Thursday, June 6, 2013

melangkah masuk dengan hiba melangkah pergi juga sama

 
05/06/2013 
Tarikh ini mungkin biasa. tak ada apa yang berbeza. aku masih membuka mata. masih mampu berjalan ke sini sana. masih tersenyum pada yang menyapa. namun tarikh ini membuat aku berasa hiba. terasa duka datang menyapa jiwa. aku bakal hilang segala. perjuangan di bumi muallim bakal berakhir dalam beberapa ketika.

Dalam bilik kecil itu aku melihat kawan-kawan gigih menyiapkan ayat-ayat yang terakhir. ku renung satu persatu wajah mereka. aku pasti akan ada rindu yang menyapa. aku pandang kertas putih depan mata. siapkan ayat terakhir sebelum kertas dipungut pemeriksa. ohh...kini aku sudah lega. tapi kenapa hati sakit seper

ti menderita. oh aku bakal kehilangan teman untuk berbicara. bakal menjalani hidup lain yang bakal tiba. meninggalkan cerita 4 tahun yang telah direka dengan sempurna. rutin harian akan berubah selama-lamanya.

5 jun 2013, 4.30 petang...aku kini bebas. tiada lagi kelas, tiada lagi esaimen tiada lagi ujian/peperiksaan. kami masih di kerusi. terasa seperti tidak mahu pergi. takut sekali pada ucapan selamat tinggal. masih ada yang sibuk untuk bergambar. kali terakhir di kerusi peperiksaan. selepas ini mungkin gambar di meja pengantin pula. aku lihat satu persatu wajah mereka. terasa tidak puas. entah kenapa senyum mereka seperti palsu. kami berpelukan memohon maaf bersalaman. tangis kami bergema menjadi satu.
ya allah. kuatkan aku menerima perpisahan. sahabat, maaf ku pohon. andai ada salah perlakuan. andai ada perkataan mengusik perasaan. MAAF...hanya itu yang mampu diungkap. dan untuk kalian aku maafkan segalanya, aku halalkan semuanya...tidak ada apa-apa lagi hutang yang akan membuatkan resah dalam hati kita. selamat tinggal sahabat, selamat tinggal teman, selamat tinggal UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

gambar semester 4 : sayang UPSI


#empat tahun dulu melangkah masuk dengan air mata, tak sangka melangkah pergi juga sama#

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

1 comment:

  1. good luck di luar nanti! btw, jom join birthday giveaway wani . senang je... tak perlu buat entri :) meh meriahkan lg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...