Wednesday, November 30, 2011

Hujan memberi aku cinta

Kenapa aku suka pada hujan?

Kerana ia membawa kelam yang gelap

Kerana ia membawa gelap yang redup

Kerana ia membawa redup yang sayup

Kerana ia membawa basah yang kuyup

Kerana ia membawa bayu yang bertiup


Tidak!

Bukan begitu..

Jadi kenapa?


Tapi kerana

Ia memberi aku warna

Ia memberi aku bahagia

Ia memberi aku cinta

Ia memberi aku ‘dia’


Masihkah kau ingat ?

Hujan mempertemukan kita

Hujan menyatukan mereka

Hujan mengiringi langkah kita

Hujan menyertai tawa mereka


Aku suka hujan,

bersama hujan kita berlari mengenali diri

bersama hujan kita melirik penuh erti

bersama hujan kita tersenyum dalam hati

bersama hujan kita mengenal cinta sejati


aku suka hujan,

dari tiap butirnya aku belajar tentang kerinduan

lalu basahlah aku dalam kenangan

dari tiap titisnya aku belajar tentang cinta

lalu hanyutlah aku dalam kebahagiaan


aku suka hujan,

lalu kau???

Masihkah menyimpan kesukaan yang sama?

Saat kau memimpin tangan ku

Saat kau memayungi ku

Saat kau merenungku

Saat kau memberiku cinta

Hujan ada bersama-sama


Saat aku menerima cinta

Saat aku menjeling mesra

Saat aku hapuskan derita

Saat aku tinggalkan lara

Hujan ada bersama-sama


Saat kita dibuai kerinduan

Saat kita dihanyut percintaan

Saat kita dalam keriangan

Saat kita jalan bersisian

Hujan ada bersama-sama


Kerana itu aku suka hujan

Hujan membawa kau kepada ku

Dan harapku kau masih menyukai hujan

Kerana dalam hujan ada….

Kau

Aku

Kita

kenangan

rasa hati---------->> eija zolkifeli

nota : terkenangkan perkenalan dalam musim banjir...dan luar jendela tika ini ada gerimis yang mengundang tangis...malam ni ada tayangan movie BUJANG TERLAJAK...jom semua!!!


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, November 22, 2011

HADIAH YG DIIMPIKAN SEORG WANITA DARI SEORANG LELAKI

Selalu kalau dah tiba hari jadi 'si dia', mesti kaum lelaki ni akan gelabah dan persoalan macam ni selalu akan bermain kat minda. 'Nak bagi apa? Bagi ni ok tak?' Dan macam-macam lagi soalan yang kadang-kadang bagi lelaki ni remeh temeh je. Tapi apabila dah mula berpunya, mulalah pening lalat. Sampai ke dalam internet dicarinya. aku tahu lah sebab aku sebagai gadis yg ayu ni pun mesti akan pening fikir nk bagi hadiah apa bila tiba hari jd si dia....so, buat lelaki-lelaki idaman malaya semua, ari ni aku nak bantu korang selesaikan masalah korang tuh... nak cari hadiah untuk pompuan tak susah sebab perempuan akan hargai apa aje pemberian insan yg disayanginya tp ingt...ada benda yang pompuan nk sangat terima hadiah ni dari lelaki yang mereka cintai....jom kita tengokkk....!!!!


CINCIN/ RANTAI
Kebanyakan perempuan memang mengharapkan kaum laki ni bagi ni. Sebab apa? Sebab benda ni bawa maksud yang mendalam apabila diberi pada dia. bagi aku kan, aku memang suke sangat lah kalau si dia bagi benda ni bukan sbb materialistik tp sebab cincin atau rantai ni kita boleh pakai ke mana-mana saja. so, benda ni akan slalu ada dengan kita dan akan jadi semangat kita lah...kan kan kan...(angguk lerr..hehe) ceritaku : aku dah dapat hadiah ni dari mr. koala aku...dia bagi cincin dah dua kali...erm masa besday aku yg ke 16 dan yang ke 21....then satu lagi dia bagi rantai tgn msa ulangtahun percintaan kami yg ke 5...aku seronok giler tp x tunjuk depan dia r...malu..ciss cover2..hehe

ni cincin dan rantai tgn yg aku terima dr dia....perak jer..sbb aku xnk emas----emas2 nnti kawen yer syg...ahaksss gedikss

