Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012




hai hai hai (saje buat bising malam2 ni..korang jangan marah yer)
ermm semua orang buat entry psal tahu baru
so, sy pun nk buat jgk lah..(sesaje menyibuk) hehe
erm..SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
semoga tahun 2012 akan membawa sinar baru dalam hidup anda semua
apa azam tahun baru?
ermm ape ekk
perlu ke ada azam?
klau perlu azam tahun baru aku nak kahwen larhh ..
gatal...huh..!!!

ok2 serius
azam tahun baru ekkk


1. dalam pelajaran
*nak jadi pelajar terbaikkk
*nak hbskan belajar
*nak dapat keje

2. dalam percintaan
*nk jadi kksh yg baik
*berharap agar cinta yang disemai terus kekal



3. dalam soal kewangan
*xnak boros2 lg dah...nk menabung (utk mjlis kawen..haha)

4.dalam perhubungan
*nak jd anak yg baik...kakak yg baik
*sahabat yg cuba memahami sahabatnya

banyaknya azam tahun baru kan....moga2 semuanya dapat dicapai amin...
korang pun mesti ada azam kan (glamour la incik azam musim ni)
so, aku doakan semoga azam tu akan tercapai..:)





sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, December 26, 2011

my first giveaway by aein amadhani

assalamualaikum semua
saya join giveaway lagi...:)
hope menang la
cz hadiahnya

cantik sangat..!!



26.11.11-10.1.12








sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, December 25, 2011

Aku Maafkan Kamu


maaf! lukisan x cantik

kau datang menabur benih cinta
menyemai janji untuk setia
membuai rasa dengan ketawa
mengukir kata hingga aku terlena
akhirnya,
aku dipaksa menyiramnya dengan airmata

maaf! aku telah menyintaimu
sepenuh hatiku
memujamu hingga aku
terlupa siapa diriku
ada kamu dalam lena panjangku
ada kamu dalam impian hidupku
ada kamu dalam khalayan indahku
ada kamu disegenap ruang hidupku

namun,setelah waktu melintas pesona,
semuanya terasa tidak bermakna
kucuba mencari cintamu tetapi kabur
kucuba mencari rindumu tapi tiada
kucuba mencari sayangmu tapi tidak kujumpa
yang kutemui hanya kepekatan malam yang dingin
akhirnya aku rebah
dalam pasrah

aku cuba meraba dalam kegelapan
yang kutemui hanya
cebisan luka
helaian hampa
coretan nista
deraian airmata
yang mematahkan semangat wanita

lalu aku bangkit dari rebah
bangun dari jatuh
kerana aku tahu aku harus pergi
tiba-tiba aku ingin berhenti mencintaimu
kerana kamu bukan lagi dirimu
izinkan aku pergi dan kamu ingatlah
walau apa pun alasanmu

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku...

eija zolkifeli : 26 disember 11
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Saturday, December 24, 2011

~~biarla ketinggalan zaman asal bukan akhir zaman~~



salam semua.. haluuu...dah bangun ke belum semua ni...sonyap jo... haku sebenarnye hangin sikit hari ni sebab tu la enrty ni guna bahasa 'haku' yer..maaf. sebenarnya aku sentap dengan sorang minah yang cakap aku berpakaian ketinggalan zaman ketinggalan zaman kah aku.............????

sentap cik kiah oiiii...............!!!!!!!!!!
tapi aku balas balik r.... oii cik kiah lebih baik aku berpakaian ketinggalan zaman daripada berpakaian akhir zaman kan... haaaa..diam seribu bahasa itu pompuan....

tp betul ke aku ketinggalan zaman....terfikir2 jgk______@__@ cuba korang tgk gambar haku ni-------------->




















kalau macam ni dikatakan ketinggalan zaman..aku rela daripada berpakaian mcm ni kan


