Friday, April 27, 2012

kamus bergambar mandarin




 sambungan dari  entry : LUKISAN BUNGA-BUNGAAN

Ari tu ada entry tentang cik eija dk sbuk jer lukis bunga kan
x cantik  pun xpe asalkan asli dari jemari yang berbakat...chewwwahhh
lukisan tu semua untuk buat kamus mandarin..so setelah 2 minggu bertungkus lumus dihambat lain-lain tugasan, akgirnya siaplah kamu itu...hehe dan dah selamat sampai ke tgn pensyarah...!



 bersepahnye atas katilku menjadi tempat buat kamus


yyang penting isi kandungannya ada gadis bunga~~~


 nilah hasilnya...


bergambar dulu sebelum dihantar...utk pemarkahan






sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

MIKROTEACHING + MAKROTEACHING




 


 hai semua....
ari tu cik eija ada cerita yang cik eija nebes nak mengajar kan..
bulan 3 ari tu cik eija mnta korang doakan cik eija untuk MIKROTEACHING kan
tp alhamdulillah...semuanya sudah selesai.
kedua-dua sesi pengajaran mikro dan makro telah berjaya diselesaikan
semakin mendalami kerjaya perguruan ni..semakin jatuh cinta rasanya..

seronok sbenarnya menjadi seorang pendidik...
betapa indahnya perasaan bila apa yg diajar blh diulang balik oleh pelajar...
insyaallah cik eija akn menjadi pendidik yang bitara~~~

disini cik eija sertakan sedikit gambar sepanjang sesi mikroteaching yang 
diadakan di bilik mikroteaching UPSI yg dirakam selama 1 jam
manakala gambar yang dibawah pula
ketika mengadakan sesi makroteaching 
di SMK ALOR PASIR, TANAH MERAH KELANTAN
alhamdulillah
semakin bersedia untuk menjadi seorang GURU...:)













<----- disekolah menengah kebangsaan alor pasir
                             tingkatan 4



terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama...


terima kasih atas doa semua...sy berjaya lakukannya
insyaallah bln 6 akan berpraktikum di kuala kangsar
semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin!






sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, April 15, 2012

EIJA'S BEADS COLLECTION ---> bakat terendam



hai si chantekk dan si tampan bergaya
duk wat gapo pete-pete nih
make goreng pise bele duk bual atah tanggo
oloh sedapnyo...
hari ni cik eija nok citer pasal manik
padok duk sajo baik la wat goni..

ngeh..ngehh..tukar lidah plak...ni nak citer kerana bosan sangat cik eija dah pandai jahit manik dah kak eton, kak midah oiii...cik eija ni memang tak boleh duduk jer, rasa membazir jer...jadi duk pikir-pikir nak buat apa la untuk isi masa lapang...SHOPPING ler ape lagi...kann sedang melilau kat 1 pasaraya ni tetiba terpandang satu sudut yang menjual macam-macam jenis manik..wowww...!! teruja seketika lalu muncullah idea nak blajar jahit manik...tapi dengan sape?? zaman sekarang ni kalau tak dibayar tak ada orang nak kongsi ilmu free dengan kita betul tak??? (angguk jangan tak angguk)

lepas tu cik eija pun beli lah manik-manik tuh..entah la apa namanya..jenis apa pun cik haku tak tahu lahh..yang penting beli..pastu balik rumah terus cik eija try buat kat baju sendiri...perrrgghhhh hampehh..senget-benget habis...kuikuikui...baju mak jadi mangsa kerakusanku dalam menjahit manik~~~waaaa...habis baju mak haku...tapi tak ape lahh sebab banyak-banyak kali try akhirnya boleyyyy laaa......

tu lah citer suatu masa dulu....ni la orang kata DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU LA ADA JALAN. kalau kita tak try buat kita tak tahu yang kita ada bakat rupanya. tapi nak ambik tempahan banyak-banyak tak berani sebab tak ada masa..so, jahit kat baju sendiri jer la...insyaallah habis belajar nanti nak usahakan buka butik jadi rakan kongsi mama..insyaallah..amin. tapi bila cuti panjang balik kampung ada jugak ambik tempahan maklum la mama haku tu saje je tak bagi aku merempit(ehh dah tua bangka merempit lagi keww...)...asal ada jer orang g tempah jahit baju dengan dia, dia promote aku punyer manik...hasilnya, bagai nak patah pinggang aku menyiapkan tempahan...letih la nak citer panjang-panjang..jom layan kekerasan tanganku erkkk :)

















simple sangat ni....buat ada2 jer..hihi






ni belum siap lagi...






tak cantik pun maklum la belajar sendiri...insyaallah satu masa nanti nak g kursus dan sebagainya lah....sekarang ni asah bakat sendiri dulu....:)



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Saturday, April 14, 2012

Elia si jejariruncing komen blog saya....!!!!


hai semua!
semingu cuti tak rasa apa pun kan
hari ni baru tiba di tanjong malim~~kota keriangan~~haha riangkah???

