Friday, February 24, 2012

inilah PERSAHABATAN....tiada penghujungnya

hai....salam persahabatan semua...
dah banyak hari tak update blog ni...maafla bukan sengaja nak membiarkan diari buruk ini semakin usang tp semester ni terlalu banyak tugasan yang memeningkan kepala..sekarang ni tengah cari sekolah nak buat praktikal, pastu kena cari tajuk untuk kajian tindakan , then kena fikirkan tajuk untuk tesis lagi, cari sekolah untuk buat makroteaching, then persediaan untuk mikroteaching...dan banayk lagi lahhh...

ok lupakan sekejap tentang masalah-masalah yang boleh mendatangkan tekanan tahap jakun tuh....now i nak story about my frienship (tetiba gediks cakap mek salleh) wahahaha......cuti ari tu kan aku dapat jumpa balik dengan geng roti..(sebab selalu ponteng kelas pegi beli roti kat koperasi...huhu)

mulanya aku kuar ngan madi and ain jer..plan nk g KB tp singgah la umah si abg polis dlu....dapat malan laksa....huhhuhu...jom layan gambar kami......:)

makan laksa derr

Snap pic dulu....


gelak tawa inilah yang sering dirindui tau....zaman sekolah dulu macam ni...sekarang pun tetap begini...harapannya semoga akan datang juga akan terus macam ni


lepas makan kat rumah iwe..kitorang pun meneruskan perjalanan ke KB jumpa lah pulak dengan apek...berhenti borak ngan dia kejap jer....pastu terus la ke KBMALL...

dalam kereta pun blh snap pic kan...

dah sampai makan ler dulu.....



mamat ni pilih air bukan main lama tau...


ini aku bawak sekali kawan aku kat UPSI....dorang datang melawat kelantan sempena tahun melawat kelantan tahun ni...huhuhu





tengah-tengah happy bershoping tetiba jer nampak buah salah jeruk...teringat kat mr. incik...slalu klau datang dengan dia memang dia slalu minta aku belikan ni untuk dia, tp skrg dia jauh dari aku...sedisss...
tapi kesedihan tu tak berpanjangan la sebab ada sahabat disisi.





makan sudah...shopping pun sudah..mohh ler kite balik...



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Wednesday, February 22, 2012

FARIS NUR DANIAL : akhirnya kau pergi jua...

akhirnya dia pergi....AL-FATIHAH...



Adikku,
Tulus wajah keanakkkanmu menjentik naluri ku….tidak aku tahu siapa kamu sebelum ini tapi adikku, melihat tubuh sekecil kamu terbaring lesu membuatkan air mataku menitis dalam kehibaan. Adikku, di usia seperti ini sepatutnya kau masih lagi berlari riang di taman permainan, menarik-narik tangan ibumu tatkala melalui kedai-kedai permainan,atau berlari berkejaran dan belajar tentang indahnya dunia kanak-kanak. Tapi suratan telah tertulis untukmu adikku bahawa kau hanya dipinjamkan oleh allah kepada ayah ibumu hanya untuk 6 tahun. Adikku nantilah mereka di syurga kelak.
Adikku dunia kanak-kanak mu tenggelam dalam aturan takdir kehidupan. Maafkan mereka adikku, bukan mereka tidak berusaha untuk terus melihat kau tersenyum tetapi suratan takdir lebih utuh…lalu kau menjadi korban suratan takdir. Adikku, tiada lagi kedengaran suara tawamu….malah kau juga tidak mampu untuk merintih apa lagi untuk ketawa.....tapi adikku walaupun tanpa suara namun matamu cukup untuk menceritakan segala. Adikku, walaupun kesakitan itu tidak aku rasai tetapi aku tahu sakitnya menghadapi saat itu…
Adikku, airmata mengalir membasahi pipimu….aku tahu itu bukan tanda kamu lemah tapi hatimu pasrah..maafkan aku adikku aku hanya mampu menatap gambarmu berulangkali…hanya mampu menahan sebak didadaku sahaja tetapi kesakitannya hanya kau merasainya. Kentalnya semangatmu membuatkan aku merasa bahawa dugaan yang aku lalui selama ini terlalu kecil…adikku kau kental untuk terus kekal hidup, melawan segala kesakitan yang ditakdirkan ke atas tubuh kecilmu…kekentalan semanagatmu mungkin kerana kau tahu bahawa kau perlu terus tersenyum..perlu kekal hidup untuk menggembirakan hati ibu dan ayah yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berharap agar kau boleh membesar di hadapan mereka untuk menjadi penyambung impian mereka…
Adikku tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh manusia seperti aku…hanya mampu mendoakan semoga syurgalah tempatmu adikku. Pergilah…pergilah adikku…. “ayah, ibu..relakan pemergian faris…faris akan tunggu ayah dan ibu disana”…mungkin itu ungkapan mu andai kau mampu bersuara tapi pergimu dalam sepi…membawa pergi segala kesakitan yang selama ini kau deritai…..adikku semoga tenang kau disana….
Saya selalu mengikuti cerita tentang adik faris yang menderitai penyakit barah darah selama ini….tapi akhirnya dia pergi untuk selamanya…..boleh baca segala kisah adik denial di blog mazidul: http://www.mazidulakmal.com/
sedikit coretan yang dipetik dari blog mazidul :
Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, February 21, 2012

teluskah JPJ?

