Monday, October 15, 2012

pelajarku : 4 DEDIKASI

 
4 bulan yang lalu. aku masuk kelas ini dengan 1001 perasaan. rasa gementar, takut, tak tahu nak cakap apa semua bercampur menjadi satu. kerana ini pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi di dalam kelas bersama pelajar-pelajar...

kini, aku menjadi lebih yakin....tak perlu nak rangka-rangka apa yang nak diperkatakan dalam kelas sebab semuanya akan keluar secara spontan. tetapi kebiasaan ini akan aku tinggalkan tidak lama lagi...

kelas 4D adalah kelas yang paling corot sekali di sekolah ini. dan aku merasakan inilah cabaran yang paling besar dalam hidup aku.. bukan mudah untuk membuatkan mereka minat untuk belajar. tapi aku yakin aku mampu laksanakannya...walaupun bukan membangkitkan semangat belajar untuk semua subjek tapi sekurang-kurangnya untuk mata pelajaran kesusasteraan melayu

kini setelah 4 bulan aku boleh dikatakan berjaya buat mereka minat pada mata pelajaran kesusasteraan melayu. dengan menggunakan kaedah yang menarik dan kepelbagaian ABM... aku melihat perubahan mereka dan yang paling menggembirakan apabila kehadiran pada hari isnin dan rabu (HARI ADA SASTERA)  adalah penuh. alhamdulillah!
 
jom layan saje gambar mereka ::::::
 

 melakukan aktiviti lukis sinopsis
pelajar di kelas hujung memang berbakat dalam perkara yang lebih praktikal



 
pembentangan dan santai------sebelum menunggu waktu balik





inilah pelajar pertama saya 2012..
kamu semua akan terus terpahat dalam kenangan cikgu






semoga satu hari nanti kita akan berjumpa lagi dan ketika itu kamu lebih berjaya dari diri ini






cenderamata untuk pelajar-pelajar 4 dedikasi yang banyak mengajarku erti kesabaran, kelembutan dan memberikan sejuta kenangan dan pengalaman.

"guru dan pelajar berpisah tiada"




sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, October 9, 2012

ceritera pelajarku 2#

 
PMR sudah menjengah tiba...hari ini hari kedua...
bukan tentang PMR yang aku ingin ceritakan 
tetapi tentang perasaan menjadi guru itu yang menggerakkan jemariku

sebelum peperiksaan PMR bermula,
aku melihat ramai pelajar tingkatan tiga mula mencari guru... katanya ingin memohon restu... izin ilmu perlu diburu...supaya tenang selalu untuk menjawab peperiksaan yang menyentak kalbu....

aku tidak mengajar tingkatan tiga..cuma kadangkala masuk 'relief' sahaja...ada ketika aku bercerita untuk mengisi masa...sebenarnya untuk menyedarkan mereka juga. Aku bawa kisah kejayaan mereka-mereka yang hidup dalam serba kekurangan...tetapi boleh berjaya dengan adanya usaha...
 
mereka pernah bertanya : kenapa dicerita kisah mereka saja? hari ini kami mahu mendengar kisah cikgu yang selalu memberi kami inspirasi...ohhh..aku termangu sebentar..terkedu juga mungkin...apa aku nak beritahu...

  

bukan aku tidak punya cerita...mungkin lebih derita dari mereka....tapi entah kenapa aku rasa berat untuk berkata tentang kisah derita itu...tetapi kisah itulah yang membina diriku hingga kau menjadi aku pada hari ini dan ketika ini aku berdiri depan kamu sebagai guru...
 
hanya satu yang aku ceritakan pada mereka tentang kisah kejayaanku...iaitu HARAPAN.... aku sentiasa mempunyai harapan dalam hatiku walaupun aku tahu kadang-kadang apa yang aku harapkan itu nampak mustahil untuk aku gapai.....kenapa HARAPAN? kerana harapan akan membangkitkan semangat.... itu bagi aku...mungkin setiap orang punya kisah dan cerita yang berbeza....

berbalik pada cerita tadi....aku turut didatangi pelajar2 tingkatan tiga yang datang bersalaman dan memohon restu..kata mereka : saya mempunyai harapan yang besar untuk peperiksaan ini dan oleh itu saya berusaha dengan gigih....cikgu restuilah saya....

saat mereka memelukku.....aku cuma mampu berdoa dalam hati :
 
ya allah, kau berilah yang terbaik untuk pelajar-pelajar ku ini....amin.
dan perasaan ketika itu hanya allah yang tahu...
kini menjadi guru bukan lagi kesilapan bagi aku
aku mula menabur bakti sepenuh hati..... 
 