ANAK PATUNG
haaa......ni satu lagi hadiah yg dekat dengan hati seorang perempuan. kenape girl suka anak patung? ntah aku pun x tahu...tp sbb patung tu comel kot....pastu blh pluk2 time tdo lak tu....tp korang kena pastikan yg awek korang x takut pada benda yg berbulu sbb ramai gak pompuan yg geli ngn patung yg berbulu..so tanya dulu yer... ceritaku : aku pun dah dpt hadiah ni...chehh bajet hot (dah orang bg aku ambik la...lagipun dr yg tersayang kot..:p) aku namakan dia mr. koala pun sbb dia pernah bg aku patung koala yg besar...aku suka teddy bear sbb masa bahagia aku peluk2, bila gaduh aku lenyek2...jd tmpt lepas geram...hahaha


tengok banyak teddy bear kat belakang tu kan..maklum la dh 7 tahun bercinta...ada 12 teddy bear yg dia dh bg..hehe

GURL STUFF'S
Yang ni termasuklah dalam kategori pakaian, kasut ataupun dalam bahasa pendeknye, sesuatu yang dia harap dapat ada. Kiranya korang jadi pari-pari yang menunaikan hasrat dialah gitu. Dan benda biasa yang dia harapkan tak lain ialah handbag atau kasut. Jangan terkejut kalau barang yang diidamkan tu berharga seperti seekor lembu sebab dah nama pun diidamkan. Kalau setakat murah-murah tu baik dia beli dekat pasar malam je ye tak? ceritaku : yang ni pun aku dh dapat...kasut n pakaian mmg biasa lah...tp handbag belum lg...(nanti kalau awk baca belikan sy handbag plak ekk...opsss hahaha) orang cakap kalau bagi pakaian hubungan tu x kekal, tp aku x nampak kat mana rasionalnya pantang larang tuh..so, aku abaikan...

JAM TANGAN
jam tangan pun korang boleh hadiahkan untuk gadis2 yg minat pakai jam..untuk lebih romantik lagi korang beli la jam yg same untuk couple..kalau aku mmg aku suke gler klau dapat...so kalau korang nk tgk awek korang melompat smpai ke bulan..ehh...x kira la smpai mana pun...korang hadiahkan la bnda ni rite? ceritaku : aku pun ada dpt jam dari si dia tp dia kurang romantik sbb dia x beli jam couple (jgn marah syg ) tp aku bersyukur ditemukan dengan dia....sy syg awk sngt2 (sila terharu k..hehe)



aku jenis yg x suka pakai jam...aku cuma pakai jam masa nk masuk kelas yg membosankan ataupun masa nk exam je...hehe. tp ada cerita disebalik jam ni : masa tu kami kuar dating la dekat kb mall...then aku masuk la kt kedai vincci tu nk tgk handbag...pastu terpandang la jam ni...belek punyer belek tgk harga dia...erm, lain kali lah ...hehe...masa tu aku x perasan lak mr. koalaku kat mana...then dia msg "syg, abg kat luar"....aku pun terus kuar dr kedai tu...kami pun duduk la kt bangku dlm mall tu, dia pun mntak dr g toilet....after a few minutes dia dtg bawak jam td....serius aku speechless....diam, x perlu kata apa-apa...(aku rasa cam drama kat tv)....skrg ni jam ni dh berusia 4 tahun tp msh lg ok, baterinya pun msh lg yg asal..cuma tali jer yg aku terpaksa tukar sbb putus...

MASAKAN

Benda yang biasa bagi lelaki tetapi luar biasa bagi kaum hawa. Tak payah nak habiskan beratus-ratus ringgit semata-mata nak bagi dia happy. Masak je nasi goreng ataupun kalau nak grand sikit masak beef stick lepas tu buat candlelight dinner. Pergh... Mesti dia cair...Tak caya cubalah. Mesti dia terliur nak rasa. Tak sedap tak apa, yang penting sendiri buat. ceritaku : yang ni aku belum pernah dapat...ari tu dia pernah janji nk buat tp last minutes x jadi...so, aku tunggu saat2 ni dtunaikan....




HANDMADE
Sama jugak seperti kat atas, tapi yang ini lebih kepada kraftangan. Buatlah benda-benda yang simple je. Contohnya? Korang beli satu botol, lepas tu buat star yang mana setiap satu star dalam tu ada tulis 'I LOVE YOU" atau apa-apa perkataan yang romantik. Jangan pulak korang tulis benda yang merepek. Romantik sikitlah bro~~~Lepas tu nanti kalau bosan-bosan atau sedih mesti dia akan bukak botol tu kira berapa banyak starlah, baca balik apa yang korang tulislah...Betoi....Tak tipu... ceritaku : yang ni pun aku x pernah dapat....tp kalau kotak kosong aku pernah dapat...punye lah cantik dia bungkus tp bila aku buka...KOSONG...gerammm sngt2 aku trus call mntak dia explain...then kata nya "mgkin awk x nampak apa-apa tapi dalam kotak tu penuh dengan kiss from me"............gurlp...so sweet (x jadik marah dah)