MESRA, CEKAP dan TELUS. itulah motto yang terpampang di dinding jabatan pengangkutan jalan(JPJ). tapi teluskah mereka? ni bukan aku nk cerita pasal rasuah atau apa...tapi pasal saman....aduhhh bikin hati panas tau...!!!

ceritanya macam ni, aku pernah kena saman masa zaman sekolah dulu...dalam tahun 2006. masa tu form 5....tgh rempit2 kena la saman atas kesalahan tak ada lesen memandu..(buat malu jer...hahaha)...then samannya dah aku bayar siap naik mahkamah lagi...

tapi yang peliknya minggu lepas aku nak perbaharui lesen memandu tak boleh sebab ada saman...aikk bila aku kena saman?? korang nak tahu tak rupa-rupanya saman yang tahun 2006 tu naik balik pada tahun 2012.....memang aku sakit hati. takkan aku nak bayar dua kali atas satu saman kan....persoalannya teluskah JPJ kalau macam ni?

bila pergi kat JPJ aku cakap la saman tu dah dibayar pada tahun 2006 tapi katanya tidak ada dalam rekod....dari JPJ machang aku terus ke mahkamah tanah merah....bukak balik fail tahun 2006. di mahkamah pulak punyerlah hebat aku bertengkar dengan kerani kat situ......akhirnya ada bukti yang aku dah bayar... then ada ke patut dorang mintak resit pembayaran masa tahun 2006 sebagai bukti aku dah bayar....taik betul kan....benda dah 6 tahun berlalu....resit tu dah jadi baja dah. aku tak simpan la resit tu sebab aku ingatkan JPJ ni telus la....dan sistemnya pun elok la.....tapi rupe-rupenyer...hampehhhhh

so, untuk peringatan semua JIKA ANDA DISAMAN SIMPANLAH RESIT PEMBAYARAN SEBAGAI BUKTI SELAGI ANDA MASIH HIDUP. sebab tak mustahil saman lama akan timbul balik walaupun dah dibayar.
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Saturday, February 18, 2012

saat bahagia mereka....aku..???

salam...hai hai hai semua orang, lama x update belog ni..al-maklum lah cuti kan pastu kenduri pulak sana sini..alhamdulillah ramai sahabat yang mendirikan masjid tahun ni...tahniah pada sahabat-sahabat yang telah selamat membina masjid...manakala aku pulak selamat membina badan..hahaha..terima kasih kepada nasi minyak, nasi beriani, nasi hujan panas dan seluruh nasi-nasi yang sama waktu dengannya...

buat 3 pasangan yang sangat rapat dengan hidupku iaitu SANUTI & SYIKIN, NARUL AZHA & HAFIZAH serta WADIEY & NINIEY...kita pernah melarik impian tentang masa depan kita, tentang impian kita..kini impian kalian telah tercapai...aku doakan kalian sentiasa bahagia...doakanlah semoga cintaku juga akan bersatu seperti cinta kalian....:)

ok jom kita tengok gambar mereka :

  • selamat pengantin baru buat SANUTI & SHIKIN.....

alaaaaalaaaa....so sweeettt

aku pun ada..datang menyibuk masa dorang akad nikah


sekali sekala dapat duduk atas katil pengantin..hehe tp nk bagitau ni malam sebelum tu aku dah rasmikan tido atas katil tuh....hu3

  • selamat bertunang buat sepupuku NINIEY dengan pasangannya WADIEY...


alaaa...sweetnyee..bagai taik cicak jatuh ke lantai...
ehh silap bagai pinang di belah dua..hehe





  • yang ni plak selamat pengantin baru buat kedua-dua sahabatku FIZAH & AZHA...cinta sejak zaman sekolah menengah mampu dibawa ke jinjang pelamin..TAHNIAH...!!!



ehhh...aku ada jugak..hehe (saya suka menyibuk kat majlis orang...terima kasih....!)






aumm...sedapnye kek tu,...


sebenarnya ramai lagi sahabat-sahabat yang dah menamatkan zaman bujang senang mereka, apa-apa pun aku doakan semoga mereka sentiasa berbahagia....dan kekal selamanya....AMIN.

  • tetiba aku rasa macam nak kawen..opsss..
  • hari ni baru tiba di tanjung malim....teruskan sem 6...postpone dulu lah kawen tuhh....sabar rohan ida sabar...x lari jodoh dikejar...:)



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...