Thursday, March 31, 2011

doa mengatasi kekecewaan


hallluuuu semua...hapdate...hapdate....lama tol x bukak blog ni hinggakan tinta si rama-rama ni terasa melimpah ruah....bnyk bnda nk citer....k mlm ni kite citer sal putus cinta...

putus cinta......???? pastinya semua orang pernah merasainya..kecewa hingga merasa ingin lari kenyataan ini dan bersembunyi...mengharapkan apabila keluar dari persembunyian nnti dia masih lagi milik kita kan...>> kadang2 rasa ingin tdur dalam masa yg lama agar bila kita bangun nnti segalanya masih seperti dulu.....tp ingt wahai sahabatku...lupekanlah dia bila dia bkn lg milik kita....jgn mengharap
 pada bnda yg x pasti...
sy pon pernah putus cinta...tp biasalah lumrah hidup..kdg kita mengecewakan org..kdg2 kita dkecewakan...dunia ini ada hukum karma...rite??

dlu msa sy form 4, ada la knl sorg mamat ni...namanya zaini...cintan punyer cintan...dalam 5 bulan...dia berterus terang yg dia sbnarnya lebih muda 2 thun dari sy.,..OMG sy bercnta ngn bdk 14 tahun...tp yg peliknya dia terlalu matang....erm...so, mula dari situ sy mendiamkan diri..merajuk la kunun...tup2 tgk dia couple ngn kawan sy sndri plak..adusss kuciwa...bkn kuciwa kerana kkshku diambil org..tetapi kuciwa ngn shbt baik ngn brjaya menangguk di air yg keruh...~~ngeee...

tp sy anggap ni cinta monyet la sbb skrg mamat tu pun x tahu ke mana...kwan sy plak dah kawen....n sy plak dah temui cinta sejati sy......

so, buat shbt2 sekalian...jgn mengalah dengan takdir...bngkit lah...kerana mgkin ada yang lebih baik untuk kita..allah tahu apa yg dia buat untuk kita...

andainya rasa kecewa cubalah, baca doa ini:



soal hati dan perasaan bkn mainan....namun bila kecewa ingatlah allah ada bersama kita....da ingtlah tlh ditentukan jdoh untuk kita sejak kita dlahirkan lg..cuma kna sbr mnnti untuk dipertemukan...
SEMOGA KITA SEMUA SNTIASA BAHAGIA....


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Saturday, March 26, 2011

TULUS BUATMU ADAMKU

TULUS BUATMU ADAMKU

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini mengganggumu malah mungkin ianya memanaskan hatimu. Ketahuilah wahai Adam, sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga suatu ketika dahulu.
Wahai Adamku....
Asalnya aku dari tulang rusuk kirimu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku ini sentiasa inginkan bimbingan dan tarbiyyah darimu, kerana aku ini insan lemah yang amat mudah sekali terpesong dari landasan hak, malahan aku sentiasa menjadi buruan syaitan durjana juga hawa nafsu.

Adam yang Di Hormati... 
Maha suci ALLAH…. Pada akhir zaman ini ALLAH s.w.t telah mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu. Namun, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya binasalah alam ini, kacau-bilaulah suasana, merahlah dunia kerana pertumpahan darah manusia dek kerana Adam sesama Adam bermusuhan hanya kerana Hawa.

Jelas terbukti dan cukup nyata jika dilihat dari peristiwa Habil dan Qabil dahulu sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam berpoligami (isteri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu).

Adamku...
Bukan kerana keharusan dalam berpoligami atau ramainya isterimu yang membimbangkan aku… Bukan jua kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku… Tapi wahai Adamku... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkah laku serta akhlakmu kini.
Sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku sebagai Hawa mesti tunduk serta taat patuh ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam yang Di Kasihi...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran pada ayat 34 surah an-Nisa’ yang mafhumnya : “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” 
Jelas disini menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. 

-          Kau diberi amanah untuk mendidik aku
-          kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
-          Kau mesti memerhati dan mengawasi aku agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi….. wahai Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Bukannya di jalan-jalan, di pasar-pasar, juga di bandar-bandar tempatku. Bahkan jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut kecuali muka dan dua telapak tangan.
Namun.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam yang di Redhai...
Mengapa kau biarkan aku begini???? Mengapa dan kenapa??!!! 

-          Aku jadi ibu
-          Aku jadi guru
Itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?



Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung??!!

Kenapa?? Mengapa begitu ADAM?? Ya!!! Ramai orang berkata jika anak jahat ibu bapa mereka tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhoif ini.

Adamku…,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya dahulu?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Nabi Muhammad s.a.w. terhadap mereka? Adakah akhlak Bani Adam kini boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Yang Dihormati Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku ini adalah makmummu.  Aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!!! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah srikandi kekasih ALLAH s.w.t.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar untuk amar makruf dan mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau wahai Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya risalah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Maafkan aku wahai Bani Adam atas kelancangan kata-kata ini…

Tetapi... Percayalah!!!.... Bukan emas yang ku cari... Bukan berlian yang ku pinta... Bukan juga permata yang ku damba... Tetapi... hanyalah hati  yang tulus ikhlas dari dirimu Adam...

Dengarkanlah... Rintihan dan keluhan hati kecilku buat dirimu.....





sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

lelaki dan wanita

Seorang lelaki berkata:
Perempuan sukar difahami, 
sukar daripada segala-galanya,
wajah ceria, hati entah hitam atau putih,
semalam mengaku cinta, hari ini lupa.

Seorang wanita berkata:
Lelaki sukar dipercayai,
sukar daripada segala-galanya,
mengaku bujang, padahal suami orang,
mulut manis memperdaya, 
pandai bermain kata-kata,
niatnya menghirup madu cinta.