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Friday, December 23, 2011

Jom Join GiveAway namiacinta.com

salam...hai semua
hari ni saya ada join satu GA
ok, ni first time saya join GA tau...korang nak join gak ker...jom join same-same
ni bannernya :

klik SINI untuk join

pendapat saya tentang blog awak :
  • simple but nice
  • tersusun (tak serabut)
  • tulisan dan ayat yang jelas (so,tak perlu la saya menjulingkan mata nak baca entry awk..hehe)
  • penulisan yang ada info yang menarik untuk dibaca (bukan hanya cerita kosong)
  • lastly, i like ur blog...wink wink...:)
apa yang perlu di ubah suai??

ermm...saya tak pandai nak ngomen-ngomen ni..
but yang jelasnya saya rasa awk kena tukar background blog
supaya lebih menarik...itu je,yang lain semua ok
terbaekkkk sis....!!!!

"menyertai giveaway namiacinta.com header tajaan Inspired Magz"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

cinta langit dan laut







Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
saya juga mahu cinta kami seperi cinta LAUT DAN LANGIT





nota : dah lama simpan citer ni kat buku (dulu xde blog lg)....so, kepada tuan citer ni-->saya mintak izin ambik citer ni...:)

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, December 19, 2011

saya suke awak sebab....

kenapa kita sukakan seseorang?
mesti ada sebab kan...(angguk ler)
walaupun orang kata untuk mencintai seseorangg, kita tak perlu kan sebab...tp in personal
mesti ada reason knp kita suke dia...rite?

k, for me, I like him because he has the beard (janggut)
hahahaha (korang jangan gelak)
first time I saw him in my heart infusion ensemnye dia...hehe
kenapa ensem sebab ada janggut sejemput...haha tengok la betapa obsesnya saya dengan lelaki berjanggut sampaikan status fb pun cenggini...



so, sape ada janggut sila angkat tangan
sebab skrg jugak saya nk masuk pinang awak.....kuikui...
opsss....nanti pak janggut saya marah-------->

ni lah encik kesayangan saya yang berjanggut kambing itu
kalau dia buang janggut tu means, cinta saya pun gugur la skali ngn janggut tuh..opsss
(dia tengah spotcheck phone saya...beraniiiii....)

kenapa saya tulis entri ni...????
sebab tadi saya ada terbaca tentang HIKMAH JANGGUT DI SEBALIK SUNNAH RASULULLAH--------> jom kita tengok citernye...

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

haaaa....so, abang-sekalian simpanlah janggut demi isteri anda nanti....peace....!!
n pesanan untuk incik kesayangan sila ingat perjanjian kita...janggut biar kekal begitu sebab saya suke.....@__@
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, December 15, 2011

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011



Salam hai…teman seperjuangan...
saya Rohan Ida Saswaliza bt Zolkifeli
saya ambik ijazah sarjana muda pendidikan kesusasteraan melayu
kat universiti pendidikan sultan idris
ok, sebab ambik jurusan ni ialah kerana minat lah...
bila saya sebut tentang sastera ramai yang akan cakap "ooo...suke jiwang2 la ni"
opsss....persepsi ni salah sama sekali tau...
sastera ni merangkumi semua nilai2 murni khdpn,
lakonan, tarian, kebudayaan, sajak pantun n segala bagai
puisi tradisional n puisi moden tu opkos la ada...
ni lah jurusan yang paling menghiburkan kot...
hahaha tipulah kalau saya kata x stress belajar tp
kos ni ada time stress tp ada time
mmg syiookk giler sbb
kerana ambik kos ni lah skrg ni sy dh
pndai menari, berlakon, dan segala bagai lah...