 

"janganlah takut untuk menaruh impian dan terbanglah ke bulan, jika kita gagal sampai ke sana kita pasti berada di antara bintang-bintang"



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, October 7, 2012

curang dalam diam

 

Dia termangu di depan muka buku. Dia Nampak kekasih hati ada di situ. Tapi kenapa disisinya bukan aku? Fikirannya buntu...nak buat apa pun tak tahu...dia seolah-olah beku terkejut atau terkaku, aku pun malas nak ganggu...takut dia naik hantu...

Dia pandang aku dengan mata berkaca...dia tunjuk status si dia suruh aku baca...apa lagi yang aku nak kata...aku pun diam tanpa bicara kerana ada kalanya diam itu lebih baik dari berkata lalu mengguris hatinya...

 
Aku lihat dia pejam mata...aku tahu macam mana sakit yang dia rasa...aku keluar dari ruang kamarnya, beri dia masa untuk mencerna apa yang baru dia terima...aku tahu dia kuat menerima kenyataan..kerana ini bukan pengakhiran...

Aku termangu melihat malam, aku berbicara dalam diam...kawan, lepaskan dia bersama angannya...lepaskan dia mencari kebahagiaan... dan kau temanku..insyaallah ada yang terbaik untukmu.

“lepaskan dia andainya itu pilihan dia...ada yang terbaik untuk kita...itu janji pencipta kita”
 


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, October 1, 2012

HeLLo OktOBeR!

 
 
OKTOBER...OKTOBER...OKTOBER
Tragedi oktober

harap-harap tidak ada tragedi ye yang berlaku di bulan ini
gembira dalam duka bila datang oktober...kenapa? kerana akan dinoktahkan segala yang bermula. ketika mula menerima berita, akan berkhidmat di bandar diraja, hati rasa riang tertawa..ohh aku bakal mendidik bangsa. 
sampai saja di kota ini, aku mula mengenal erti...bahawa fantasi tak seperti realiti. berdepan dengan pelajar sendiri menjadikan aku lemah meniti hari. bukan putus asa di awal perjuangan tetapi jiwa rapuh mencari kematangan. aku mula mendidik diri menerima kekurangan kerana mereka masih punya harapan.
kini setelah tiga bulan, aku mula menjiwai peranan....aku mula mencorak kenangan, aku sudah berani berhadapan....tapi aku juga perlu menanti datangnya perpisahan...
 
sungguh aku mula sedih membilang hari, aku tak nak begini...
BOLEH TAK KALAU NAK POSTING DI SINI?
 
berakhirnya oktober maka berakhirlah perjuangan aku disini
 
 
"ucap selamat tinggal itu sukar"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, September 25, 2012

ceritera pelajarku #1

 
salam kerinduan buat semua
sudah lama rasanya aku tidak membuka pintu rumah ini
tapi tidak mengapa aku pasti kalian ada untuk melihat laman rumah ini sekali sekala.

aku masih lagi berpraktikal di minggu ketiga belas. masih lagi berbaki 3 minggu..tetapi perasaan sedih tu sudah mula menular dalam diriku...mungkin juga pelajar-pelajarku. hari ini aku menujukkkan satu set induksi lagu salam terakhir nyanyian SUDIRMAN. aku melihat mata mereka merah dan mula menundukkan wajah...opss..touching

habis saja kelas...semua datang memelukku...allahuakbar, sungguh jadi guru itu indah. itulah perasaan yang aku rasakan. pelaja-pelajarku.....kita bertemu, kita kenal...lalu kita diikat dalam satu hubungan yang punya jarak...cikgu cuba buang jarak itu supaya kamu semua tahu bahawa hubungan guru dengan pelajar itu seperti ibu dan anak....dan kita akan berpisah tetapi ikatan itu tidak putus....
cikgu akan selalu tanya khabar kamu insyaallah...
mereka menitiskan air mata...
aku senyum lalu
aku katakan
ada ujian yang lebih berat dari ini...
simpan air matamu untuk suatu hari nanti...
 
