Friday, February 11, 2011

adakah kau sudi menjadi imam disetiap solatku?

cinta...satu perkataan yang indah dan sukar untuk dterjemah keindahannya...cinta  itu datang tanpa suara tanpa kata tanpa rupa...namun dapat dirasa...

Seringkali & acapkali kita mendengar persoalan yang lazimnya akan dipersoalkan Muslim Idaman pada  Muslimah Pujaan hatinya, soalan begitu dan begini.. Bukan kerana cerewet atau terlalu memilih, tetapi kerana ingin memiliki “wardah” terbaik untuk menjadi suri Bayt Muslimnya sekaligus sama-sama berusaha mencari redha Ilahi.

terkenang seseorang muslim idaman bertanya pada muslimah pujaan :
(buat kekasihku: faizul azani )



Wardahku..
Sudikah dikau menjadi Makmum,
di setiap solatku?!!
Agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
Adakah kau sudi untuk menjadi Penjaga,
diri dan maruahku..
Agar hidupku lebih “sakinah” dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Murobbiyah,
untuk "qalbu" dan jiwaku..
Agar rohaniku terisi nur hikmahNYA
dan akhlakku terjaga hendaknya..

Duhai Mawar,
Adakah kau sudi menjadi Pemerhati,
pada setiap “harokah” dan langkahku..
Agar ku tahu mana “khilaf” dan songsang pada peribadiku..

Sudikah kau menjadi Rafiqah ku,
di saat "surur" dan "hazan" ku..
Agar suatu hari, jika “ibtila” itu datang,
air mataku ada yang sudi menghapuskan..

Sudikah kau menjadi Pembela,
bagi diriku dan “dinn”ku..
Agar ku terus berada di atas “sirotul mustaqim”..
Zahrah Berduri,
Sudikah kau menjadi Penggerak,
"ruh jihad" juga semangatku..
Agar bila ku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar “ibtisam”mu..

Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku.. Mendengar luahan “qalbu”ku,
Agar ku boleh berbicara apa sahaja,
Dengan mu tanpa ada rasa ragu..

Adakah kau sudi menjadi “Qurratul ‘Aini”,
tika ku kesunyian..
Agar aku boleh ketawa riang












Namun wahai “Rajul Dinn”, apa pula  jawabmu pabila “Wardah Solehah” mengatakan begini padamu :


Duhai Sirajul Ummah,
"Ya, Aku sudi..
Kerana ketahuilah, kau pilihanku kerana 
ALLAH s.w.t
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk 
ROBBUL ‘IZZATI"

Tetapi,
Inginku kembalikan soalan ini kepadamu..
Adakah kau sudi untuk terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
Jika, aku sudah tidak seperti dulu?!!

 

Sudikah kau pula menjadi
Imam… Penjaga… Murobbi…
Pemerhati… Rafiq… Pembela…
Penggerak… Sahabat… dan Qurratul ‘Ain ku…
Jika, suatu ketika nanti..
Aku sudah tidak mampu lagi menjadi,
Makmum di setiap solatmu?!!

Jika……..
Aku sudah TIDAK mampu lagi untuk :
 
menjagamu...,
menemanimu..,
memerhatikanmu..,
mendidikmu..,
membelamu..,
menggerakkanmu..,
menjadi sahabatmu dan
Qurratul ‘Ain mu..,
Adakah kau masih sudi? 
Wahai .....................!!!

Tidak mengapa…
Aku yakin dan percaya…
Kau masih sudi…
"Kerana sepertiku, Kau memilihku kerana ALLAH s.w.t.
dan Aku juga menjadi pilihanmu kerana petunjuk 
ROBBUL ‘IZZATI




***glosari***
sakinah : tenang
Murobbi / Murobbiyah : Pendidik
qalbu : Hati
harokah : Gerak
khilaf : Salah
Rafiq / Rafiqah  : Teman
Surur : Gembira
Hazan : Kesedihan
Ibtila' : Ujian
Dinn : Agama
Qurratul ‘Aini : Penyejuk mataku (penghibur)
Ibtisam : Senyuman
Ruh Jihad : Semangat perjuangan
Sirotul Mustaqim : Jalan yang Benar

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

0 tinta pena sahabat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...