hai hai hai
semoga semuanya sentiasa tersenyum
kerana hidup untuk dikecapi bukan diratapi
semoga semuanya sentiasa tersenyum
kerana hidup untuk dikecapi bukan diratapi
hari ni saya nak memberikan pendapat tentang sesuatu yang serius sedikit. semoga kebebasan untuk bersuara tidak terkurung dalam gua sahaja. saya ada terbaca tentang lagu BAWAKU PERGI nyanyian zizan dan kaka telah diharamkan oleh kerajaan malaysia
dengan alasan lagu ni boleh mendorong remaja zaman sekarang untuk lari dari rumah bersama kekasih. ermm, saya pelik dengan pemikiran negatif ini. kalau lah betul lagu ini boleh membuatkan remaja terpengaruh dan kawen lari...persoalannya andainya lagu ini diharamkan adakah gejala kahwin lari ini dapat dibendung??? saya rasa lagu ini memang tidak memberi kesan pun pada jiwa anak muda...sebab apa yang kita nak lakukan itu bermula dari dalam diri kita..mustahil dengan hanya mendengar lagu 4 minit boleh mendorong seseorang untuk membuat tindakan yang besar dalam hidup mereka. Dengan hanya 4 minit mendengar lagu yang berunsur negatif (jika dilihat dari segi negatif) boleh membuatkan kita lupa dengan ajaran ibu bapa yang selalu memberi nasihat kepada kita berbelas-belas tahun??? saya rasa mustahil...!!
baiklah! andai kata ada yang mengatakan bahawa lagu ini memang memberikan galakan yang negatif. ok fine! saya cuba terima. tetapi saya rasa banyak lagi lagu lain yang membawa unsur negatif dan melanggar hukum-hukum islam jika diperhalusi tetapi kenapa lagu tersebut tidak diharamkan??? selain itu banyak juga lagu-lagu dari luar negara yang masuk ke malaysia dan siap buat konsert lagi...selain tu filem-filem di malaysia ni juga banyak yang membawa unsur negatif tapi kenapa lepas lembaga penapisan filem...dan satu lagi..banyak novel-novel yang membawa tema kahwin kontrak yang menjadi santapan utama para remaja tetapi kenapa novel-novel tersebut tidak dihentikan penerbitannya sedangkan NIKAH KONTRAK (mutaah) adalah salah disisi islam. dan satu lagi novel-novel tersebut bukan boleh dihabiskan dalam masa 4 minit tetapi dalam masa 1-2 hari. bukankah menghayati bacaan tersebut boleh membuatkan para remaja lebih terpengaruh berbanding mendengar lagu???
apa bezanya kahwin lari dengan kahwin kontrak??? mengikut apa yang saya perhatikan kenapa remaja kawen lari adalah kerana perhubungan mereka yang tidak direstui. kenapa tidak direstui?? mungkin kerana perbezaan darjat, umur yang terlalu jauh bezanya.....mungkin...mungkin....bla bla...(setiap orang punya kisah yang berbeza)
apa hukumnya??
hukum nikah di luar negara, termasuk kawin di thailand adalah sah dengan syarat
- Pernikahan itu mengikut rukun nikah
- Pernikahan itu melebihi dua marhalah (91 km)
- Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
- Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
bagaimana pula pula dengan kahwin kontrak??? nikah kontrak haram dalam islam
kenapa??
“Mutaah berasal daripada perkataan mata’a dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh.
“Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu.
“Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang,” katanya.
Menurut Nabilah, Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain, iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah, di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan.
Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat.
“Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah, sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya.
“Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah, tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus, memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu,” katanya.
Nabilah berkata, banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan, tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali, saksi dan sebagainya). Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab, pusaka, nafkah dan kasih sayang sewajarnya. Tambahan pula, talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran, namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir.
jadi kesimpulannya?? andai kata kerajaan atau sesiapa sahaja mengharamkan lagu tersebut saya menyokong tetapi perlu adil...haramkanlah juga segala bentuk media yang berunsur negatif barulah adil...jangan hanya menghukum sesetengah pihak sahaja...
*ini cuma sekadar pandangan sahaja..saya sendiri pun tidaklah tahu dengan mendalam tentang hukum2 ni..tp bila ada kemushkilan kita perlu pencerahan...fikir-fikirkanlah..:)
*ini cuma sekadar pandangan sahaja..saya sendiri pun tidaklah tahu dengan mendalam tentang hukum2 ni..tp bila ada kemushkilan kita perlu pencerahan...fikir-fikirkanlah..:)
setiap perhubungan tu mestilah mendptkan restu kedua ibu bapa, baru berkat..tu pendapat sayalah. xbest la main kawin lari2 ni kan? ;)
ReplyDeletebetul kak, kita kawen bkn utk shari dua kan tapi hingga ke akhir hayat..jadi restu ibu bapa sangatlah penting untuk melayari bahtera rumahtangga...
Delete