E.Z berkata:

Lelaki dan wanita dua kali lima. Cinta kedua-duanya umpama pedang yg sebelahnya tajam dan sebelah lg tumpul. Terpulang belah mana yg mahu digunakannya. Kalau belah tumpul digunakan, lukanya tidak ada, melainkan lebam kebiru-biruan. Tetapi kalau belah tajam digunakan, maka lukanya merobek ke tulang.  

--------------------
~Laskar cinta
AjarkanLAH aku ilmu tentang cinta ..
Kerana cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang bagi semua umat manusia~


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, March 15, 2011

KAMI....model

assalamualaikum...

erm, lama sgguh x mencoretkan sesuatu dalam blog ni...terlalu bnyk bnda yg nk dcoretkan smpai x tahu nk mula dari mana...ahaksss...ermm, 2 mggu ni sgguh bz dgn esaimen yg sengaja disimpan untuk disiapkan last minit...hahaha.....tp dalam kesibukkan itu pun smpat lagi ikut rombongan cik kiah g SEMINAR TUN SABAN kat GERIK, perak......spnjg perjalanan pergi dan balik, hati dselubungi sayu sbb gerik--------> t. merah hanya ambik masa dalam 2 jam..... sy sngt2 rndu pda kg sy...

tp bukan psal kg yg nk dceritakan tp pasal KAMI geng AT 01 yg suke bergambar......x kira di mana pun...yg pnting snap....snap...snap...jom layanzzz pic kami....:::

ni sbelum bertolak...tgah tggu bas pon blh snap...snap dulu

dalam bas pon..bergaya...macam mak datin pon ada...mcm org buta pon ada
hahahaha.....

dalam dewan seminar pon smpat..asal ada peluang jer
tp muka smua layu kuyu dan tertidur..

berhenti kat sgai perak utk g toilet pon smpat snap lagi..

kat tasik banding lagi lah...mcm2 gaya kami...ala2 model...
profesoin guru dilupakan sekejap...

ni kat sekolah menengah kebngsaan gerik
nk balik dahni...

seminar 3 hari x terasa sperti 3 hari...kami sngt gumbira....tdo dalam asrama yg mnggamit memori..seolah2 kami hidup pada zaman awl remaja dulu.....kngn kmbali lagi..namun kami harus sedar dan kmbali ke alam realiti kerana...hidup perlu dteruskan mengikut peredarannya.....masa tdk akan pernah berhenti...

KALI INI KAMI MASIH LAGI DATANG SBAGAI PELAJAR...INSYAALLAH SATU HARI NANTI KAMI AKAN KEMBALI SBAGAI SEORANG GURU......AMIN...!!!
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Friday, March 4, 2011

KaLaU LaHhHhH.......:(

KALAU...bnyak bnda boleh berlaku jika perkataan kalau digunakan...
mcm2 ler blh jadi...contohnya:
  • kalaulah kapal terbang tu blh dibuat sup...setahun blh smpan dalam peti
  • kalau lah aku secantik siti nurhaliza....aku pikat anak raja....
  • kalau lah aku kaya....aku nk g ke paris...
  • kalaulah aku.............bla...bla...bla..
ermm....tu lah 'kalau'.....hehehe
yang sy nk cter ni juga tentang KALAU...tapi ni lahir tulus dari hati sy yg suci bersih ni....:)


citernya ialah: KALAULAH saya ada kakak atau adik PEREMPUAN..kan best...ermm,lahir sebagai anak tunggal perempuan dalam family buatkan saya betul2 rasa sunyi.....

tiada kawan utk b'kongsi cerita..tntang fesyen.....masakkan....mekap2(suke mekap ke...hihi)
tentang kksh ht....tntg konflik persahabatan...dan mcm cerita la yg korang slalu share ngan siblings korang....

segala2nya sy smpan dalam ht saja la.....(alamakkk, sdh pulakk rasanya.....saya nk ada kakak@adik pompuan......!!!!!!!)

orang selalu cakap BESTNYE jd anak pompuan satu2nya dalam family...
dapat perhatian lbh...dapat mcm2....
yer, mmg sy b'syukur dgn apa yg sy dpt tp....
sesekali terdetik d hati nk paggil kakak....n nk dipanggil akak...



kalaulah sy ada kakak..sy akan ceritakan segala-galanya pada dia..
tentang hasrat yang x tercapai..tentang kekecewaan yang terpendam,
 tentang hati yang terluka, tentang pengorbanan yang x dpandang..
kalaulah 'dia' wujud dlm hdp sy...pastinya dialah tempat berpaut 
ketika dr ini hampir jatuh,tp impian tetap impian kan.......
kalaulah diberi masa 1 hari utk sy mngecapi hdp sbg seorg adik...
sy pasti itulah saat paling bhagia...

kalaulah sy ada adik perempuan...saya akan syg dia spenuh ht sy...
sy akan kongsi segalanya dengan dia...tp sygnya...
'dia' x pernah wujud....dan mungkin x akan wujud...
.klaulah sy ada adik pompuan, sy pasti akan jd kakak yg terbaik buat dia....



huhh...emo skit sbb bila b'dpan mslah kwn2 slalu cl kakak mereka 
utk mnta pndangan...mnta smgt...mnta kekuatan.....tp saya.....????
 pada siapa harus sy mngadu...???
sgala kputusan d tgn sy...
sy perlu b'dikari sejak hari pertama dlahirkan hinggalah akhir nyawa...
sudah tersurat takdir sy begini......

but it's ok...sy boleh....
sbb sy adalah seorang kakak kpda 3 adik lelaki....sy syg mereka....sy harus kuat....!!!!

huuhhhhh........!!! impian semata2.......(touching ckit...ngeeee)

                         ~~~~~~ok stop berangan~~~~~

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...