Thursday, May 31, 2012

kuala kangsar + kuala sepetang + taiping


 
hai dalim-dalim semua
semoga sihat yeahhh!!
semalam kan cik eija pergi cari rumah sewa kat KUALA KANGSAR sebab cik eija dapat praktikal kat SMK. TUN PERAK....ermmm, terpaksa la berdikari cari umah sewa sendiri..xpe2 pengalaman tu mampu mendewasakan insan manja ini (dulu la manja sekarang tak lagi). susahnya cari umah sewa di tempat yang kita langsung tak tahu...tak ada kenal sape-sape plak tu..nak menangis rasanya. tapi hidup ni tetap kena survive kan..kata nak jadi cikgu takkan la gugaan sebbesar ini pun nk lemah kan....tu belum lagi kena posting kat pedalaman sarawak kan....aiyooo mintak dijauhkan lah..bukan tak nak berbakti pada anak bangsa kat sana tp ada tanggungjawab yang lebih besar kat sini..tapi kalau kena juga terpaksa la kan...dah bidang ni jadi pilihan

banyak juga rumah yang kami servey...ada yang mahal..ada yang murahh..mcm2 orang yg kami jumpa...aishhhh warna warni betul la dunia ni.....sabor jer lahhh dengan mereka-mereka ni.. dalam banyak2 suka duka tu cik eija termenung bila ingat dengan sorang owner umah sewa ni....dia seorang CIKGU...tapi masyaaallah cerewetnye....dia minta deposit rumah tu rm1700...allahuakbar, senyum je la...kami bukan keje lagi baru nak praktikal dah la rumah tu kosong sekosong kosong nya...kami ingatkan bila dia juga bergelar guru pasti nya dia alami apa yang kami alami, tapi mgkin kesenangan membuatkan dia lupa bagaimana rasa SUSAH itu...xpe lah, hanya mampu tersenyum dan alhamdulillah...allah temukan kita dengan insan seperti ini supaya kita tidak lupa diri....nampaknya dia menjadi guru hanya sebagai profesion saja x sampai kehati...ya allah kau tetapkanlah hatiku, SEKALI AKU MENJADI GURU SELAMANYA AKU ADALAH GURU~~~

ok, lupekan pasal tu, lepas dah settle pasal rumah sewa, kami pun jalan-jalan la...sebab awal lagi jadi kami decide nak pegi kuala sepetang... makan MEE UDANG...yahooo...cik eija exited tahap jakun sebab dah lama dengar kawan-kawan citer sal kehebatan mee udang kuala sepetang, tapi x sampai-sampai lagi...sekarang ni mee udang tuh aku GIGIT..!!!
HAHAHA...malas lah nak tulis panjang-panjang korang bukan suka baca pun kan...k layan gambar jer ekk....


ni lah rumah sewa yang kami dapat. insyaallah, 4 bulan akan menetap disini




 sebelum pergi pekena mee udang kami singgah kat kota ngah ibrahim dulu
jangan lupekan sejarah walaupun kita sekarang semakin jauh meninggalkan zaman itu
kerana tanpa mereka tiada kita.



                          wauwauwau...xde orang nak ambik gambar kami jadi snap sendiri lerrr....sedihhh
  
 bersama si larut (gajah) yang membawa penemuan kepada bijih timah di perak





 di bahagian atas rumah Ngah Ibrahim


tak lupe juga sedekahkan al-fatihah buat tunku menteri Ngah Ibrahim


 lepas melihat sejarah...kita cipta sejarah pulak..makan mee udang kat kuala sepetang..ni first time tau
walaupun alergik seefood tapi tetap nak makan...makan dulu jap lagi garu..


 aummmmmm sedap nye...nak lagi



perut dh knyang sekarang nk berjalan tengok pokok bakau pulak


 pokok bakau pelbagai saiz ada kat sini





 jambatan ni panjang sangat sebenarnya, tapi disebabkan kekenyangan 
kami tak mampu nk jalan sampai habis..hahahha



 kemudian kami singgah pulak ke taman tasik taiping






cantik view kat sini

lepas tu terus balik ke tanjong malim....dah tak larat nak g mana-mana lagi
insyaallah nanti cik eija praktikal kt kuala kangsar bulan jun nanti
nk jelajah bandar diraja tu plak..
"masa muda ni la nk berjalan kannnnzzzzz???"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, May 21, 2012

