Tuesday, May 1, 2012

UJiaN HaNya PeNguaT JiWa



 



Setiap manusia inginkan kebahagian, kegembiraan dan cuba untuk lari sejauh yang mungkin daripada sesuatu yang benama ujian dan dugaan yang sering membawa kepada kegagalan. manusia takut pada DUGAAN, sedangkan tanpa sedar bahawa dugaan akan menguatkan jiwa-jiwa yang lalai dengan keasyikan duniawi. apabila adanya dugaan kita mula mengenali apa itu perjuangan. oleh itu mengapa kita lemah bila dihadapkan dengan ujian sedangkan kita tahu bahawa ujian hanya penguat jiwa.

ujian itu datang dalam pelbagai cara. ujian datang kepada orang yang miskin. seringkali si miskin merintih kenapa mereka diuji berkali-kali sedangkan kedhaifan yang mereka alami sudah tidak tertanggung. mengapa harus diuji lagi dengan perkara-perkara lain. tidakkah kau sedar wahai si miskin bahawa ujian yang datang kepadamu semakin menguatkan jiwamu. pandanglah dari sudut positif betapa dalam kemiskinan itu kau sudah mampu membesarkan anak-anakmu...betapa dalam kemiskinan itu kau berjaya menggapai cita-citamu...betapa dalam kemiskinan itu kau mempu mempunyai anak, isteri/suami dan segala-galanya walaupun dalam keadaan sederhana...tidakkah kau sedar dalam kemiskinan itu kau tidak hidup melarat. kenapa?? kerana ujian pada kemiskinan itu membentuk kau menjadi seorang yang kuat lalu ujian-ujian itu mampu kau hindari dan menikmati hidup dengan caramu.

ujian kepada orang yang kaya. kau menganggap ujian dalam bentuk kewangan tidak mungkin akan berlaku dalam hidupmu. tapi ingatlah si kaya bahawa dugaan juga boleh datang dalam bentuk yang lain. ujian boleh datang dalam bentuk perpecahan keluarga kerana kesibukan si kaya mencari harta. ujian yang datang hanya akan membuat kau mencari sebab mengapa kau diuji lantas kau akan temui jawapan bahawa ujian juga datang pada si kaya kerana harta tidak mampu menghalang ujian dan dugaan datang melingkari kehidupan. dengan ujian itu kau temui cara untuk mensyukuri apa yang kau perolehi.

ujian juga datang kepada sang pencinta. orang yang bercinta sememangnya sinonim dengan erti dugaan. adakah dunia percintaan yang tidak diuji? andainya ada nescaya kamu tidak akan merasai manisnya selepas kepahitan itu. ujian dalam cinta datang dalam pelbagai bentuk...cinta diuji dengan kecurangan pasangan...cinta diuji dengan hubungan yang tidak direstui....cinta diuji dengan kematian pasangan...cinta diuji dengan ketidakhadiran zuriat...cinta diuji dengan pelbagai cara....namun kenapa kita tidak pernah rebah dan terus perjuangkan cinta? kerana ujian itu penguat jiwa. ujian itu membuatkan kita semakin tabah untuk berjuang...




ujian datang dalam diri seorang yang bernama manusia...janganlah lari dari ujian kerana ujian dan dugaan yang datang bukan untuk menggagalkan kita tetapi untuk menjadikan kita seorang yang bersemangat dan berjiwa kental. dugaan hanya akan mematangkan manusia. cubalah perhatikan antara kedua-dua orang manusia yang kerap diuji dan yang kurang menerima ujian....pastinya kau temui apa hikmahnya dia sering diuji....
bayangkan bagaimana hidup kita jika kita tidak pernah diuji...
pastiya kita tidak akan secekal hari ini
pastinya kita tidak akan setabah tika ini
pastinya kita hilang nilai insani
pastinya kita xmerasai nikmat duniawi
dan kita semakin jauh dari ilahi...




sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

0 tinta pena sahabat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...