kata mereka : cikgu tak menangis pun...cikgu tak sayang kami?

aku katakan : tidak...cikgu simpan air mata cikgu untuk menangis bila melihat kejayaan kamu nanti. kerana tiada apa yang lebih menggembirakan cikgu selain daripada melihat kamu menjadi seorang yang dihormati. itu maknanya cikgu berjaya dalam kejayaan kamu.
 
insyaallah.

"suka duka menjadi guru hanya boleh diceritakan oleh GURU"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Wednesday, September 5, 2012

pilihan penentu masa depan

 
 
sehingga ke hari ini aku masih lagi terkurung dalam ruang yang sukar untuk aku tinggalkan.
Hidup tidak pernah menjanjikan kita akan bertemu kebahagiaan setiap hari seperti mana juga ia tidak pernah menjanjikan kita berhadapan dengan kesengsaraan setiap kali. Kehidupan ialah pilihan. Kita memilih bagaimana seharusnya untuk kita menjalani hari-hari yang mendatang. Bahagiakah kita atau berdukakah kita untuk hari ini, kita yang memilih untuk menjalani.
 
seperti yang aku ceritakan dulu aku berhadapan dengan pilihan aku atau pilihan ibu. rasa itu hanya aku yang tahu. kadang kala mahu saja aku ikut arus tanpa tuju tapi akal waras mengarahkan aku menjadi aku, bukan menyerah pada takdir yang akan berlalu. 


kadang-kadang akal ku gagal berfungsi walaupun untuk benda yang mungkin dihujung jari...akal dan hati sering menimbulkan perdebatan yang menyebabkan jasadku lemah lalu aku terkaku saja dipenjuru itu.
kalau lah kita dilahirkan bersama sekeping helaian peta yang perlu kita lalui alangkah indahnya....kita pasti tidak perlu berdepan dengan pilihan seperti ini.
 
"I'm not desperate to make a choice because I was not ready"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Wednesday, August 29, 2012

aku tidak tahu dari mana dia datang..

 
 
 
aku diam tanpa bicara..berfikir dari mana hadirnya lelaki itu...entah kenapa kali ini rasa lain benar hati ini saat melihatnya. katanya dia pernah menegur aku di fesbuk sejak bulan januari 2012 tapi aku tidak melayan sehingga lah pada bulan 5 aku memberikan no. telefonku kerana katanya kami satu daerah jadi dia ingin mengenaliku. entah kenapa hati yang selama ini sukar nak bagi nombor phone pada orang tiba-tiba sahaja lembut hati. berulang kali 'dia' mesej sekali aku balas...tapi dia telefon bersebab kerana setiap kali dia telefon dia hanya akan mengingatkan aku tentang solat. kadang-kadang hati ini tertanya-tanya dari mana dia hadir..adakah hadirnya untuk menyedarkan aku untuk menunaikan solat 5 waktu pada awal waktu...kerana ada ketikanya aku lalai sehingga solat ku tidak terjaga waktunya.
 
 
ketika satu kejadian berlaku dalam hidupku hati ini tergerak untuk menghantar pesanan ringkas untuknya dan dia terus sudi membantu. alhamdulillah sekali lagi dia hadir ketika aku dalam kesusahan. dari mana dia datang?

sejak dari hari itu aku mula membalas pesanan ringkas yang sering dihantar bila azan berkumandang. sedikit-demi sedikit mula timbul rasa rindu dan aku sering menanti mesej daripadanya. kehadiran aidilfitri makin merapatkan hubungan kami apabila dia berani datang ke rumah dan pandai mengambil hati orang tuaku. ibuku sangat berkenan dengan akhlaknya itu. dan aku mula tersepit antara 'dia' dan 'dia'.

dia terlalu baik....sekali lagi terdetik dihatiku dari mana dia datang hingga membuatkan hati ini kekadang rasa tak keruan...ya allah seandainya telah tertulis di lohmahfuz bahawa dia adalah pemilik hati ini maka kau dekatkan lah aku dengannya dan andainya dia bukan milikku kau jauhkanlah dia dariku agar rasa cinta ini tidak memudaratkan aku suatu hari ini.
 