Besday ke-23 ~~~

HAI SEMUA
SEMOGA SEMUA SIHAT
dah makan ke blum semua ni...jom makan..ehhh, lupe PUASA hari ni...
hari ni kan 1 rejab jangan buat-buat lupe yer...:p

Hari ni cik eija gumbira...gumbira...kenape?? sebab hari ni my besday...oooo, korang luper yer...wish sekarang cepatttt....!!!! alhamdulillah, hari ni genaplah 23 tahun melihat dunia ciptaan allah ni. bersyukur sangat-sangat kerana hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan masih lagi diberi peluang untuk mengenali kamu semua. 22 mei tahun ni juga bersamaan dengan 1 rejab iaitu juga dipanggil sebagai bulan allah. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...syukur tak terhingga..semoga rahmat dan hidayah sampai kepada cik eija,korang doa-doakan lah yang terbaik untuk insan kerdil ini yer..sbb kdg insan ini suke lupe diri...hehehe

malam tadi kan, cik eija rasa sebab sangat sebab ni kali pertama meraikan ulangtahun tanpa ma ngn abah disisi..sebab slalunya bulan mei ni katuh pada masa cuti sekolah...atau cuti semester, tapi tahun ni saya jauh dari mereka...memang saya rasa pilu menanti detik 12 malam....so, cik eija pun ajak la someone keluar untuk redakan sikit kesedihan ni..xmo nangis-nangis nanti tak shantekk kann...opsss lupe diri plak dahh... ok pastu kluarla makan-makan...lupe la sekejap pada kesedihan tu...balik rumah dalam pukul 11 rasa sedey lagi...tapi ALHAMDULILLAH allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk cik eija...datang plak kawan-kawan buat kejutan...masuk bilik bawak kek sambil nyanyi-nyanyi...TERHARUnyer~~~ nak tengok kek nya  x? tengok jer la ekk...hihi


ni la kek nya...cik eija suke sebab pink. thank untuk kedua2 orang sahabat baik cik eija WAN MAZWANI dan SITI DALILAH. ja sayang kamu...sumpah!!!!


ni plak kad yang dibuat sendiri oleh wan mazwani...i luv u kak chierkkk
ja suke kad ni, kad yang dibuat sendiri mempunyai 'sentimental value' yang tinggi.



dan juga ada sign dari semua haousemate 13-3-B
sayang korang semua ... umuuahhhh...!!!!



