Monday, September 19, 2011

kenangan menyelamatkan cinta::::

Cinta ibarat kupu-kupu..Makin kau kejar,makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Cinta bukannya mencari seseorang yg sempurna,tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna

Aku merasakan bahawa aku telah temui cinta yang membuatkan aku sempurna 6 tahun yang lepas…dan sehingga ke hari ini aku masih merasakan cinta itu membuatkan aku sempurna kerana apabila aku ingin melupakan cinta itu aku terasa seperti hidupku kosong…..terlalu kosong…Cuma, cinta yang menyempurnakan ku itu sedang diuji sekarang…..aku yakin ia hanya ujian semata-mata….dan sentiasa berharap agar apa yg berlaku ini hanya mimpi dan apabila aku bangun dari lena yang panjang ujian ini bakal berakhir…
Terlalu besar ujian yang diberikan untuk memisahkan hubungan ini atau untuk semakin mengukuhkan hubungan ini aku sendiri pun tidak pasti….hanya dia yang tahu hikmah disebalik ujian yang diberikan….ujian datang bertimpa-timpa…dari setiap sudut…hati yang cekal kekadang kembali rapuh…hati yang kebal kekadang kembali ampuh…
Kenapa cinta yang teguh berdiri selama ini hampir rebah menyembah bumi….??? Adakah kerana usianya yang terlalu lama hinggakan pudar sudah rasa cinta, sayang, jujur dan setia yang selama ini telah dianyam membentuk tikar kasih buat hamparan sepasang hati yang saling melengkapi….
Retak menanti belah…..telur dihujung tanduk….ini adalah 2 pepatah yang sesuai untuk menggambarkan betapa cinta yang melengkapkan hidupku itu hampir musnah…tapi tekad dihati aku sematkan hubungan yang telah bertahan selama 6 tahun mesti dipertahankan walau apa pun terjadi….
Kini, aku sudah kembali memiliki cinta yang dulunya menyempurnakan aku….apa yang menyelamatkan hubungan kami???? Jawapannya ialah KENANGAN……
Buat shbt2ku….andainya hubungan cintamu diuji dan kamu merasakan bahawa kamu perlu melepaskannya ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya. Bukankah sukar untuk memulakan sesuatu yang belum wujud, tp lagi sukar untuk mempertahankannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya. Bukankah kenangan jatuh cinta itu sangat indah? Benar kita tidak boleh hidup dalam kenangan kerana ia  akan menjadikan kita seorang yang tidak  berwawasan kerana hanya memandang masa lalu…tapi ingatlah bahawa kenangan akan membuatkan kita sedar siapa kita.
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya. Sukar untuk melupakan kenangan yang telah tercipta dan disaat kamu menganggap bahawa dia tidak lagi penting buatmu, ingatlah bahawa terlalu banyak kenangan yang telah kamu cipta bersamanya.
Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu. Dalam perjalanan hidup, kita menemukan ramai orang yang pada anggapan kita lebih baik dari si dia.. tapi adakah kita pasti orang lain lebih baik darinya?
Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.
Ingatlah :
  • Yang indah hanya sementara
  • Yang abadi adalah KENANGAN
  • Yang ikhlas hanya dari hati
  • Yang tulus hanya dari sanubari
  • Tidak mudah mencari yang telah hilang
  • Tidak mudah mengejar impian
  • Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
           Kerana walaupun digenggam terlepas juga
    • nota : kini cintaku kembali melengkapi hidupku....terima kasih KENANGAN.....


    sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

    0 tinta pena sahabat:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...