 
"aku tidak tahu dari mana dia datang, tapi yang pasti dia membawa cintanya sekali"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, August 28, 2012

tak tahu antara 2


 

kejamkah aku jika aku katakan ketika ini aku sedang mengenali hati seorang lelaki lain sedangkan aku sudah punya seorang kekasih yang sangat menyintai diri ini.....bukan niat untuk berlaku curang tapi...ahhhh DILEMA...!!!

SI A : sudah 8 tahun kami bersama.....usianya 3 tahun lebih tua dariku...berbagai-bagai pengorbanan telah dilakukan olehnya...aku bahagia menjadi kekasihnya dan dia mungkin berkali-kali ganda lebih bahagia. tapi sayangnya hubungan kami tidak direstui oleh ibuku....kerana dia hanya kerja biasa, tidak belajar tinggi,tapi dia terlalu setia...namun aku tetap berusaha untuk meyakinkan ibu bahawa dia boleh membuatkan aku bahagia...sebab itulah hingga kini kami masih bersama walaupun terlalu banyak halangan yang kami lalui...

SI B : baru 8 bulan kenal, baru seminggu rapat....tapi si dia pilihan hati ibu...aku juga senang bila bersama dia, tenang! kerana tidak sampai hati menolak hasrat hati si ibu lalu aku cuba juga memberi peluang untuk kami saling kenal. semuanya demi ibu....punya iman yang kukuh, sesuai dengan bidang pengajiannya..insyaallah boleh membimbing aku ke arah yang lebih baik dengan ilmu yang dia ada. usianya muda setahun dariku...dia juga mencintai diriku sepenuhnya.

SIA A tahu aku sudah rapat dengan SI B dan SI B juga tahu aku sudah punya SI A sebelum ini...owh sukarnya membuat pilihan hati.....kini keputusan ada ditangan aku..aku takut tersilap membuat pilihan...
sahabat bantu lah aku..
andai kalian berada dtempatku...
 
apakah pilihan kalian???
 
 

"cinta itu memang sesuatu yang misteri, aku bisa gila dengan panahannya"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, August 12, 2012

baju raya pilihan : 2012

 
 
cheuttttt...awww
 
ape ke hel nye happy sangat ni
hiuhiuhiu...sorry aku dah tak boleh nak kawal perasaan ni

untuk pengetahuan kome semua hari ni dah kompem skolah awok dapat cuti hari khamis dan jumaat. walaupun cuti berganti tapi kegembiraan ni tak dapat dibendung lagi...
hahahahaha...dapat balik beli baju raya....opsss
sedihkan baju raya tak ada lagi...memang hari ini dalam sejarah betul la
 
agak-agak nak jahit baju macam mana ek
nasib baik la mama awok ni tukang jahit idok le awok kena fikir sangat
tapi awok ade la berkenan dengan baju raya ni...moh le kite nengok nye haaaa
 
 
 berkenan sangat yang ni



 rasanya mungkin baju raya tahun ni macam ni..


 dapat cuti awal dapat jugak la pakai baju raya..

"yang penting sekali gembira dapat balik buat persiapab terakhir bersama family"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, August 7, 2012

kalau orang tak suka biarlah..janji aku suka.