ni gambar BESDAY GIRL...x comel pun., tp alhamdulillah masih ada yang sayang...gambar mereka yang membuat kejutan dengan kek tak boleh dipaparkan disini sebab terlalu seksa...hahahaha.......terima kasih pada semua yang wish besday cik eija..especially kak chierk, dila, umai, emy, jah, adik ya, kak cha, kak la, kak ya, kak su, aya dan semua-semua lah...x mampu nk tulis semua sebab pen tak ada dakwat..hehehe

~~~~~~ TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN~~~~~~~





sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, May 17, 2012

kisah cinta sejati di dunia moden : chris medina


 
bila bercerita tentang cinta sejati..semua orang mencebik lalu berkata "mana ada cinta sejati lagi sekarang ni" maaf semua, saya menolak kenyataan ini bulat-bulat. siapa kita untuk mempertikaikan tentang rasa cinta yang ada dalam hati seseorang manusia lain? pastinya bila disebut tentang cinta sejati akan terpampanglah nama seperti cinta ROMEO n JULIET, UDA dan DARA, YUSOF dan ZULAIKHA malah cinta antara JACK DAWSON and ROSE DEWITT BUKETER dalam titanic juga turut diingat hingga sekarang. namun pernahkah kita mendengar tentang kisah cinta sejati antara CHRIS MEDINA terhadap kekasihnya JULIANA RAMOS?

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kisah cinta mereka...
baik kepada yang tidak tahu mari sama-sama kita jadikan kisah cinta mereka sebagai pengajaran atau mungkin sebagai pendorong untuk kita menjadi lebih setia
 
Chris adalah salah seorang peserta yang datang audition untuk American Idol 2011 tetapi kecundang diperingkat saringan. Dan Juliana pula adalah kekasih Chris selama 8 tahun, major dalam muzik dan amat menyanjungi dan meminati nyanyian Chris dan small band nya Green Light. Juliana sentiasa memberi semangat kepada Chris untuk berjaya di dalam bidang muzik. Setelah sekian lama bercinta, mereka telah bertunang pada 12 Desember 2007.

saat-saat bahagia ketika chris melamar juliana
Pada 2 Oktober 2009…hampir 2 bulan saja lagi sebelum mereka mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November, Juliana telah mengalami kemalangan kereta yang amat teruk. Kepalaanya retak, dan beberapa tulang di wajahnya yang cantik itu juga turut patah. Namun, dia terselamat akan tetapi Juliana telah kecederaan otak yang amat kritikal sehingga dia koma. Seluruh anggotanya juga turut menjadi lumpuh akibat dari kecederaan itu. selepas 2 tahun kemalangan chris masih bersama juliana : 
 (UNTUK MELIHAT JULIANI RAMOS YANG SUDAH CACAT, ADA DALAM KLIP VIDEO LAGU WHAT ARE WORDS)
Kisah cinta Chris Medina telah menggoncangkan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Baik wanita maupun lelaki. Ini adalah kerana, masih lagi ada lelaki baik yang benar-benar ikhlas dan jujur menyayangi seorang gadis lumpuh.
Sedangkan dia boleh kalau mahu pergi kepada wanita lain. Dia juga boleh memutuskan saja pertunangannya.
Tetapi, Chris TIDAK melakukannya! 
Baginya, segala janji-janjinya kepada Juliana sebelum kemalangan itu dan segala-gala apa yang dikatakan selama ini, dia kotakan! Bukan hanya sekadar kata-kata, bukan hanya janji kosong. Dan kerana itu, walau lumpuh, walau hodoh, walau cacat, dia rela bersama dan berkorban dengan menjaga tunangnya, Juliana.
Persoalannya di sini…
  • Sanggupkah anda menjaga pasangan anda yang tiba-tiba berubah menjadi cacat? Lumpuh? Dan sudah tidak berupaya melakukan apa saja?
  • Sanggupkah anda menjaga makan, dan minumnya, menyuapnya setiap waktu makan?
  • Sanggupkah anda memandikannya, membersih kencing, dan segala najisnya? TANPA mendapat apa-apa dari pengorbanan anda itu?
  • Sanggup kah anda mengotakan janji anda, kata-kata anda yang cinta, sayang, kaulah segala-galanya, you sorang je lah yang I cinta sampai bila-bila…SANGGUP?
Ramai yang bercinta, tapi mengharap berbagai balasan dan keuntungan. Ramai yang bercinta terlalu menginginkan diri dicintai balik. Ramai yang bercinta, kecewa apabila diri dipinggirkan…
