cinta terlerai
salam semua
lama sangat tak update blog bukan sebab tak ada perasaan nak menulis tapi beberapa bulan ni banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup saya. kadang-kadang bila berhadapan dengan ujian hidup rasa sangat nak menulis tapi bila buka lappy rasa macam tak tahu apa yang nak ditulis.
sekarang saya hidup tanpa cinta. baru dalam proses untuk belajar hidup tanpa cinta manusia atau lebih tepat lagi cinta seorang kekasih. walaupun saya yang meminta tapi sakitnya tetap terasa. kenapa putus?? saya rasa tak perlu saya cerita sebab nanti akan membuka aib orang. tapi usia percintaan selama 9 tahun sudah tak mampu kami pertahankan lagi...mungkin saya yang bersalah kerana telah mengangkat bendera putih tanda saya sudah tidak rela untuk berjuang.
hidup baru. alhamdulillah, hilang dia tak bermakna gelap dunia. saya tetap bersyukur dan tidak pernah menyesal mengenali beliau...semoga kesilapan diri akan segera diperbetulkan. "kita perlu jumpa dengan orang yang salah sebelum jumpa dengan orang yang benar-benar telah ditulis untuk kita". saya terima ketetapan ini dan sentiasa mendoakan semoga allah dah tetapkan jodoh yang baik untuk saya. untuk itu sekarang saya perlu memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu. insyaallah.
buat adik-adik yang baru nak bercinta, akak nak bagi nasihat fikirlah dulu sebab kalau kita jumpa dengan pasangan yang susah untuk berubah atau berubah hanya kerana kita benda tu tak akan kekal lama dan akhirnya kita yang kan merasa sakitnya. susah nak mencari lelaki yang punya masa depan dan tujuan hidup dalam dunia sekarang. tapi insyaallah ada.
#perlu merencana kehidupan sendiri setelah puas merencana kehidupan orang lain tetapi sia-sia#
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua
0 tinta pena sahabat:
Post a Comment