PENDIDIKAN

INTERLOK...DISEBALIK AIRMATA SEORANG SASTERAWAN
* MAAFKAN AKU WHAI SASTERAWAN NEGARA... diusia 91 tahun kau terpaksa melalui keadaan yg susah sperti ini...maafkan aku kerana tidak mampu untuk untuk membela dirimu..kerana aku hanya sasterawan kecil....  ( aku, sasterawan kecil  : EIJA ZOLKIFELI)


interlok
(FATIMAH BUSU)


Dan Interlok pun dibakar
gambar Abdullah Hussain dibakar
          tapi yang terbakar kulit di jasad Melayuku.

          Dan api pembakaran Interlok pun menyala
          api pembakaran gambar Abdullah Hussain pun menyala
          tapi yang panas darah Melayu dalam tubuhku.

          Dan asap bakaran Interlok pun naik ke udara
          asap bakaran gambar Abdullah Hussain pun naik ke udara
          tapi yang tercemar udara langit dan bumi Melayuku.

          Dan Interlok pun hangus, rentung
          gambar Abdullah Hussain pun hangus, rentung
          tapi yang hangus, rentung perasaan dan hati Melayuku.

          Dan abu Interlok pun dipijak-pijak
          abu gambar Abdullah Hussain pun dilanyak-lanyak
          tapi yang dipijak, terlanyak maruah Melayuku.

          Berlangsung detik sebuah kebiadapan purba
          mencakar kaca jendela peradaban bangsa
          retak
          berpetak-petak



Di sana sini terdengar tntang org berbicara tentang INTERLOK. mula2 dgr tajuk ni aku pun x tahu la ape ke bndanya...nmpak sngt x cakna kan...heee... then, bila msuk kls lecture ajak berdiskusi psl interlok,mula la menganga....lepas tu bru la tahu psal INTERLOK ni....tmbah2 kna buat plak esaimen pasal interlok....setelah mendalami novel ni sedalam-dalamnya rasa mcm timbul rasa geram terhadap mereka2 yg mnentang novel ini
 daripada dijadikan teks KOMSAS tg lima.........paling mengguris hati apabila novel dan gambar penulisnya dibakar....cara ini menampakkan bahawa betapa ceteknya ilmu mereka yang melakukan perbuatan ini.
Abdullah Hussein yang kini sudah berumur 91 tahun dan sudah tidak mampu lagi untuk diajak berbahas tentang Interlok kerana beliau sendiri tidak menyangka bahawa karya yang ditulis 40 tahun dahulu kini menjadi nanah yang telah pecah dan busuknya dapat dihidu ke seluruh Negara. Beliau yang kini hanya berkerusi roda dan tidak mampu untuk berbicara dengan lantang hanya mampu menitiskan airmata tatkala dihina dengan kata-kata yang menyakitkan hati.  Terlalu besarkah salahnya sehingga karya Interlok tulisannya dibakar dan dipijak-dipijak. Gambarnya juga dibakar kerana dianggap menghina kaum India dengan perkataan paria? 




Bagi saya beliau tidak bersalah. Karya yang dihasilkannya ini ialah datang dari fakta sejarah.
 jom ikuti perkembangan tentang INTERLOK :

Interlok merupakan karya yang dihasilkan oleh sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain lewat 40 tahun yang lalu. Novel ini dihasilkan oleh Abdullah Hussein untuk menyertai “Sayembara mengarang novel sempena 10 tahun merdeka” dan novel ini telah dipilih sebagai pemenang saguhati dalam sayembara tersebut.Interlok atau Interlock dalam bahasa inggeris bermaksud memancakan atau berpanca. Menurut kamus dewan edisi keempat panca bermaksud merapatkan kedua-dua belah tangan atau menggenggam. Justeru itu dapatlah disimpulkan bahawa interlok menunjukkan satu keakraban dalam masyarakat pelbagai kaum yang menuju ke arah satu jalan yang makmur iaitu, perpaduan. 


setelah saya mmbuat pemerhatian dan membaca pelbagai komen tentang interlok dapat saya senaraikan disini pro dan kontranya novel ini.

sebab-sebab penerimaan (kebaikan)