 
Ada ketikanya dalam hidup ini keputusan yang kita buat lebih banyak dipengaruhi oleh kemahuan orang lain. adakah itu tandanya kita manusia yang baik? buat apa kita mengikut kehendak orang jika sekadar untuk menjaga hati manusia yang sebenarnya tidak pernah berpuas hati. aku belum lagi berjumpa dengan manusia yang mengatur hidupnya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa sahaja. aku sendiri terpaksa membuat keputusan yang kadang-kadang bukan datang dari hati atau kemahuan aku. rasanya setakat ini hanya satu sahaja keputusan besar yang aku buat atas kehendak orang lain iaitu memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya : ia kehendak ibuku. tak salahkan menunaikan hasrat ibu kerana aku satu-satunya anak gadis yang dia ada.

back to the topic yang aku nak cerita hari ini ialah tentang keputusan dalam percintaan. seringkali aku dengar soal cinta dipengaruhi oleh orang lain. semalam aku ada menerima telefon dari sahabat aku:

dia : beb, aku dah jatuh cinta lah..
 
aku : so? ada kaitan dengan aku ke?
 
dia : xde la, tapi kau kan doktor cinta
 
aku : (penghargaan ke perliaan aku tak tahu) ok citer.
 
dia : aku jatuh cinta dengan budak kelas aku dulu, tp dia x cantik la. dulu aku selalu kutuk-kutuk dia.
 
 sekarang ni aku suka. aku malu ngn kawan-kawan ngn lain
 
aku : luahkan pada dia. sebab rasa itu hadir antara kau dengan dia (terus aku letak phone)

ini satu lagi masalahnya, kenapa mesti malu pada kawan kalau dah cinta...pelik aku dengan manusia ni. aku sendiri pun jatuh cinta dengan orang yang orang lain tak suka.. macam-macam orang kata "tak sesuai dengan kaulah" "tak setaraflah" "tak......" "takkk...." dan macam-macam tak lagi....tapi sekarang ni atas kedegilan aku ni..kami dah 8 tahun bersama dan rasa cinta tu masih lagi mewangi seharum kasturi....guys peduli la apa orang nak kata bukan orang yang nak hidup bahagia tapi kita...cuba kau renung sejenak berapa orang yang pernah puji kau saat kau buat sesuatu yang baik??? tak ada kan....so pilihan di tangan kita...kalau orang lain tak suka biarla janji kita suka......rite???
smile and buat keputusan untuk diri sendiri

aku suka buat apa yang aku suka...orang lain peduli apa aku



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, August 6, 2012

Tart Nenas untuk mama

 
Tinggal 2 minggu lagi untuk umat islam menyambut hari raya. tapi hari raya kali ni rasa sayu hati sebab tak boleh nak buat persiapan hari raya bersama keluarga. cuti sekolah lambat. ari sabtu baru sampai kampung. sedih sangat-sangat...!!
*semalam abah telefon : 
 
abah : kak bila cuti?
aku : sabtu baru sampai rumah bah.
abah : lambatnye
aku : kenapa?
abah : abah ingat nak cat rumah tapi kalau kak tak ada tak jadi lah
***********
*pagi tadi mak telefon :
mak : kak balik hari sabtu?
aku : ye mak.
mak : tak sempat la buat biskut raya?
aku : tak sempat mak, nanti beli la sikit-sikit. popia gulung ngan siput ja dah buat...
mak : tart nenas?
aku : insyaallah sabtu tu kita buat tart nenas ye, ma tak payah beli la yang tu..ma buat jem nenas nanti ja balik buat biskut.
 *************
lalu bagaimana hati tidak sayu bila ibu dan ayah terasa aidilfitri tidak bermakna tanpa anaknya?
serius aku sedih. ayah tunggu aku pulang untuk cat rumah kerana aku mestia akan terlalu gembira bermain dengan warna. aku akan panjat tangga untuk cat sampai ke atas. hasrat abah untuk cat rumah tak dapat aku tunaikan sebab mustahil untuk cat rumah dalam masa satu hari kan?
 
hasrat ibu untuk makan biskut tart nenas air tangan anaknya pasti akan aku tunaikan. mak aku sangat suka makan tart nenas. walaupun malam raya aku terpaksa bersengkang mata sekalipun aku sanggup. demi ibu apa saja akan aku laksanakan. 
 