menyesal ke tidak? ermm...jwpnnya TIDAKK...!!
sy mmg bercita-cita nk jd chekkgu...
insyaallah, sy akan mendidik anak2 bangsa sebagaimana
chekgu sy mendidik sy
suatu ketika dulu

buat adik2 yang baru nk melangkah kemenara gading tuh..
pilihlah kos yang anda minat tau
sebab kita yang nak belajar bukan orang lain
then, kalau orang cakap elehh masuk 'u' pun belum tentu dapat keje bagus nanti
abaikan sahaja...dorg tu semua jenis yang nk melemahkan smgt kita jer
stdy dulu, dapatkan segulung ijazah
then lepas tu rezeki akan datang
dorang yg ckp mcm tu tuh
mampu ke masuk IPTA?
ok, semua
belajar bersungguh2 k
sama2 kita buatkan mak ayah bangga dengan kita
bye...bye..











sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, December 12, 2011

kenapa awak suke saya...?




kenapa awak suka saya?

ni la soalan yang aku tanya kat incik kesayangan tadi....

malu sbnrnya nak tanya but i need to know rite ?

dah 7 tahun cinta bersemi tp setiap kali aku tanya kenapa awak suka saya?

jawapannya tetap sama....nak tahu jawapannya :


awak, untuk mencintai seseorang itu kita tak perlukan sebab....saya x tahu knp sy cintakan awk...tp yang pastinya sy x boleh hidup tanpa awak....hidup sy x lengkap tanpa awak....


nilah jawapannya selama 7 tahun..sampai aku dah hafal dah..haha tp malam ni dia dh bgtau

kenapa dia suka aku..tu pun lepas satu hari aku mogok dgn dia...bukan mogok lapar ekk sbb aku

dgn makanan mmg x blh dpisahkan...hehe

korang nak tahu x sbbnya....?? bukan nak bangga diri or perasan bagus tp saje nak share knp

lelaki suka kita...rasanya 90% boleh dikatakan same kot.....ok jom kita tgk apa yg blh buatkn

mereka jatuh cinta dengan kita...ececece....

  • awak pandai jaga penampilan-------> pandai jaga diri dan bergaya mengikut keadaan dan situasi. ada ciri-ciri wanita solehah, sentiasa jaga adab, tak perlu pakai purdah atau jubah tp ckuplah sekadar diri awk skrg ni..saya bangga memiliki awak.
  • awak sederhana------> kesederhanaan tu cthnya x terlalu over dalam hal berfesyen, mekap dsb....xperlu mekap tebal2...sy mmg dh syg awk. simple tu yang paling sy suka dalam diri awak.

  • manja bukan gedik------> ssh nk explain,biarlah sy jer yang tahu
  • ceria dan mudah mesra-----> ceria! setiap masa smpaikan kdg2 sy x tahu yang awk berduka..tp awak 7 tahun ckup utk sy tahu setiap kali awk tipu sy...so, mulai hari ni klau tgah nanges jgn ckap x nanges...buat pnt jer lau awk tipu pun..kan...satu lagi awak terlalu mudah mesra. klau dengan family sy mmg sy suka sngt tp klau ngn org lain awk mmg buat sy jeles tau
  • jadi diri sendiri------> ni sifat awk yg paling comel sbb awk marah orang bila awk x puas hati, awk senyum bila kena dgn angin awk...awk comel masa ni tau tak...bnyk peristiwa yg saya blh nampak awk jadi diri awk...and mmg betul awk x perlu jd org lain utk org suke awak kan...
ni jawapan incik kesayangan saya....cuba korang tanya incik kesayangan korang lak.....
jawapan mereka akan buat korang senyum
sepanjang hayat
kenapa?
kerana kita manusia
yang suka dipuji
suka dihargai
walau hati kata tak perlu semua tu
tp sesekali dapat pujian
hidup rasa beerti
sekurang2nya kewujudan kita di muka bumi ni
ada yang menyedari..ada yang menanti



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, December 8, 2011

exam dah dekat???



