Sunday, June 23, 2013

hubungan tanpa nama

kisah cinta aku kisah yang tidak sempurna seperti kisah kamu. kisah cinta aku kisah berliku. penuh batu-batu belum kira lagi duri-duri yang bercelaru. kisah cinta dulu telah kupadam dengan rasa pilu. lama aku berdiam diri. takut nak mencuba lagi. tiba satu hari, aku jumpa cinta baru. bukan aku yang menggerakkan cinta itu. bukan juga dia yang melirik manja atau menggoda. tapi takdir yang banyak membuatkan kami bersama. bersama dalam pelbagai rasa. aku atau dia sama-sama mengikut jalan yang ditunjuk oleh takdir. sampai satu masa kami tersedar yang kami sudah jauh dalam perhubungan yang dinamakan cinta.

bila ia terjadi??? bagaimana ia terjadi?? semua itu di luar jangkaan kami. untuk apa ia terjadi?? untuk apa ia bersemi??? dulu kami jelas tentang matlamat itu tapi bila satu masalah tiba aku mahupun dia mula kabur tentang matlamat itu.... tapi kami tidak mampu untuk mengikut jalan yang berbeza. hingga kini kami masih bersama melalui jalan yang sama.... tapi mungkin matlamat kami yang berbaza... mungkin sampai pada satu jalan yang bersimpang kami akan berpisah... mungkin..... tapi jauh adalam hati aku mengaharapkan agar kami tidak akan melalui jalan bersimpang yang akan membuatkan kami terpisah.

kisah cinta yang aku lalui membenihkan semangat dalam diri. kesakitan yang menimpa menjadi motivasi untuk terus berjaya. bagaimana aku boleh terus tersenyum setelah dugaan melanda bertimpa-timpa dalam satu masa???

jawapannya: berpura-pura lupa dengan masalah yang dihadapi membuatkan aku terus tersenyum hingga ke hari ini...bukan takut nak menghadapi tapi biarlah ia terjadi dengan sendiri mengikut perancangan ilahi.

::hubungan tanpa matlamat itu sakit tapi hidup tanpa dia lagi sakit, maka aku terus bertahan walaupun tanpa status::

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

1 comment:

  1. Рекомендую: индивидуалки трансы Москвы
    Девушка - секси! Смогу удовлетворить любого джентльмена. Обещаю много секса и массу удовольствий! Приглашу к себе или приеду к Вам!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...