Tidak mengira anda lelaki, maupun wanita, cuba letak diri anda sebagai Chris Medina, cuba selami jiwanya yang cukup bahagia walau hanya memberi dan tidak menerima. Cuba rasakan, cinta Chris pada Juliana… jangan hanya baca dan mengalir air mata…tetapi selaminya, rasainya…
Dia cukup bahagia dengan hanya menjaga Juliana, memberi kasih dan sayangnya kepada gadis itu tanpa menghiraukan pun jika Juliana dapat membalas cintanya, apatah lagi memberi nafkah batin sebagai isteri kelak.
Baginya, as long as dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Juliana…menjaga dan mengambil berat terhadap tunang yang disayanginya itu…sudah memadai.
Dan because of that jugalah kini, Chris berjaya! Segala pengorbanan dia juga telah mendatangkan hasil… Ramai yang telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pasangan  bercinta ini.
Juliana telah mendapat bantuan kewangan beratus-ratus ribu ringgit untuk merawat kecederaan otaknya. Melalui Chris, Juliana perlahan-lahan pulih… namun, sebagaimana yang doktor Juliana katakan, “You will never know, when a brain injury will recover!” – Bayangkan lah… anda tidak akan tahu samada pasangan anda akan betul-betul sembuh atau pun  tidak… as most of the case study, tiada satu pun yang pulih seperti sedia kala.
Apabila ditanya sewaktu interview bersama Ryan Seacrest di Kiss radio, Chris menjawab… “What are words if you really don’t mean them, when you say them? ” – dari kata-kata itulah terciptanya lagu khas buat Juliana yang kini telah mencapat 13 juta hit di youtube. 
 
banyak lagu-lagu chris medina yang menyentuh hati antaranya ialah lagu WHAT ARE WORD (Carilah di youtube)
pesanan : 
wahai sahabat-sahabat ku..percaya lah bahawa di muka bumi ini masih ada cinta sejati kerana allah telah menganugerahkan sekeping hati dan sebuah perasaan kepada kita...jadi ingtlah cinta sejati tidak akan mati dan masih ada lagi lelaki yang baik wujud di dunia ini
JANGAN KATA CINTA KALAU TIDAK BERPIJAK DI 
DUNIA NYATA
Aku juga mahu dicintai seperti juliana ramos
eija zolkifeli  18 mei 2012.

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, May 15, 2012

Kenapa DP FB Berwarna Coklat dan Bertutup Mata?




Saya dah tukar...anda bila lagi??

"My current profile picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli prison service on the Palestinian prisoners. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli Prison Service. The purpose of changing this DP is to spread the awareness about our brothers and sisters' struggles being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike.

Changing the DP cannot help them all at once but rather to get people to notice what is happening in Palestine currently so that all muslims can make du'a for them. And, that will change something.

Do you know about this before? Well, now you know, and the change of my DP is a success."

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ramai yang tukar DP kat Facebook kepada DP berpakaian coklat dan bertutup mata. Ada jugak yang tertanya-tanya, adakah DP bertutup mata menjadi trend sekarang ni? Maka, atas tu saya copy paste dari Facebook jugak, da ramai yang share. Alhamdulillah, da ramai yang sedar dan tahu tentang benda ni.


 
 

Hari ni, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

Sama-sama kita doakan saudara-saudara kita kat Palestin. Apa yang kita buat ni walaupun sedikit, moga Allah kira sebagai sumbangan untuk pembebasan Palestin. Insya'Allah.
sumber : copy paste dari : sunah suka sakura

 

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, May 8, 2012

sepupuku konvo


 
 
hai salam satu Blog...!!!
 
hari ni hati cik eija rasa berbunga-bunga la...dipinang orang?? ehh bukan pasal tu lahh tapi sebab KONVO! tapi bukan cik eija yang konvo...sepupu yang konvo. dalam keluarga datuk sulaiman dan datin aminah (datuk dan nenekku) dialah sepupu pertama yang dapat mengenggam segulung ijazah...dan akan diikuti oleh cik eija la tahun depan..insyaallah andai diizinkan allah.

