Chris adalah salah seorang peserta yang datang audition untuk American Idol 2011 tetapi kecundang diperingkat saringan. Dan Juliana pula adalah kekasih Chris selama 8 tahun, major dalam muzik dan amat menyanjungi dan meminati nyanyian Chris dan small band nya Green Light. Juliana sentiasa memberi semangat kepada Chris untuk berjaya di dalam bidang muzik. Setelah sekian lama bercinta, mereka telah bertunang pada 12 Desember 2007.
saat-saat bahagia ketika chris melamar juliana
Pada 2 Oktober 2009…hampir 2 bulan saja lagi sebelum mereka mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November, Juliana telah mengalami kemalangan kereta yang amat teruk. Kepalaanya retak, dan beberapa tulang di wajahnya yang cantik itu juga turut patah. Namun, dia terselamat akan tetapi Juliana telah kecederaan otak yang amat kritikal sehingga dia koma. Seluruh anggotanya juga turut menjadi lumpuh akibat dari kecederaan itu. selepas 2 tahun kemalangan chris masih bersama juliana :
(UNTUK MELIHAT JULIANI RAMOS YANG SUDAH CACAT, ADA DALAM KLIP VIDEO LAGU WHAT ARE WORDS)
Kisah cinta Chris Medina telah menggoncangkan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Baik wanita maupun lelaki. Ini adalah kerana, masih lagi ada lelaki baik yang benar-benar ikhlas dan jujur menyayangi seorang gadis lumpuh.
Sedangkan dia boleh kalau mahu pergi kepada wanita lain. Dia juga boleh memutuskan saja pertunangannya.
Tetapi, Chris TIDAK melakukannya!
Tetapi, Chris TIDAK melakukannya!
Baginya, segala janji-janjinya kepada Juliana sebelum kemalangan itu dan segala-gala apa yang dikatakan selama ini, dia kotakan! Bukan hanya sekadar kata-kata, bukan hanya janji kosong. Dan kerana itu, walau lumpuh, walau hodoh, walau cacat, dia rela bersama dan berkorban dengan menjaga tunangnya, Juliana.
Persoalannya di sini…
- Sanggupkah anda menjaga pasangan anda yang tiba-tiba berubah menjadi cacat? Lumpuh? Dan sudah tidak berupaya melakukan apa saja?
- Sanggupkah anda menjaga makan, dan minumnya, menyuapnya setiap waktu makan?
- Sanggupkah anda memandikannya, membersih kencing, dan segala najisnya? TANPA mendapat apa-apa dari pengorbanan anda itu?
- Sanggup kah anda mengotakan janji anda, kata-kata anda yang cinta, sayang, kaulah segala-galanya, you sorang je lah yang I cinta sampai bila-bila…SANGGUP?
Ramai yang bercinta, tapi mengharap berbagai balasan dan keuntungan. Ramai yang bercinta terlalu menginginkan diri dicintai balik. Ramai yang bercinta, kecewa apabila diri dipinggirkan…
Tidak mengira anda lelaki, maupun wanita, cuba letak diri anda sebagai Chris Medina, cuba selami jiwanya yang cukup bahagia walau hanya memberi dan tidak menerima. Cuba rasakan, cinta Chris pada Juliana… jangan hanya baca dan mengalir air mata…tetapi selaminya, rasainya…
Dia cukup bahagia dengan hanya menjaga Juliana, memberi kasih dan sayangnya kepada gadis itu tanpa menghiraukan pun jika Juliana dapat membalas cintanya, apatah lagi memberi nafkah batin sebagai isteri kelak.
Baginya, as long as dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Juliana…menjaga dan mengambil berat terhadap tunang yang disayanginya itu…sudah memadai.
Dan because of that jugalah kini, Chris berjaya! Segala pengorbanan dia juga telah mendatangkan hasil… Ramai yang telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pasangan bercinta ini.
Juliana telah mendapat bantuan kewangan beratus-ratus ribu ringgit untuk merawat kecederaan otaknya. Melalui Chris, Juliana perlahan-lahan pulih… namun, sebagaimana yang doktor Juliana katakan, “You will never know, when a brain injury will recover!” – Bayangkan lah… anda tidak akan tahu samada pasangan anda akan betul-betul sembuh atau pun tidak… as most of the case study, tiada satu pun yang pulih seperti sedia kala.
Apabila ditanya sewaktu interview bersama Ryan Seacrest di Kiss radio, Chris menjawab… “What are words if you really don’t mean them, when you say them? ” – dari kata-kata itulah terciptanya lagu khas buat Juliana yang kini telah mencapat 13 juta hit di youtube.
banyak lagu-lagu chris medina yang menyentuh hati antaranya ialah lagu WHAT ARE WORD (Carilah di youtube)
pesanan :
wahai sahabat-sahabat ku..percaya lah bahawa di muka bumi ini masih ada cinta sejati kerana allah telah menganugerahkan sekeping hati dan sebuah perasaan kepada kita...jadi ingtlah cinta sejati tidak akan mati dan masih ada lagi lelaki yang baik wujud di dunia ini
JANGAN KATA CINTA KALAU TIDAK BERPIJAK DI
DUNIA NYATA
Aku juga mahu dicintai seperti juliana ramos
eija zolkifeli 18 mei 2012.
0 tinta pena sahabat:
Post a Comment