Sunday, June 2, 2013

dia yang ingin aku temui dengan kisah yang berbeza

 

          Aku mahu jumpa dia dengan situasi yang berbeza. bukan dengan kabar yang luar biasa. itu yang aku semat dalam jiwa bila dirinya muncul dalam ingatan sekali sekala. ceritanya bermula dengan aku yang mencari dia. kawan lama. lebih kepada bekas kekasih sebenarnya. selepas sembilan tahun aku mencuba akhirnya semalam aku jumpa. bukan jumpa dia tapi jumpa akaun facebook kawannya. aku tanya perkembangannya. dalam beberapa jam kemudian dia terus menambah aku jadi kenalannya. aku terima dengan niat bertanya kabar kawan lama.
Dia masih lagi kacak seperti dulu. itu kata aku. orang lain aku tak tahu. walaupun sudah sembilan tahun berlalu tapi cerita itu masih kekal dalam kotak hatiku. aku ambil peluang melihat perkembangan hidupnya melalui status yang di update setiap masa. rasa teruja pula. tiba-tiba dia menghantar mesej di ruangan chatting dan perbualan bermula. ohh..kenapa tiba-tiba aku gementar gila. adakah perasaan itu wujud semula, tapi bila melihatnya aku tidak punya rasa apa-apa. ahh..mungkin itu kerana kenangan yang terlayar di minda tika dia membuka cerita tentang suatu masa. 

Lama kami berkongsi cerita. dulu dia yang pergi tanpa khabar berita. tapi aku tidak berdendam menyimpan benci dalam jiwa sebab bagi aku itu cinta monyet semata. yang perlu aku lalui sebelum menjejak erti dewasa. dia mula berkata sayang. ohhh...jangan harap jiwaku melayang. kalau dulu mungkin kata sayangnya buat aku gila bayang. dia mula memuji..."awak makin cantik" aku tahu itu satu taktik.

hari ini aku rasa mahu stalker lagi laman sosial miliknya. bukan aku mula rindu atau mengharap yang dah berlalu itu bermula. tapi aku pelik melihat gambar-gambar miliknya. rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dalam hati terdetik, bagaimana kehidupan dia sekarang. aku harap baik-baik saja. akhirnya aku temui banyak perkabaran duka. duka bagi aku mungkin bahagia baginya.



Dia dah berpunya. bukan sekadar bercinta tapi sudah berumah tangga. aku terkejut gila. sekali rasa macam tak percaya sebab usianya yang masih muda. bukan itu saja yang buat aku terkejut gila tapi dia berkahwin dengan gadis cina itu yang buat aku berduka. berkahwin dengan gadis cina yang aku tidak tahu apa agamanya. aku melihat gaya hidup mereka jauh dari normal manusia beragama islam. itu yang membuat aku jiwaku kelam.aku jumpa blog isteri dia. tapi semua dalam tulisan cina. macam mana aku nak baca. sepatah pun aku tak tahu apa maknanya. tapi aku jumpa gambar dia sedang menyambut krismas dengan gembira. aku hanya mampu berdoa semoga apa yang aku fikir ini tidak benar belaka. ya allah, aku sayang dia sebagai sahabat. andai dia jauh tersesat....berilah dia hidayah untuk bertaubat. semoga hidupnya berkat.

# walaupun hadirnya hanya mencalitkan warna duka, namun aku mahu dia selalu bahagia#



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

2 comments:

  1. Ya Allah , semoga dirinya tidak tersesat jauh . Akak , doakan yg terbaik untuk dia . Semoga dia tidak sesat . Kalau akak mampu , bimbing la dia sebagai seorang sahabat . Kalau tak , doakan dari jauh :) And , mungkin ada yang lebih baik untk akak di luar sana . In shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYAALLAH dik, akak cuba setakat yang akak mampu...semoga dia sedar kesilapan itu...t.ksh kerana mndoakan akak...:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...