1. tema yang dibawa cukup kuat iaitu tema perpaduan dalam msyarakat majmuk
2.tidak berbau isu perkauman pun jika dilihat dari sudut positif
3. memaparkan konflik golongan bawahan secara keseluruhan. tidak wujud soal darjat atau siapa menumpang siapa
3. perlu memberi kebebasan kepada penulis dalam berkarya.
4.merupakan novel sosiologi (dikaji dengan teori sosiologi sastera)

sebab-sebab penolakkan (keburukkan)

1. penggunaan istilah paria

didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India dan agama Hindu pada halaman 211 dan 220 :

… satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaul                                                                            kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria
( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)

Perenggan di halaman 220 yang juga mungkin menjadi pertikaian adalah seperti yang berikut :
….Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu;                                      dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang mati
( Interlok Edisi Pelajar)

 2. masyarakat india juga menolak kerana menganggap bahawa dengan mnjadikan interlok sebagai teks KOMSAS akan membuatkan semua orang tahu bahawa mereka adalah golongan pendatang.

               Setelah kita meneliti tentang sebab-sebab berlakunya penerimaan dan penolakkan terhadap novel Interlok dalam menjadikannya teks komponen sastera pastinya setiap individu mempunyai pandangan yang tersendiri. Pada pendapat saya, saya sama sekali tidak setuju jika novel ini ditarik balik dan sama sekali tidak setuju dengan kerajaan yang ingin membuat pindaan terhadap beberapa perkataan yang boleh menyinggung sesetengah kaum. Persoalannya adakah kerana hendak menjaga hati atau sensitiviti sesuatu kaum semudah itu fakta sejarah dalam negara hendak di ubah? Bayangkan bagaimana jika Interlok sememangnya novel sejarah. Adakah perkara yang menggambarkan sesuatu kaum pada zaman dahulu harus diubah kerana masyarakat pada zaman kini yang tidak boleh menerima sejarah silam kaum mereka. ini bukan lagi soal Interlok. Sekarang ini adalah persoalan berkaitan ilmu. Bayangkan jika fakta sebenar berkaitan sejarah, hanya kerana tuntutan satu pihak, maka pihak kerajaan mengubah atau memindanya, maka tidak mustahil jika selepas ini akan banyak lagi buku ilmiah akan menjadi mangsanya. Akibatnya generasi akan datang menjadi haru-biru tanpa mengenali identiti diri.  Bayangkanlah satu tarikh pada 5000 tahun akan datang, kaum melayu tidak puas hati dengan gambar masyarakat melayu yang diambil sekitar tahun 1800, maka dengan hujah yang sama, sensitiviti, maka pemimpin menukar gambar tersebut dengan menunjukkan gambar orang melayu bepakaian kemas, lengkap dengan kasut dan sebagainya, agar Melayu tidak dianggap ketinggalan dan sebagainya. Begitu juga kaum dan suku kaum lain. Justeru, soal seperti inilah yang menimbulkan keraguan dan kebimbangan saya. Interlok adalah karya kreatif, dan itu pun menjadi mangsa keadaan. Apatah lagi karya ilmiah. Amat menyedihkan bila kerajaan mengambil keputusan untuk membuat pindaan terhadap perkataan ‘paria’.
Berbicara tentang kasta,mengapa kaum india tidak boleh menerima sejarah kaum mereka? Ini adalah satu persoalan yang masih belum terjawab. Tapi benarkah mereka sudah tidak mengamalkan sistem kasta kerana jika dilihat di dalam politik di antara MIC dan IPF masih ada sistem kasta. Walaupun mereka tidak mengakuinya, tetapi masih lagi terdapat " jurang yang besar " sesama mereka. Dalam erti kata lain masyarakat India di Malaysia masih kuat lagi mengamalkan apa yang dikatakan " amalan sistem kasta " sepertimana yang masih diamalkan lagi di negara India itu sendiri. Walaupun apa yang diceritakan oleh  Abdullah hussein itu berkisar fakta sejarah diwaktu itu namun perkara ini memang tidak boleh dinafikan. Ianya masih berlanjutan sehingga sekarang ini. Dengan mengambil contoh sebuah Parti politik kaum India iaitu IPF. Kalau kita masih ingat, mendiang Tan Sri Pandithan sentiasa berusaha keras cuba merapatkan jurang perbezaan ini. MIC mewakili kaum India manakala IPF juga mewakili kaum yang sama. Cuma yang berbeza adalah " darjat ". kalaulah mereka tidak lagi mengamalkan sistem kasta mengapa kedua-dua parti ini tidak bersatu?  