tak sabar rasanya nak konvo kan....!!!! ada setahun lagi......lepas tu nak keje, banyak sangatimpian yang nak dicapai ni sampai tak tahu nak laksanakan yang mana dulu....hehe..korang semua doakan yang terbaik untuk cik eija yer....tak sabar nak pakai jubah konvo, nak dapat teddy bear banyak-banyak...nak pegang bunga, nak lambung2 topi...nak pegang skroll....nak KAWENNNNN....erkkkk, ****pitammm
 
korang tengok gambar jerla ekk...makin lama menaip makin melalut niihh..hehe



 

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Friday, May 4, 2012

cinta JARAK jauh




cinta jarak jauh itu sukar kerana tumbuhnya tanpa baja, bercambah tanpa siraman air, membesar tanpa cahaya lalu mampukah kembangnya mengharungi sebuah taman yang kelihatan tandus dan gersang??
menjadi pencinta jarak jauh itu cabaran..menjadi yang dicinta dalam jarak jauh juga merupakan dugaan
lalu kedua-duanya harus kuat dalam menyatukan dua hati. kepercayaan merupakan tembok yang paling keras harus dibina bagi merentangi segala anasir-anasir jahat seperti rasa cemburu, syawasangka dan segala macam yang sewaktu dengannya. tanpa kepercayaan cinta jarak jauh hancur berkecai jadi debuan di jalanan
 
cinta jarak jauh perlukan kesetiaan
kesetiaan yang bukan sedikit..kesetiaan yang bukan ala kadar, tapi kesetiaan yang tidak goyah sekalipun sang teruna digoda bidadari syurga...atau si dara digoda sang raja. mampukah kesetiaan menjadi seteguh itu andai hanya suara yang mengalunkan kata cinta sedangkan jasad jauh entah di mana? jawapannya mampu kerana kesetiaan itu lahirnya dari hati yang menyintai.....tanpa kesetiaan cinta jarak jauh punah..dan saling menyalahkan..hati itu kita yang punya,rasa cinta itu kita yang punya...untuk setia atau tidak itu juga pilihan kita...lalu kenapa mesti menyalahkan orang lain???
 
cinta jarak jauh bisa sampai ke gerbang pelamin andai merpati dua sejoli tahu peranan masing-masing. berusahalah untuk maju bukan hanya menunggu waktu berganti waktu... jadi setia itu tidak susah kerana pilihan itu ada pada kita bukan pada orang lain....
 
apalah salahnya jika kita menjadi sesetia ombak pada pantai?? walaupun laut luas terbentang, ombak tetap menuju ke pantai...dan pantai juga menanti dengan penuh setia dengan kehadiran ombak walaupun kedatangan ombak sering memukul pantai, namun pantai tahu pukulan manja itu menghantar syarat sapaan kemesraan....tanda manisnya sebuah kesetiaan

apa salahnya menjadi sesetia malam pada siang??? malam tidak pernah lupa untuk datang tika siang sudah penat menjalankan tugasnya. pernahkah kita melihat  malam lupa untuk datang menunaikan janji? tidak bukan...siang sendirian memberikan cahaya pada kita tanpa malam disisi...namun di senja kala datang disitulah mereka memadu kasih, melepaskan rindu sementara berpisah lagi kerana malam pula akan menggantikan tugas untuk memberi keheningan dan kepada kita manakala siang pulang merehatkan diri.
manisnya pertemuan mereka diwaktu senja itu, walaupun pertemuan itu sementara namun disitulah 
indahnya........




kisah pertemuan siang dan malam di waktu senja yang singkat ibarat kisah manusia yang setia walaupun diuji cinta jarakjauh...
 


mood : bertemu cinta jarak jauh
(senja akan memisahkan kita)






sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Dinner PERMATA




 
HALOOOOOO........
senyummm....senyummmm
tetibe je kann
ok ari ni nak citer sal DINNER
 



ni dinner PERMATA ni korang pergi tak? PERMATA tu singkatan daripada persatuan mahasiswa tanah merah...cik eija bangga betul jd anak tanah merah...sebab ada seorang insan yang boleh dianggap sebagai pemimpin...cik eija pergi tau sebagai tanda sayangkan tanah merah.
tanah merah dihatiku....giteww
makk malas lah nk tulis panjang-panjang...mak tak sabar nak tunjuk gambar makk..ewww..
hahahah...gedik kan...maaf!!!!

 sampai jer terus bergambar @ PWTC


 teman segambar..huhu

 tengok atas sana...ada apa.......??


cik eija comel macam kartun tu x?


singgah pesta buku duluuuu
beli hape???
novel la......hikhikhik



