Monday, October 15, 2012

pelajarku : 4 DEDIKASI

 
4 bulan yang lalu. aku masuk kelas ini dengan 1001 perasaan. rasa gementar, takut, tak tahu nak cakap apa semua bercampur menjadi satu. kerana ini pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi di dalam kelas bersama pelajar-pelajar...

kini, aku menjadi lebih yakin....tak perlu nak rangka-rangka apa yang nak diperkatakan dalam kelas sebab semuanya akan keluar secara spontan. tetapi kebiasaan ini akan aku tinggalkan tidak lama lagi...

kelas 4D adalah kelas yang paling corot sekali di sekolah ini. dan aku merasakan inilah cabaran yang paling besar dalam hidup aku.. bukan mudah untuk membuatkan mereka minat untuk belajar. tapi aku yakin aku mampu laksanakannya...walaupun bukan membangkitkan semangat belajar untuk semua subjek tapi sekurang-kurangnya untuk mata pelajaran kesusasteraan melayu

kini setelah 4 bulan aku boleh dikatakan berjaya buat mereka minat pada mata pelajaran kesusasteraan melayu. dengan menggunakan kaedah yang menarik dan kepelbagaian ABM... aku melihat perubahan mereka dan yang paling menggembirakan apabila kehadiran pada hari isnin dan rabu (HARI ADA SASTERA)  adalah penuh. alhamdulillah!
 
jom layan saje gambar mereka ::::::
 

 melakukan aktiviti lukis sinopsis
pelajar di kelas hujung memang berbakat dalam perkara yang lebih praktikal



 
pembentangan dan santai------sebelum menunggu waktu balik





inilah pelajar pertama saya 2012..
kamu semua akan terus terpahat dalam kenangan cikgu






semoga satu hari nanti kita akan berjumpa lagi dan ketika itu kamu lebih berjaya dari diri ini






cenderamata untuk pelajar-pelajar 4 dedikasi yang banyak mengajarku erti kesabaran, kelembutan dan memberikan sejuta kenangan dan pengalaman.

"guru dan pelajar berpisah tiada"




sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, October 9, 2012

ceritera pelajarku 2#

 
PMR sudah menjengah tiba...hari ini hari kedua...
bukan tentang PMR yang aku ingin ceritakan 
tetapi tentang perasaan menjadi guru itu yang menggerakkan jemariku

sebelum peperiksaan PMR bermula,
aku melihat ramai pelajar tingkatan tiga mula mencari guru... katanya ingin memohon restu... izin ilmu perlu diburu...supaya tenang selalu untuk menjawab peperiksaan yang menyentak kalbu....

aku tidak mengajar tingkatan tiga..cuma kadangkala masuk 'relief' sahaja...ada ketika aku bercerita untuk mengisi masa...sebenarnya untuk menyedarkan mereka juga. Aku bawa kisah kejayaan mereka-mereka yang hidup dalam serba kekurangan...tetapi boleh berjaya dengan adanya usaha...
 
mereka pernah bertanya : kenapa dicerita kisah mereka saja? hari ini kami mahu mendengar kisah cikgu yang selalu memberi kami inspirasi...ohhh..aku termangu sebentar..terkedu juga mungkin...apa aku nak beritahu...

  

bukan aku tidak punya cerita...mungkin lebih derita dari mereka....tapi entah kenapa aku rasa berat untuk berkata tentang kisah derita itu...tetapi kisah itulah yang membina diriku hingga kau menjadi aku pada hari ini dan ketika ini aku berdiri depan kamu sebagai guru...
 
hanya satu yang aku ceritakan pada mereka tentang kisah kejayaanku...iaitu HARAPAN.... aku sentiasa mempunyai harapan dalam hatiku walaupun aku tahu kadang-kadang apa yang aku harapkan itu nampak mustahil untuk aku gapai.....kenapa HARAPAN? kerana harapan akan membangkitkan semangat.... itu bagi aku...mungkin setiap orang punya kisah dan cerita yang berbeza....

berbalik pada cerita tadi....aku turut didatangi pelajar2 tingkatan tiga yang datang bersalaman dan memohon restu..kata mereka : saya mempunyai harapan yang besar untuk peperiksaan ini dan oleh itu saya berusaha dengan gigih....cikgu restuilah saya....

saat mereka memelukku.....aku cuma mampu berdoa dalam hati :
 
ya allah, kau berilah yang terbaik untuk pelajar-pelajar ku ini....amin.
dan perasaan ketika itu hanya allah yang tahu...
kini menjadi guru bukan lagi kesilapan bagi aku
aku mula menabur bakti sepenuh hati..... 
 
 

"janganlah takut untuk menaruh impian dan terbanglah ke bulan, jika kita gagal sampai ke sana kita pasti berada di antara bintang-bintang"



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, October 7, 2012

curang dalam diam

 

Dia termangu di depan muka buku. Dia Nampak kekasih hati ada di situ. Tapi kenapa disisinya bukan aku? Fikirannya buntu...nak buat apa pun tak tahu...dia seolah-olah beku terkejut atau terkaku, aku pun malas nak ganggu...takut dia naik hantu...

Dia pandang aku dengan mata berkaca...dia tunjuk status si dia suruh aku baca...apa lagi yang aku nak kata...aku pun diam tanpa bicara kerana ada kalanya diam itu lebih baik dari berkata lalu mengguris hatinya...

 
Aku lihat dia pejam mata...aku tahu macam mana sakit yang dia rasa...aku keluar dari ruang kamarnya, beri dia masa untuk mencerna apa yang baru dia terima...aku tahu dia kuat menerima kenyataan..kerana ini bukan pengakhiran...

Aku termangu melihat malam, aku berbicara dalam diam...kawan, lepaskan dia bersama angannya...lepaskan dia mencari kebahagiaan... dan kau temanku..insyaallah ada yang terbaik untukmu.

“lepaskan dia andainya itu pilihan dia...ada yang terbaik untuk kita...itu janji pencipta kita”
 


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, October 1, 2012

HeLLo OktOBeR!

 
 
OKTOBER...OKTOBER...OKTOBER
Tragedi oktober

harap-harap tidak ada tragedi ye yang berlaku di bulan ini
gembira dalam duka bila datang oktober...kenapa? kerana akan dinoktahkan segala yang bermula. ketika mula menerima berita, akan berkhidmat di bandar diraja, hati rasa riang tertawa..ohh aku bakal mendidik bangsa. 
sampai saja di kota ini, aku mula mengenal erti...bahawa fantasi tak seperti realiti. berdepan dengan pelajar sendiri menjadikan aku lemah meniti hari. bukan putus asa di awal perjuangan tetapi jiwa rapuh mencari kematangan. aku mula mendidik diri menerima kekurangan kerana mereka masih punya harapan.
kini setelah tiga bulan, aku mula menjiwai peranan....aku mula mencorak kenangan, aku sudah berani berhadapan....tapi aku juga perlu menanti datangnya perpisahan...
 
sungguh aku mula sedih membilang hari, aku tak nak begini...
BOLEH TAK KALAU NAK POSTING DI SINI?
 
berakhirnya oktober maka berakhirlah perjuangan aku disini
 
 
"ucap selamat tinggal itu sukar"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...