hai semua...
ermmm...korang nampak x jadual tuhh...??
jadual exam la tuh..means x lama lagi dah nk exam....
adoii....sekejap jer rasa kan....
betul ke exam dh dekat nih...aku x b'sedia lg nih....
esignment pun bnyk lg tau....aiii mmg sem ni agak kalut lah...
kelas tggal 2 mggu lg tp aku masih ada 3 esaimen yang belum submit, 3 test
n ada 4 presentation lg....
tetiba tgk...jadual exam dh kuar.....uwaaaaaaaaaaaaaaa

sadissss.......!!!!

tp bila pk balik kampung

aku rasa cam sekarang gak nak exam

hahahaha

last paper 11/1/2012

so, malam tu jgk

aku ciowww.....

hehe

mood : #akutaktahuapayangakurasa#

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, December 6, 2011

~~WordLeSs WeDnesDaY #1~~


bila la agaknye aku blh dapat benda ni

aishh terbawa-bawa ke dalam mimpi nih

ada sape-sape yang nk sedekah ke...

hehehe


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

jom join ♥ ♥ : : Contest Sweet Couple Bulan December : : ♥ ♥

hai..salam semua....
sebenarnya nak mintak tolong ni..hehe malu la....
sebenarnya saya ada join ♥ ♥ : : Contest Sweet Couple Bulan December : : ♥ ♥
ni first time masuk contest...ala saje2 je ni...hehe
kalau korang pun berminat boleh la like page ni http://www.facebook.com/couplegiftshop then upload la gmbar korang yer.....

ok..sebelum tu tolong la sy dulu ye...hehe k
tolong like pic ni :

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=252079968186048&set=a.251944484866263.59562.162574717136574&type=3

ok thanks semua....syg korang muahhhxx..
nota : jasa korang amat dihargai
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, December 4, 2011

Dugaan datang lagi...

pabila cinta memanggilmu... ikutilah dia walau jalannya berliku-liku... Dan, pabila sayapnya merangkummu... pasrahlah serta menyerah, walau pedang tersembunyi di sela sayap itu melukaimu..." (Kahlil Gibran)

kenapa selalu ada ujian dalam percintaan? cinta ku diuji lagi...dalam entri yang sebelumnya aku pernah menulis yang derita 4 bulan sudah berakhir (klik disini) tapi rupanya selagi hidup belum berakhir..selagi itulah masalah tetap ada...mampukan aku berhadapan dengan ujian ini sekali lg? terlalu sakit rasanya...aku perlukan kekuatan untuk melaluinya sekali lagi..

sebulan....sebulan masa yang ada untuk membuat keputusan sama ada cinta ini patut diteruskan atau dibiarkan ia berlalu...meninggalkan kenangan tujuh tahun yang sangat membahagiakan...teman apa yang harus aku lakukan?

aku yang pinta perpisahan..tp kenapa aku yang larut dalam derita yang aku cipta? dia pinta masa sebulan untuk dia merubah segalanya....dan masa sebulan itulah yang aku berikan padanya untuk dia buktikan yang kami tidak patut berpisah...sukarnya memahami hati sendiri...ada masanya aku ingin teruskan hubungan ini walaupun sukar...ada masanya aku seperti menyerah saja pada takdir...aku tidak boleh menipu perasaan ku sesungguhnya aku berdebar menanti tempoh sebulan itu...debarannya seolah-olah aku menanti saat diri ingin diangkat menjadi permaisuri hatinya..tp bukan itu...bukan itu...debarannya ialah debaran menanti saat diri dilepaskan atau tangan ini terus digenggamannya...

temanku, berdoalah semoga tempoh sebulan ini mampu merubah segalanya...aku tidak ingin hubungan ini berakhir dengan perpisahan...hanya dia yang aku cintai...maaf kerana mencoretkan rasa hati dsini, bukan niat meminta simpati tapi aku tak tahu pada siapa harus diluahkan...1/1/2012 tarikh keramat yang akan kutunggu sama ada aku akan terus menyulam impian bersamanya atau aku diberi pilihan untuk terbang bebas...meninggalkan segalanya....

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Saturday, December 3, 2011

sifat menerusi tarikh lahir

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gan Edwarddhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...