 #kasih ayah dan ibu terpahat di hati#
 

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, August 2, 2012

jangan hanya menunggu

 
Menunggu kehadiran seseorang yang telah pergi jauh dari kita hanyalah perkara yang sia-sia. jangan lah membodohkan diri sendiri hanya kerana janji yang telah dimungkiri. mungkin benar dia yang pergi itu tiada galang gantinya kerana tidak mungkin lagi wujud insan seperti dia dalam hidup kita. kenapa? kerana tiada manusia yang diciptakan sama. lagikan jari jemari kita sendiri tidak sama ini pula manusia. 

cubalah berfikir positif bahawa insan yang akan datang kepada kita nanti pasti akan lebih baik tetapi seandainya yang datang kepada kita nanti jauh dari apa yang diharapkan anggaplah itu tanggungjawab kita untuk membuatkan dia menjadi lebih baik. bukankah cinta itu bisa merubah seseorang kepada yang lebih baik?

sukar untuk melupakan masa lalu? ya itu aku tahu. jangan melupakan kenangan lalu walaupun ia menyakitkan itulah prinsip hidup aku. kerana sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. kenapa mesti kita berusaha untuk melupakannya andainya kita tahu bahawa kenangan yang telah tertulis dalam ingatan tidak boleh dipadam. jadi biarkan ia menjadi pedoman hidup kita dengan harapan kita tidak akan mengulangi perkara yang sama lagi.
kenapa mesti memandang pada jalan yang entah dimana penghujungnya...kenapa membiarkan hati menjadi terbiar seperti lalang-lalang yang tumbuh pada jalan tersebut? LIHATLAH pada warna-warna yang ada pada payung tersebut.... keseriannya terserlah walaupun ia berada dalam semak...warnailah kehidupan kita seindah warna payung tersebut

"menanti sesuatu yang belum pasti tanpa berbuat apa-apa adalah perkara yang paling bodoh"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, July 31, 2012

Bidang ini bukan pilihanku

 
 
naluri hati sendiri dengan naluri hati ibu sememangnya sesuatu yang sangat berbeza...lalu ketika menjejak erti kedewasaan, jiwa remaja memberontak untuk menurut kata hati... tetapi kehendak ibu tidak dipandang sipi, kerana dia aku ada disini.

kini aku menjadi seorang pendidik kerana ibu.
sungguh terlalu sukar untuk mencintai sesuatu yang tidak kita sukai...
ibarat kawen paksa...hehe
sudah genap 6 minggu bergelar guru tetapi minat terhadap bidang pendidikan masih lagi belum ada
macam mana nak buat ni
bangun pagi dengan rasa yang tidak bersemangat

bila berhadapan dengan pelajar, semangat untuk mengajar memang ada,
aku ingin mereka menjadi lebih baik dari diriku
tetapi kedegilan mereka membuatkan aku kembali rebah hilang semangat.

allahuakbar, ya allah berikan lah aku semangat untuk mencintai dunia pendidikan
anigerahkanlah aku nilai kesabaran yang tinggi
jangan biarkan kebencian tumbuh di hatiku

~~wujudkan rasa ikhlas dalam diriku~~

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, July 23, 2012

tugas guru itu mencabar


 
salam semua
tekanan...tekanan...dan tekanan
itulah yang saya rasa sepanjang 5 minggu berpraktikal sebagai seorang guru... banyak nyer kerja, x tercapai dek tangan....kalau kerja banyak tu, boleh la handle lagi tapi masalahnya stress bila berhadapan dengan budak-budak kelas hujung...allahuakbar, hanya allah yang tahu macam mana perasaan ni. kekadang rasa macam down sangat....!!! sampai nak gile kerrrr?? haha tak ada lah sampai nak gila, tapi sakit kepala...

aikkk...tetiba ada gambar..haha ni lah muka cikgu ida yang stress...tak boleh nak senyum..ngeeee~~~ ditugaskan untuk mengajar di kelas terakhir iaitu tingkatan  4 DINAMIK memang sesuatu yang sangat mencabar. kadang-kadang terasa hendak marah, namun masih lagi boleh mengawal perasaan bila terkenangkan kata-kata PENGETUA sekolah ni :

