maaf! lukisan x cantik
kau datang menabur benih cinta
menyemai janji untuk setia
membuai rasa dengan ketawa
mengukir kata hingga aku terlena
akhirnya,
aku dipaksa menyiramnya dengan airmata
maaf! aku telah menyintaimu
sepenuh hatiku
memujamu hingga aku
terlupa siapa diriku
ada kamu dalam lena panjangku
ada kamu dalam impian hidupku
ada kamu dalam khalayan indahku
ada kamu disegenap ruang hidupku
namun,setelah waktu melintas pesona,
semuanya terasa tidak bermakna
kucuba mencari cintamu tetapi kabur
kucuba mencari rindumu tapi tiada
kucuba mencari sayangmu tapi tidak kujumpa
yang kutemui hanya kepekatan malam yang dingin
akhirnya aku rebah
dalam pasrah
aku cuba meraba dalam kegelapan
yang kutemui hanya
cebisan luka
helaian hampa
coretan nista
deraian airmata
yang mematahkan semangat wanita
lalu aku bangkit dari rebah
bangun dari jatuh
kerana aku tahu aku harus pergi
tiba-tiba aku ingin berhenti mencintaimu
kerana kamu bukan lagi dirimu
izinkan aku pergi dan kamu ingatlah
walau apa pun alasanmu
aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku...
eija zolkifeli : 26 disember 11
akak,
ReplyDeletenav bar kat atas uwh boleh hidekan,
dtg blog saya ada tutorial dya..
coz float dashboard button akak tertindih ^_^
menarik! puitis. salam kenal. free2 jmput singgah blog sy. jmput bc signal kanan???signal kiri??
ReplyDelete