Adikku,
Tulus wajah keanakkkanmu menjentik naluri ku….tidak aku tahu siapa kamu sebelum ini tapi adikku, melihat tubuh sekecil kamu terbaring lesu membuatkan air mataku menitis dalam kehibaan. Adikku, di usia seperti ini sepatutnya kau masih lagi berlari riang di taman permainan, menarik-narik tangan ibumu tatkala melalui kedai-kedai permainan,atau berlari berkejaran dan belajar tentang indahnya dunia kanak-kanak. Tapi suratan telah tertulis untukmu adikku bahawa kau hanya dipinjamkan oleh allah kepada ayah ibumu hanya untuk 6 tahun. Adikku nantilah mereka di syurga kelak.
Adikku dunia kanak-kanak mu tenggelam dalam aturan takdir kehidupan. Maafkan mereka adikku, bukan mereka tidak berusaha untuk terus melihat kau tersenyum tetapi suratan takdir lebih utuh…lalu kau menjadi korban suratan takdir. Adikku, tiada lagi kedengaran suara tawamu….malah kau juga tidak mampu untuk merintih apa lagi untuk ketawa.....tapi adikku walaupun tanpa suara namun matamu cukup untuk menceritakan segala. Adikku, walaupun kesakitan itu tidak aku rasai tetapi aku tahu sakitnya menghadapi saat itu…
Adikku, airmata mengalir membasahi pipimu….aku tahu itu bukan tanda kamu lemah tapi hatimu pasrah..maafkan aku adikku aku hanya mampu menatap gambarmu berulangkali…hanya mampu menahan sebak didadaku sahaja tetapi kesakitannya hanya kau merasainya. Kentalnya semangatmu membuatkan aku merasa bahawa dugaan yang aku lalui selama ini terlalu kecil…adikku kau kental untuk terus kekal hidup, melawan segala kesakitan yang ditakdirkan ke atas tubuh kecilmu…kekentalan semanagatmu mungkin kerana kau tahu bahawa kau perlu terus tersenyum..perlu kekal hidup untuk menggembirakan hati ibu dan ayah yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berharap agar kau boleh membesar di hadapan mereka untuk menjadi penyambung impian mereka…
Adikku tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh manusia seperti aku…hanya mampu mendoakan semoga syurgalah tempatmu adikku. Pergilah…pergilah adikku…. “ayah, ibu..relakan pemergian faris…faris akan tunggu ayah dan ibu disana”…mungkin itu ungkapan mu andai kau mampu bersuara tapi pergimu dalam sepi…membawa pergi segala kesakitan yang selama ini kau deritai…..adikku semoga tenang kau disana….
Saya selalu mengikuti cerita tentang adik faris yang menderitai penyakit barah darah selama ini….tapi akhirnya dia pergi untuk selamanya…..boleh baca segala kisah adik denial di blog mazidul: http://www.mazidulakmal.com/
sedikit coretan yang dipetik dari blog mazidul :
Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.
Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....
0 tinta pena sahabat:
Post a Comment