

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Wednesday, May 15, 2013

Bersabarlah Duhai Hati

 
 
 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
 
ayat di atas sudah jelas menunjukkan bahawa kita pasti boleh menghadapi dugaan ini kerana allah akan menguji kita dengan sesuatu yang mampu kita hadapi sahaja.
 
tapi entah kenapa, saat aku diuji aku menjadi lemah tak berdaya. hilang segala upaya lalu duduk saja tak mampu berfikir lagi. ya allah, dugaan apakah ini, beratnye ujianmu ya allah.
 
tahun 2013 adalah tahun yang paling buruk dalam kisah hidupku. bermula dengan awal tahun dengan kisah cinta yang berakhir dgn air mata....kemudian masalah dalam keluarga...diteruskan lagi dengan masalah dalam perjuangan menamatkan pelajaran. ALLAHUAKBAR...!!! kau anugerahkanlah kesabaran kepadaku ya allah. hanya kepadamu aku meminta pertolongan.
 
 "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
 
 

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...