Saturday, March 26, 2011

lelaki dan wanita

Seorang lelaki berkata:
Perempuan sukar difahami, 
sukar daripada segala-galanya,
wajah ceria, hati entah hitam atau putih,
semalam mengaku cinta, hari ini lupa.

Seorang wanita berkata:
Lelaki sukar dipercayai,
sukar daripada segala-galanya,
mengaku bujang, padahal suami orang,
mulut manis memperdaya, 
pandai bermain kata-kata,
niatnya menghirup madu cinta.

E.Z berkata:

Lelaki dan wanita dua kali lima. Cinta kedua-duanya umpama pedang yg sebelahnya tajam dan sebelah lg tumpul. Terpulang belah mana yg mahu digunakannya. Kalau belah tumpul digunakan, lukanya tidak ada, melainkan lebam kebiru-biruan. Tetapi kalau belah tajam digunakan, maka lukanya merobek ke tulang.  

--------------------
~Laskar cinta
AjarkanLAH aku ilmu tentang cinta ..
Kerana cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang bagi semua umat manusia~


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

0 tinta pena sahabat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...