dahh malamm?? time untuk makannnnn...sambil dihiburkan oleh aizat...siti nurhaliza....zarina AF...puteri caroline dan nora....artis-artis ni semua best melainkan zarina af sebab dia SOMBONG lerrrr.......yang paling best AIZAT, pujian ni bukan sebab dia lelaki dan saya terlalu minat dia..bukan...bukan...bukan...tapi sebab dia memang BEST, x sombong...siap sempat borak-borak lagi ngn cikk eija yang duduk je kat tepi pentas..hehehe

 u r da BEST




cT cantik sngt...!

tahun depan kalau ada lagi event macam ni boleh pergi lagi sebab masih bergelar mahasiswa..hehe yang dari daerah lain jangan jeles-jeles yer....:)
k bye----bye----
nantikan perjalanan yang seterusnya
#cik eija memang suke round da world#


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, May 1, 2012

UJiaN HaNya PeNguaT JiWa



 



Setiap manusia inginkan kebahagian, kegembiraan dan cuba untuk lari sejauh yang mungkin daripada sesuatu yang benama ujian dan dugaan yang sering membawa kepada kegagalan. manusia takut pada DUGAAN, sedangkan tanpa sedar bahawa dugaan akan menguatkan jiwa-jiwa yang lalai dengan keasyikan duniawi. apabila adanya dugaan kita mula mengenali apa itu perjuangan. oleh itu mengapa kita lemah bila dihadapkan dengan ujian sedangkan kita tahu bahawa ujian hanya penguat jiwa.

ujian itu datang dalam pelbagai cara. ujian datang kepada orang yang miskin. seringkali si miskin merintih kenapa mereka diuji berkali-kali sedangkan kedhaifan yang mereka alami sudah tidak tertanggung. mengapa harus diuji lagi dengan perkara-perkara lain. tidakkah kau sedar wahai si miskin bahawa ujian yang datang kepadamu semakin menguatkan jiwamu. pandanglah dari sudut positif betapa dalam kemiskinan itu kau sudah mampu membesarkan anak-anakmu...betapa dalam kemiskinan itu kau berjaya menggapai cita-citamu...betapa dalam kemiskinan itu kau mempu mempunyai anak, isteri/suami dan segala-galanya walaupun dalam keadaan sederhana...tidakkah kau sedar dalam kemiskinan itu kau tidak hidup melarat. kenapa?? kerana ujian pada kemiskinan itu membentuk kau menjadi seorang yang kuat lalu ujian-ujian itu mampu kau hindari dan menikmati hidup dengan caramu.

ujian kepada orang yang kaya. kau menganggap ujian dalam bentuk kewangan tidak mungkin akan berlaku dalam hidupmu. tapi ingatlah si kaya bahawa dugaan juga boleh datang dalam bentuk yang lain. ujian boleh datang dalam bentuk perpecahan keluarga kerana kesibukan si kaya mencari harta. ujian yang datang hanya akan membuat kau mencari sebab mengapa kau diuji lantas kau akan temui jawapan bahawa ujian juga datang pada si kaya kerana harta tidak mampu menghalang ujian dan dugaan datang melingkari kehidupan. dengan ujian itu kau temui cara untuk mensyukuri apa yang kau perolehi.

ujian juga datang kepada sang pencinta. orang yang bercinta sememangnya sinonim dengan erti dugaan. adakah dunia percintaan yang tidak diuji? andainya ada nescaya kamu tidak akan merasai manisnya selepas kepahitan itu. ujian dalam cinta datang dalam pelbagai bentuk...cinta diuji dengan kecurangan pasangan...cinta diuji dengan hubungan yang tidak direstui....cinta diuji dengan kematian pasangan...cinta diuji dengan ketidakhadiran zuriat...cinta diuji dengan pelbagai cara....namun kenapa kita tidak pernah rebah dan terus perjuangkan cinta? kerana ujian itu penguat jiwa. ujian itu membuatkan kita semakin tabah untuk berjuang...




ujian datang dalam diri seorang yang bernama manusia...janganlah lari dari ujian kerana ujian dan dugaan yang datang bukan untuk menggagalkan kita tetapi untuk menjadikan kita seorang yang bersemangat dan berjiwa kental. dugaan hanya akan mematangkan manusia. cubalah perhatikan antara kedua-dua orang manusia yang kerap diuji dan yang kurang menerima ujian....pastinya kau temui apa hikmahnya dia sering diuji....
bayangkan bagaimana hidup kita jika kita tidak pernah diuji...
pastiya kita tidak akan secekal hari ini
pastinya kita tidak akan setabah tika ini
pastinya kita hilang nilai insani
pastinya kita xmerasai nikmat duniawi
dan kita semakin jauh dari ilahi...




sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...