Saturday, April 20, 2013

lelaki itu...

 
hati sedang dicuri..... itu yang saya rasa kini
mungkin kamu semua dah muak baca tentang kisah cinta..tapi entahlah saya rasa seperti mahu mengabadikan kisah cinta saya kali ni disini supaya ketika saya sudah lupa satu hari nanti saya boleh membacanya semua
atau ketika saya sudah mati...dia boleh mengenangnya semula...
lelaki itu..dia datang tanpa diundang...cuba dielak tetap bertemu...
lelaki itu datang dalam mimpi lelaki itu wujud dalam realiti...
lelaki itu ada tika hati dilukai...
lelaki itu menjadi pendamping tika diri lemah tak berdaya...
lelaki itu menangis tika pilihan tak berpihak padanya...
 
lelaki itu datang dengan senyuman
lelaki itu datang dengan ketakwaan
lelaki itu datang dengan nasihat lembut
lelaki itu datang dengan agamanya
lelaki itu datang dengan kesempurnaannya
 
kini kehadiran lelaki itu tak mampu ditolak
dia lah kekasih
insyaallah
BAKAL SUAMI
 
: : semoga dipermudahkan : :
 
 
 
 
 #mohd Thaquiddin, saya cintakan awak#

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, April 18, 2013

kuterima seadanya

 
 
ketika cinta pertama telah terlerai dari hati..rasa serik untuk mencuba buat kali kedua... biarkan cinta itu terus berlalu, mungkin dia tidak ditakdirkan untukku

untuk berdampingan dengan cinta sekali lagi aku memohon kepadamu ya allah, kau pertemukanlah aku dengan seorang lelaki yang sememmangnya telah kau tuliskan untuk memimpinku ke syurgamu. sesungguhnya aku sudah tidak mampu lagi untuk menyerahkan hati dilukai sekali lagi...cukuplah sekali ya allah....
 
 
Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.


#imamku,hadirlah dalam realitiku#

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, April 15, 2013

cinta terlerai

 
salam semua 
lama sangat tak update blog bukan sebab  tak ada perasaan nak menulis tapi beberapa bulan ni banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup saya. kadang-kadang bila berhadapan dengan ujian hidup rasa sangat nak menulis tapi bila buka lappy rasa macam tak tahu apa yang nak ditulis.
 
sekarang saya hidup tanpa cinta. baru dalam proses untuk belajar hidup tanpa cinta manusia atau lebih tepat lagi cinta seorang kekasih. walaupun saya yang meminta tapi sakitnya tetap terasa. kenapa putus?? saya rasa tak perlu saya cerita sebab nanti akan membuka aib orang. tapi usia percintaan selama 9 tahun sudah tak mampu kami pertahankan lagi...mungkin saya yang bersalah kerana telah mengangkat bendera putih tanda saya sudah tidak rela untuk berjuang.
 
hidup baru. alhamdulillah, hilang dia tak bermakna gelap dunia. saya tetap bersyukur dan tidak pernah menyesal mengenali beliau...semoga kesilapan diri akan segera diperbetulkan. "kita perlu jumpa dengan orang yang salah sebelum jumpa dengan orang yang benar-benar telah ditulis untuk kita". saya terima ketetapan ini dan sentiasa mendoakan semoga allah dah tetapkan jodoh yang baik untuk saya. untuk itu sekarang saya perlu memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu. insyaallah.
buat adik-adik yang baru nak bercinta, akak nak bagi nasihat fikirlah dulu sebab kalau kita jumpa dengan pasangan yang susah untuk berubah atau berubah hanya kerana kita benda tu tak akan kekal lama dan akhirnya kita yang kan merasa sakitnya. susah nak mencari lelaki yang punya masa depan dan tujuan hidup dalam dunia sekarang. tapi insyaallah ada.
#perlu merencana kehidupan sendiri setelah puas merencana kehidupan orang lain tetapi sia-sia#

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...