 "sebagai guru kita perlu terus punya harapan, kalau rasa nak marah jangan sampai naik tangan..ingatlah mereka tidak seperti kita tapi mereka juga punya harapan. kita harus tidak mudah putus asa kerana kita yang akan membawa mereka ke jalan yang boleh mendatangkan manfaat dalam hidup mereka"

satu lagi kelas yang saya ajar ialah kelas 2 BUDIMAN..kelas ni para pelajarnya agak pandai tetapi meriahnyee...hari-hari macam dalam majlis besday party plak... majoriti pelajar kelas ni bercakap tak henti-henti....kalau lepas mengajar kelas ni memang aku akan minum air habis sebotol la...asyik melaung jer...ni bulan-bulan puasa ni, memang suara dah jadi serak-serak basah...adohaiii nasibbb...!!!

tapi apa-apa pun saya sayang pelajar-pelajar saya!!!




sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Wednesday, July 4, 2012

aku pendidik~~~~



salam sejahtera
salam satu malaysia
salam perak aman jaya

hamboiiii..banyak salam hari ni, formal sangat..maklum la ala-ala berucap kat perhimpunan sekolah giteww,,, haha korang jangan tak tahu cik eija sekarang ni mood praktikal. ALHAMDUILLAH...sudah masuk minggu kedua berpraktikum di SMK TUN PERAK KUALA KANGSAR (psstt...pssstt banyak durian kat sini)

2 minggu menjadi warga pendidik di SEMARAK membuat aku saya semakin mengenali sepak terajang dalam dunia pendidikan. betul la ata orang jika kita tidak merasa berada ditempat tersebut kita x patut mengatakannya mudah atau susah. dulu saya memandang bidang pendidikan ni sebagai bidang yang sangat rileks....santai jerr...tetapi bila saya berada di tempat sekarang ini ALLAHUAKBAR terlalu banyak kerja...tekanan tak payah cerita la. rupanya inilah indahnya dunia pendidikan. 

pada hari pertama mengajar, sudah mula rasa give-up sebab budak sekarang memang terlalu nakal. tapi setelah muhasabah diri, bidang ini sudah menjadi pilihan dalam hidupku dan tiada lagi masa untuk mengundur ke belakang.....semuanya harus diteruskan demi mendidik anak-anak bangsaku yang kini semakin kekurangan nilai-nilai murni. Setelah anda menjadi seorang guru masa anda bukan lagi untukdiri anda tetapi masa anda sepenuhnya untuk sekolah dan murid-murid. 

bayangkan lah bangun pukul 5.30 pagi bersiap untuk kesekolah dan pukul 2.40 petang habis sekolah. sampai rumah pukul 3.15. balik masak dan menguruskan diri.kemudian malamnya pula menyiapkan rancangan pengajaran untuk esoknya.

begitulah hidupsebagai pendidik
macam mana??
ADA BERANI????

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, June 5, 2012

apa tanda setia??



 
 
apa tanda setia? 
hanya menunggu tanpa kata
atau berdiri menutup mata?
melihat dia berbuat nista atau
 biarkan dia berkata dusta?

apa tanda setia?
perlukah ada bukti yang nyata
tanda hati sepenuh miliknya
hingga separuh gila
mengejar bayangnya
yang dapat hanya sakit sahaja
 
apa tanda setia?
bila taruhan adalah harta
sayang hanya dipandang saja
kasih gugur melata
cinta tak terucap dengan kata
ingatkan mata bicara semua
rupanya itu dusta semata
 
apa tanda setia?
bila hati tak tertanggung derita
panas terasa berair mata
apa guna janji setia
andai pemanis mulut sahaja
apa guna caci hina
andai dihati setia saja
apa guna setia saja 
andai dia sinis menghina
cekalkan hati luahkan kata
selamat tinggal setia
pergilah derita
biarkan saja bahagia
menemani diri ketika senja
terus menjejak erti setia
kerna aku semakin dewasa

E.Z : resah menanti esok, hari terasa semakin lambat berlalu...tidak sabar menjejak erti dewasa...bosan menjadi si kecil yang dimanja mungkin...pssstt pssttt...sekarang musim final exam kerana itu jiwa semakin gila rasanya...
 
