cinta jarak jauh itu sukar kerana tumbuhnya tanpa baja, bercambah tanpa siraman air, membesar tanpa cahaya lalu mampukah kembangnya mengharungi sebuah taman yang kelihatan tandus dan gersang??menjadi pencinta jarak jauh itu cabaran..menjadi yang dicinta dalam jarak jauh juga merupakan dugaanlalu kedua-duanya harus kuat dalam menyatukan dua hati. kepercayaan merupakan tembok yang paling keras harus dibina bagi merentangi segala anasir-anasir jahat seperti rasa cemburu, syawasangka dan segala macam yang sewaktu dengannya. tanpa kepercayaan cinta jarak jauh hancur berkecai jadi debuan di jalanan cinta jarak jauh perlukan kesetiaankesetiaan yang bukan sedikit..kesetiaan yang bukan ala kadar, tapi kesetiaan yang tidak goyah sekalipun sang teruna digoda bidadari syurga...atau si dara digoda sang raja. mampukah kesetiaan menjadi seteguh itu andai hanya suara yang mengalunkan kata cinta sedangkan jasad jauh entah di mana? jawapannya mampu kerana kesetiaan itu lahirnya dari hati yang menyintai.....tanpa kesetiaan cinta jarak jauh punah..dan saling menyalahkan..hati itu kita yang punya,rasa cinta itu kita yang punya...untuk setia atau tidak itu juga pilihan kita...lalu kenapa mesti menyalahkan orang lain??? cinta jarak jauh bisa sampai ke gerbang pelamin andai merpati dua sejoli tahu peranan masing-masing. berusahalah untuk maju bukan hanya menunggu waktu berganti waktu... jadi setia itu tidak susah kerana pilihan itu ada pada kita bukan pada orang lain.... apalah salahnya jika kita menjadi sesetia ombak pada pantai?? walaupun laut luas terbentang, ombak tetap menuju ke pantai...dan pantai juga menanti dengan penuh setia dengan kehadiran ombak walaupun kedatangan ombak sering memukul pantai, namun pantai tahu pukulan manja itu menghantar syarat sapaan kemesraan....tanda manisnya sebuah kesetiaan
apa salahnya menjadi sesetia malam pada siang??? malam tidak pernah lupa untuk datang tika siang sudah penat menjalankan tugasnya. pernahkah kita melihat malam lupa untuk datang menunaikan janji? tidak bukan...siang sendirian memberikan cahaya pada kita tanpa malam disisi...namun di senja kala datang disitulah mereka memadu kasih, melepaskan rindu sementara berpisah lagi kerana malam pula akan menggantikan tugas untuk memberi keheningan dan kepada kita manakala siang pulang merehatkan diri.manisnya pertemuan mereka diwaktu senja itu, walaupun pertemuan itu sementara namun disitulah indahnya........
kisah pertemuan siang dan malam di waktu senja yang singkat ibarat kisah manusia yang setia walaupun diuji cinta jarakjauh...
mood : bertemu cinta jarak jauh(senja akan memisahkan kita)
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua
0 tinta pena sahabat:
Post a Comment