PERHATIAN
Akhir sekali, yang paling mudah tak perlu keluarkan duit langsung ialah perhatian korang terhadap dia. Macam mana kau selalu hargai dia, setia pada dia, ambil perhatian bila dia cakap dan ambil berat pasal dia dah cukup. Tak guna kalau couple tapi dia je yang syok sendiri. Apabila dia call, korang boleh tak angkat handset yang kat sebelah je sebab dah leka dengan dota. Lupakan sekejap dota tu der, kalau rasa awek korang tu mengganggu, maksudnya korang belum bersedia nak bercinta ni okhey? :) ceritaku : yang ni aku dapat 26 jam sehari...:)

********************

Kesimpulannya, tak perlu beli benda mahal-mahal. Perempuan sebenarnya suka pemberian ikhlas daripada seorang lelaki yang dicintai. Beli benda-benda yang selalu dia guna pun dah okey...



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, November 20, 2011

KEWAJA :mereka punya cerita>>

hai semua
KEWAJA tu apa?
kEWAJA @ KEM MODAL INSAN KEWAJA adalah salah satu pusat pelindungan untuk gadis2 yang tergelincir dari landasan hidup tp masih ada rasa mahu berubah...

lambang kewaja


sebenarnya aku perlu buat satu kajian untuk kursus PEMBINAAN MODAL INSAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU...so, kump. aku pilih tempat ni lah.... dalam menjalankan tugas utk mnyiapkan esaimen, ia juga dapat menginsafkan kami...menerbitkan satu rasa yg sukar diterjemah dgn kata-kata....

selama ni aku pernah dengar ada pusat2 mcm ni yg dtubuhkan NGO2 yg prihatin, tp x pernah bygkan yg satu hr aku berpeluang smpai dcni...lepas kami interview pengasas nya iaitu yahya b. mohamed yusof @ lebih mesra disapa pakya ni kami berpeluang untuk menyelami hati mereka yg pernah terlanjur...

SEDIH!! hanya itu perkataan yang mampu aku ungkapkan....bila masuk dalam bilik yg menempatkan mereka aku rasa mcm sedih sngt, masa tu dorang tengah ada program motivasi...semuanya berkain batik, bert-shirt....maklumlah kebanyakkannya dalam pantang...
allahuakbar, bangsaku kian hilang jati dirinya.....

tp ini bukan masanya untuk menuding jari mencari kesalahan disebalik yg berlaku.....yg aku sedihnya knp hnya mereka yg terpaksa terkurung di pusat ini dan menanggung pnderitaan yg bukan sedikit sedangkan keseronokan yang mereka lakukan dahulu melibatkan insan yg bernama lelaki...dimana mereka yg sepatutnya mnjadi pelindung kaum ku....

mereka datang dari pelbagai latar belakang keluarga....majoriti daripada mereka berumur dalam lingkungan 14-25 dan yg mngejutkan aku ialah ialah mereka bukan lah pelajar yg keciciran dalam pelajaran...bila dilihat pencapaian mereka dalam akademik, mmg boleh dibanggakan..... bila kami berbicara dari hati ke hati dengan mereka, TERNYATA MEREKA PUNYA CERITA.....

xperlu lah aku bongkarkan kisah mereka, kerana aku memegang amanah.....ckuplah sekadar korang tahu di akhir cerita mereka pasti ada airmata penyesalan yg mereka pamerkan....
cuma satu doa yang aku titipkan buat mereka:::::::::::::semoga taubat mereka diterima dan semua ini tdk akan berulang lagi.... tabahlah mghadapi hidup seterusnya...


ni time aktiviti motivasi dijalankan



tunggu pakya balik dr promote kat TV3




BERSAMA MEREKA.....:) maaf muka dorang dilindungi rama-rama...:)




cenderahati: tanda kami pernah kecni..



bergambar kenangan dengan pengasa KEWAJA : PAKYA yg berhati malaikat



kalau berminat untuk buat kajian dcni ni alamat mereka :

KEM MODAL INSAN KEWAJA No. 19, Jalan SG 5/4,
Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor. Jantina : Perempuan
Sasaran : Remaja / Dewasa
Kategori : Masalah Sosial / Penjagaan / Perlindungan No. Tel : 013-3384868 / 03-61857736
(En. Yahya bin Mohamed Yusof)

wanita didahulukan....maruah diutamakan
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...