jika dilihat sudah ramai kaum India yang kaya dan memegang jawatan tinggi namun kenapa masih terlalu ramai rakyat India yang terlalu miskin di Malaysia ini. Hal ini adalah kerana mereka masih mengamalkan sistem kasta dan golongan yang kaya akan bertambah kaya. Selagi ikatan " darjat atau kasta " ini tidak terlerai, selagi itu lah masyarakat India akan berdepan dengan masalah kemiskinan tegar dan masalah-masalah lain kerana dalam kalangan orang-orang India sendiri yang tidak bersatu. " Sistem kasta " inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan atau duri dalam daging kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri. Hakikatnya orang India sendiri yang gagal membantu kaum mereka sendiri.Mungkin diatas sebab-sebab inilah Tan Sri Pandithan bertindak keluar dari parti MIC dan menubuhkan parti IPF kerana kecewa dengan tindak tanduk MIC tidak mahu membantu golongan miskin di kalangan penduduk keturunan India. Contohnya penduduk-penduduk India di estet-estet diseluruh negara. Pemergian Tan Sri Pandithan sangat dirasai oleh golongan bawahan.Antara kata-kata mendiang yang begitu menyentuh hati adalah:
" Bukan pilihan saya untuk lahir dalam keluarga berkasta rendah, ini semua ditentukan oleh Tuhan yang juga menentukan siapa yang akan dilahirkan sebagai Melayu, Cina atau India. Malangnya manusia tidak menyedarinya."
Kata-kata ini dilafazkan oleh beliau semasa terlantar sakit di hospital. Oleh itu, pergolakan politik yang berlaku dalam kaum india itu sendiri dapat dilihat bahawa sistem kasta masih lagi diamalkan hingga ke hari ini. Justeru mengapakah perkataan paria yang disebut beberapa kali dalam Interlok harus dijadikan isu? Bukankah ini untuk kepentingan politik semata-mata.
Jika ditelusuri sejarahnya dalam filem Tamil Made In India sampai ke hari ini masih memaparkan soal kasta, dan novel penulis India terkenal Mulk Raj Anand berjudul Untouchhble yang diterbitkan semula oleh Oxford University Press juga dengan judul "Paria" yang turut membicarakan soal ‘paria’Justeru kenapa novel itu diangkat sedangkan Interlok ditentang? Secara jujur kekadang saya menjadi keliru, walau masyarakat India Malaysia dari segi sejarahnya memang berasal dari tanah India, realitinya India yang berada di Malaysia sekarang ialah masyarakat India Malaysia. Generasi yang ada di Malaysia sekarang ialah generasi India Malaysia, dan tiada kaitan lagi dengan India di negara India. Semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum menerima seadanya masyarakat India sebagai saudara mereka yang bersama-sama rakyat Malaysia.Persoalannya kenapa hal berkaitan India di Tanah India perlu juga di bawa ke Malaysia? Ada juga saranan selepas ini agar  penulis buku sejarah perlu sensitivi dengan soal berkaitan perkauman. Adakah ini juga bermaksud penulis buku sejarah hanya memaparkan yang baik sahaja dan menyisihkan kebenaran yang pahit untuk ditelan? Memetik kata Tun Dr. Mahathir:

“Jika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis,                                                  maka tidak ada pelajaran yang akan diperoleh penuntut,".

Benar apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir itu kerana pelajar-pelajar tidak hidup di zaman itu, justeru mereka hanya belajarnya melaui buku-buku yang ditulis. Dan kalaulah buku-buku yang ditulis juga semuanya sudah ditapis ini menyebabkan generasi muda tidak lagi mengenali sejarah. Di sini suka saya memetik tulisan Dato A.kadir Jasin:

Secara peribadi, sebagai penulis, saya lebih rela karya                                              saya dibakar dan dinyahkan daripada persada ilmu dan                               kecendekiawanan hambar daripada disunting dan dipinda                                     kerana kononnya menyentuh dan menyinggung sensitiviti                                             kaum tertentu"





sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...