Wednesday, September 28, 2011

layout baru

hai semua....
abang2 yang ensems tu...dan akak2 yg cute...juga adik2 yang cuns....
alhamdulillah..siap juga la aku mengedit blog ni supaya chantekk la ckit...ckit jer la sbb sy budak baru belajar....dua hari aku hbskan masa untuk cari layout yang sesuai dan edit ckit2 apa ya.ng patut lah..tp xpe berbaloi rasanya masa yang dibazirkan bila tengok blog ni chantekk.....apa pandangan korang chantekk x blog aku ni....(ckp jer la cantekk)....hehehe...okies, stakat ni jer lah..sesaje nk gtau aku tukar layout...ngeeeeee


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Saturday, September 24, 2011

kembali ceria

hai readers....
aku sudah kembali ceria.......:)

konflik sudah berakhir...sebenarnya sudah hmpir 4 bulan lebih kami berkonflik,,,ermm...cinta mmg begitu kan (sebab tu x suka cintan2 ni tp dah terperangkap)...4 bulan yg lalu adalah saat2 yg getir dalam hubungan kami....bila jumpa gaduh... cakap telefon pun same ada saja yang tidak kena.....(mcm anjing dengan kucing--->bukan catdog)

ermm...ternyata memang sukar untuk mengenali seorang yang bernama manusia, walaupun sudah kenal hampir 7 tahun tp rupanya masih bnyak yang kami x tahu tentang diri masing2... buktinya kami membazirkan masa selama 4 bulan utk bergaduh, saling tuduh menuduh, apa yang kami dapat??? hanya kelukaan, kesakitan dan kadang2 air mata......(aisehhh cengengg...!!)




hari ni hari pertama setelah 4 bulan aku rasa HAPPY....yeahhh semua nya sudah berlalu dan akan aku jadikan ia sbg satu pengalaman yang sangat menyakitkan tp ada hikmahnya.....terima kasih ya allah kerana memberi ujian dalam cinta kami....walaupun sakitnya x blh dbayangkan dgn kata-kata tp sekurang2nya kami belajar bahawa selagi cinta ada dihati perpisahan tidak akan bermakna apa2....

sekarang kami tahu bahawa cinta kami teguh kerana kami tidak bercinta selama 7 TAHUN hanya untuk berpisah.... bagaimana cinta itu kembali bersemi setelah 4 bulan ia hampir mati?????
kerana dia tidak pernah jemu memujuk (woww romantiknyaa..hehe)
tp aku tidak pernah meminta apa2 selain dr kesetiaan dan kejujuran......tak perlu dijanjikan dengan harta setinggi gunung everest...atau kereta mewah2 bersama drivernya skali....ckuplah hnya sekadar ada kamu disaat aku memerlukan....doakanlah semoga cinta ini akan bersemi selamanya dan tiada lagi awan hitam atau awan nano yang akan meredupkan cinta kami kerana aku harapkan cinta kami sentiasa bersinar......

nota : ujian itu semakin menguatkan cinta kami kini...
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, September 19, 2011

kenangan menyelamatkan cinta::::

Cinta ibarat kupu-kupu..Makin kau kejar,makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Cinta bukannya mencari seseorang yg sempurna,tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna

Aku merasakan bahawa aku telah temui cinta yang membuatkan aku sempurna 6 tahun yang lepas…dan sehingga ke hari ini aku masih merasakan cinta itu membuatkan aku sempurna kerana apabila aku ingin melupakan cinta itu aku terasa seperti hidupku kosong…..terlalu kosong…Cuma, cinta yang menyempurnakan ku itu sedang diuji sekarang…..aku yakin ia hanya ujian semata-mata….dan sentiasa berharap agar apa yg berlaku ini hanya mimpi dan apabila aku bangun dari lena yang panjang ujian ini bakal berakhir…
Terlalu besar ujian yang diberikan untuk memisahkan hubungan ini atau untuk semakin mengukuhkan hubungan ini aku sendiri pun tidak pasti….hanya dia yang tahu hikmah disebalik ujian yang diberikan….ujian datang bertimpa-timpa…dari setiap sudut…hati yang cekal kekadang kembali rapuh…hati yang kebal kekadang kembali ampuh…
Kenapa cinta yang teguh berdiri selama ini hampir rebah menyembah bumi….??? Adakah kerana usianya yang terlalu lama hinggakan pudar sudah rasa cinta, sayang, jujur dan setia yang selama ini telah dianyam membentuk tikar kasih buat hamparan sepasang hati yang saling melengkapi….
Retak menanti belah…..telur dihujung tanduk….ini adalah 2 pepatah yang sesuai untuk menggambarkan betapa cinta yang melengkapkan hidupku itu hampir musnah…tapi tekad dihati aku sematkan hubungan yang telah bertahan selama 6 tahun mesti dipertahankan walau apa pun terjadi….
Kini, aku sudah kembali memiliki cinta yang dulunya menyempurnakan aku….apa yang menyelamatkan hubungan kami???? Jawapannya ialah KENANGAN……
Buat shbt2ku….andainya hubungan cintamu diuji dan kamu merasakan bahawa kamu perlu melepaskannya ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya. Bukankah sukar untuk memulakan sesuatu yang belum wujud, tp lagi sukar untuk mempertahankannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya. Bukankah kenangan jatuh cinta itu sangat indah? Benar kita tidak boleh hidup dalam kenangan kerana ia  akan menjadikan kita seorang yang tidak  berwawasan kerana hanya memandang masa lalu…tapi ingatlah bahawa kenangan akan membuatkan kita sedar siapa kita.
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya. Sukar untuk melupakan kenangan yang telah tercipta dan disaat kamu menganggap bahawa dia tidak lagi penting buatmu, ingatlah bahawa terlalu banyak kenangan yang telah kamu cipta bersamanya.
Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu. Dalam perjalanan hidup, kita menemukan ramai orang yang pada anggapan kita lebih baik dari si dia.. tapi adakah kita pasti orang lain lebih baik darinya?
Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.
Ingatlah :
  • Yang indah hanya sementara
  • Yang abadi adalah KENANGAN
  • Yang ikhlas hanya dari hati
  • Yang tulus hanya dari sanubari
  • Tidak mudah mencari yang telah hilang
  • Tidak mudah mengejar impian
  • Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
           Kerana walaupun digenggam terlepas juga
    • nota : kini cintaku kembali melengkapi hidupku....terima kasih KENANGAN.....


    sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

    Saturday, September 17, 2011

    ceritera di kota raya

     16 SEPTEMBER 2011 : CUTI HARI MALAYSIA


    cuti...??? yahoooooooooo.....!!! so planning jalan2 laa....
    pada pg jumaat yg indah bermula lah perjalanan kami empat sekawan ke kuala lumpur....
    exited nye la nk jalan2 sbb ni la 1st time setelah masuk 5 sem dekat upsi ni baru lah kitorang keluar ke kl same2....maklumla, budak comel yg nama nya umairah ni memang susah bila di ajak makan angin....


    bila sampai jer kat times square, benda pertama yang kami cari ialah food court....bila jumpa punyer lah banyak makanan kan, mulalah rambang mata.....x tahu nk mkn ape....last2 skali kami decide nk makan NASI GORENG AYAM PENYEK....tp ayam nya x macam kena penyek pun.....ngehngeh.....jom layan gambar kami makan nasi  goreng ayam yang x berapa nk kena penyek ni....


     menikmati air blueberry


     kak cik yg berselera dengan nasi goreng ayam penyek nya






     lepas makan, kami teruskan lagi jalan2...shopping2.....


     pusing2...pastu jumpa lah pulak dengan replika rumah lama yg diletakkan ditengah2 mall tu untuk naikkan mood raya la kot....so, apa lg snap pic lg la....sbb kami mmg fotogenik....hehehehe
    layan la gambar2 kami yer :














    pusing punyer pung tengok jam dah dekat kul 5.....tiba masanya untuk pulang la...anak dara mana blh balik mlm2......ingat pesan mak walaupun dia x nampak tau..hehehe.....
    masa balik tu sempat la beli slipar satu sorang tapi yang sadisnya selipar cik umairah cuma tinggal sebelah.....hahahahaha...mana sebelah lagi...???


    masa dalam bas tu semua tertido, bila sampai baru bngn...terus jer capai plastik beg tu x perasan plak mgkin tercicir kat dalam bas...hahahaha 


    inilah selipar comel yang hnya tinggal sebelah.....

    sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

    Friday, September 16, 2011

    ~~pemilik hati ini~~

    entri kali ni nak berbicara sedikit tentang hati dan perasaan....ececece...
    ramai kawan yang bertanya, nama blog LAKARAN KEHIDUPAN tp knapa lgsung tiada tentang cintaku pada seseorang...tdk pernah terlakarkah kisah cinta dalam hdupku...ok so entri kali ni dengan rasminya sy akui bahawa dalam hidup sy ada terlakar satu kisah cinta....ada dia dalam hati sy...
    siapakah dia....jeng.....jeng....jeng......

    orgnya biasa saja bukan anak datuk....jauh sekali anak tan sri....
    bukan seorang akauntan, bukan jurutera..jauh sekali seorang menteri...
    bukan keturunan raja jauh sekali keturunan wali....
    nak kata ensem...ermm jauh sekali...nk kata buruk...siapa kita untuk mengadili
    tp dia punya hati
    yang suci
    hadir memberi cinta sejati
    tanpanya aku sepi
    kerana dia penyeri
    hidupku yang dulunya umpama mati..

    inilah dia pemilik hati....
    semoga kasih kita abadi



    sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

    Thursday, September 8, 2011

    berakhirnya sebuah permulaan....

    yang bermula pasti akan berakhir.....walaupun kita x suka tapi kita kena percaya dengan kata-kata ini.....
    waaaa...............akhirnya cuti semester akan berakhir...kalau la cuti semester ini seperti pantai yang tiada hujungnya pastinya kaulah insan yang paling bahagia dalam dunia ni..hehehe....cuti punyer pasal pun ayat jiwang leh kuar kan..hehe penangan bakal guru sastera la katakan...

    sekarang ni aku tengah menikmati dan menghayati cutiku yang terakhir dengan jadual yang padat lah....jalan-jalan di saat2 akhir dengan bebasnya...bila smpai sana nt hidup ibarat terpenjara dalam......dalam apa ek...ermm ape2 je lah....

    dua hari lagi semuanya akan berakhir......tinggalkan kampung halaman dan kembali ke tanjong malim untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai....chewaahhh..kununnnn..... tinggalkan rutin harian selama 4 bulan ni iaitu makan,,, membuta...dan kadang2 memekak...huhuhu....sayangnya nk tinggalkan kamar peraduan yang selama ini mengulit lenaku...tinggalkan dapur yang telah bnyk merubah saizku....ngehngeh....

    APA-APA PUN HIDUP MESTI DITERUSKAN......dan cuti bakal berakhir.....................

    tg malim TUNGGU kepulanganku.......................!!!!!!!!!!!!!!

    nota : 4 bulan merubah saizku dr M ke L ::::::::::::::::::::::::::::: kawan2 ku semua jangan terkejut yer.....inilah lumrah alam...hahahahahaaaa...............
    sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...