setelah seminggu meninggalkan blog kesayanganku nih, hari ni baru berpeluang nak belek-belek....tiba-tiba!!!! zupppppp~~~~~ada komen kat entry terakhir sebelum balik cuti....ada komen kak elia si jejariruncing~~~teruja teruja teruja tahap cipan..hehe, yerla, saya blogger baru..dia blogger pemes kann..kann...kann.. korang nak tengok buktinya~~~TARA~~~~hehe
hari nak senyum je sampai telinga....sayang kak elia!!!

nota : sekarang ni asyik demam je~~tapi xpe sebab demam lah berat badan dah turun 5 kg..hohohohooho..
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, April 1, 2012

BAWAKU PERGI vs KAHWIN KONTRAK (mutaah)


hai hai hai
semoga semuanya sentiasa tersenyum
kerana hidup untuk dikecapi bukan diratapi



hari ni saya nak memberikan pendapat tentang sesuatu yang serius sedikit. semoga kebebasan untuk bersuara tidak terkurung dalam gua sahaja. saya ada terbaca tentang lagu BAWAKU PERGI nyanyian zizan dan kaka telah diharamkan oleh kerajaan malaysia
dengan alasan lagu ni boleh mendorong remaja zaman sekarang untuk lari dari rumah bersama kekasih. ermm, saya pelik dengan pemikiran negatif ini. kalau lah betul lagu ini boleh membuatkan remaja terpengaruh dan kawen lari...persoalannya andainya lagu ini diharamkan adakah gejala kahwin lari ini dapat dibendung??? saya rasa lagu ini memang tidak memberi kesan pun pada jiwa anak muda...sebab apa yang kita nak lakukan itu bermula dari dalam diri kita..mustahil dengan hanya mendengar lagu 4 minit boleh mendorong seseorang untuk membuat tindakan yang besar dalam hidup mereka. Dengan hanya 4 minit mendengar lagu yang berunsur negatif (jika dilihat dari segi negatif) boleh membuatkan kita lupa dengan ajaran ibu bapa yang selalu memberi nasihat kepada kita berbelas-belas tahun??? saya rasa mustahil...!!

baiklah! andai kata ada yang mengatakan bahawa lagu ini memang memberikan galakan yang negatif. ok fine! saya cuba terima. tetapi saya rasa banyak lagi lagu lain yang membawa unsur negatif dan melanggar hukum-hukum islam jika diperhalusi tetapi kenapa lagu tersebut tidak diharamkan??? selain itu banyak juga lagu-lagu dari luar negara yang masuk ke malaysia dan siap buat konsert lagi...selain tu filem-filem di malaysia ni juga banyak yang membawa unsur negatif tapi kenapa lepas lembaga penapisan filem...dan satu lagi..banyak novel-novel yang membawa tema kahwin kontrak yang menjadi santapan utama para remaja tetapi kenapa novel-novel tersebut tidak dihentikan penerbitannya sedangkan NIKAH KONTRAK (mutaah) adalah salah disisi islam. dan satu lagi novel-novel tersebut bukan boleh dihabiskan dalam masa 4 minit tetapi dalam masa 1-2 hari. bukankah menghayati bacaan tersebut boleh membuatkan para remaja lebih terpengaruh berbanding mendengar lagu???

apa bezanya kahwin lari dengan kahwin kontrak??? mengikut apa yang saya perhatikan kenapa remaja kawen lari adalah kerana perhubungan mereka yang tidak direstui. kenapa tidak direstui?? mungkin kerana perbezaan darjat, umur yang terlalu jauh bezanya.....mungkin...mungkin....bla bla...(setiap orang punya kisah yang berbeza)
apa hukumnya??
hukum nikah di luar negara, termasuk kawin di thailand adalah sah dengan syarat
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah (91 km)
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
(walaupun sah tetapi amatlah tidak digalakkan kerana akan mendatang masalah di kemudian hari)




bagaimana pula pula dengan kahwin kontrak??? nikah kontrak haram dalam islam
kenapa??
“Mutaah berasal daripada perkataan mata’a dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh.
“Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu.
“Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang,” katanya.
Menurut Nabilah, Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain, iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah, di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan.
Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat.
“Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah, sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya.
“Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah, tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus, memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu,” katanya.
Nabilah berkata, banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan, tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali, saksi dan sebagainya). Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab, pusaka, nafkah dan kasih sayang sewajarnya. Tambahan pula, talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran, namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir.



jadi kesimpulannya?? andai kata kerajaan atau sesiapa sahaja mengharamkan lagu tersebut saya menyokong tetapi perlu adil...haramkanlah juga segala bentuk media yang berunsur negatif barulah adil...jangan hanya menghukum sesetengah pihak sahaja...

*ini cuma sekadar pandangan sahaja..saya sendiri pun tidaklah tahu dengan mendalam tentang hukum2 ni..tp bila ada kemushkilan kita perlu pencerahan...fikir-fikirkanlah..:)












sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...