 


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, May 31, 2012

kuala kangsar + kuala sepetang + taiping


 
hai dalim-dalim semua
semoga sihat yeahhh!!
semalam kan cik eija pergi cari rumah sewa kat KUALA KANGSAR sebab cik eija dapat praktikal kat SMK. TUN PERAK....ermmm, terpaksa la berdikari cari umah sewa sendiri..xpe2 pengalaman tu mampu mendewasakan insan manja ini (dulu la manja sekarang tak lagi). susahnya cari umah sewa di tempat yang kita langsung tak tahu...tak ada kenal sape-sape plak tu..nak menangis rasanya. tapi hidup ni tetap kena survive kan..kata nak jadi cikgu takkan la gugaan sebbesar ini pun nk lemah kan....tu belum lagi kena posting kat pedalaman sarawak kan....aiyooo mintak dijauhkan lah..bukan tak nak berbakti pada anak bangsa kat sana tp ada tanggungjawab yang lebih besar kat sini..tapi kalau kena juga terpaksa la kan...dah bidang ni jadi pilihan

banyak juga rumah yang kami servey...ada yang mahal..ada yang murahh..mcm2 orang yg kami jumpa...aishhhh warna warni betul la dunia ni.....sabor jer lahhh dengan mereka-mereka ni.. dalam banyak2 suka duka tu cik eija termenung bila ingat dengan sorang owner umah sewa ni....dia seorang CIKGU...tapi masyaaallah cerewetnye....dia minta deposit rumah tu rm1700...allahuakbar, senyum je la...kami bukan keje lagi baru nak praktikal dah la rumah tu kosong sekosong kosong nya...kami ingatkan bila dia juga bergelar guru pasti nya dia alami apa yang kami alami, tapi mgkin kesenangan membuatkan dia lupa bagaimana rasa SUSAH itu...xpe lah, hanya mampu tersenyum dan alhamdulillah...allah temukan kita dengan insan seperti ini supaya kita tidak lupa diri....nampaknya dia menjadi guru hanya sebagai profesion saja x sampai kehati...ya allah kau tetapkanlah hatiku, SEKALI AKU MENJADI GURU SELAMANYA AKU ADALAH GURU~~~

ok, lupekan pasal tu, lepas dah settle pasal rumah sewa, kami pun jalan-jalan la...sebab awal lagi jadi kami decide nak pegi kuala sepetang... makan MEE UDANG...yahooo...cik eija exited tahap jakun sebab dah lama dengar kawan-kawan citer sal kehebatan mee udang kuala sepetang, tapi x sampai-sampai lagi...sekarang ni mee udang tuh aku GIGIT..!!!
HAHAHA...malas lah nak tulis panjang-panjang korang bukan suka baca pun kan...k layan gambar jer ekk....


ni lah rumah sewa yang kami dapat. insyaallah, 4 bulan akan menetap disini




 sebelum pergi pekena mee udang kami singgah kat kota ngah ibrahim dulu
jangan lupekan sejarah walaupun kita sekarang semakin jauh meninggalkan zaman itu
kerana tanpa mereka tiada kita.



                          wauwauwau...xde orang nak ambik gambar kami jadi snap sendiri lerrr....sedihhh
  
 bersama si larut (gajah) yang membawa penemuan kepada bijih timah di perak





 di bahagian atas rumah Ngah Ibrahim


tak lupe juga sedekahkan al-fatihah buat tunku menteri Ngah Ibrahim


 lepas melihat sejarah...kita cipta sejarah pulak..makan mee udang kat kuala sepetang..ni first time tau
walaupun alergik seefood tapi tetap nak makan...makan dulu jap lagi garu..


 aummmmmm sedap nye...nak lagi



perut dh knyang sekarang nk berjalan tengok pokok bakau pulak


 pokok bakau pelbagai saiz ada kat sini





 jambatan ni panjang sangat sebenarnya, tapi disebabkan kekenyangan 
kami tak mampu nk jalan sampai habis..hahahha



 kemudian kami singgah pulak ke taman tasik taiping






cantik view kat sini

lepas tu terus balik ke tanjong malim....dah tak larat nak g mana-mana lagi
insyaallah nanti cik eija praktikal kt kuala kangsar bulan jun nanti
nk jelajah bandar diraja tu plak..
"masa muda ni la nk berjalan kannnnzzzzz???"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...