KEWAJA tu apa?
kEWAJA @ KEM MODAL INSAN KEWAJA adalah salah satu pusat pelindungan untuk gadis2 yang tergelincir dari landasan hidup tp masih ada rasa mahu berubah...
sebenarnya aku perlu buat satu kajian untuk kursus PEMBINAAN MODAL INSAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU...so, kump. aku pilih tempat ni lah.... dalam menjalankan tugas utk mnyiapkan esaimen, ia juga dapat menginsafkan kami...menerbitkan satu rasa yg sukar diterjemah dgn kata-kata....
selama ni aku pernah dengar ada pusat2 mcm ni yg dtubuhkan NGO2 yg prihatin, tp x pernah bygkan yg satu hr aku berpeluang smpai dcni...lepas kami interview pengasas nya iaitu yahya b. mohamed yusof @ lebih mesra disapa pakya ni kami berpeluang untuk menyelami hati mereka yg pernah terlanjur...
SEDIH!! hanya itu perkataan yang mampu aku ungkapkan....bila masuk dalam bilik yg menempatkan mereka aku rasa mcm sedih sngt, masa tu dorang tengah ada program motivasi...semuanya berkain batik, bert-shirt....maklumlah kebanyakkannya dalam pantang...
allahuakbar, bangsaku kian hilang jati dirinya.....
tp ini bukan masanya untuk menuding jari mencari kesalahan disebalik yg berlaku.....yg aku sedihnya knp hnya mereka yg terpaksa terkurung di pusat ini dan menanggung pnderitaan yg bukan sedikit sedangkan keseronokan yang mereka lakukan dahulu melibatkan insan yg bernama lelaki...dimana mereka yg sepatutnya mnjadi pelindung kaum ku....
mereka datang dari pelbagai latar belakang keluarga....majoriti daripada mereka berumur dalam lingkungan 14-25 dan yg mngejutkan aku ialah ialah mereka bukan lah pelajar yg keciciran dalam pelajaran...bila dilihat pencapaian mereka dalam akademik, mmg boleh dibanggakan..... bila kami berbicara dari hati ke hati dengan mereka, TERNYATA MEREKA PUNYA CERITA.....
xperlu lah aku bongkarkan kisah mereka, kerana aku memegang amanah.....ckuplah sekadar korang tahu di akhir cerita mereka pasti ada airmata penyesalan yg mereka pamerkan....
cuma satu doa yang aku titipkan buat mereka:::::::::::::semoga taubat mereka diterima dan semua ini tdk akan berulang lagi.... tabahlah mghadapi hidup seterusnya...
BERSAMA MEREKA.....:) maaf muka dorang dilindungi rama-rama...:)
kalau berminat untuk buat kajian dcni ni alamat mereka :
KEM MODAL INSAN KEWAJA No. 19, Jalan SG 5/4,
Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor. Jantina : Perempuan
Sasaran : Remaja / Dewasa
Kategori : Masalah Sosial / Penjagaan / Perlindungan No. Tel : 013-3384868 / 03-61857736
(En. Yahya bin Mohamed Yusof)
wanita didahulukan....maruah diutamakan
0 tinta pena sahabat:
Post a Comment