Friday, May 24, 2013

KARNIVAL APRESIASI SASTERA KANAK-KANAK

 
 
 
karnival apresisi kanak-kanak adalah salah satu program yang telah dikendalikan sepanjang belajar di UPSI. program-program lain tak pernah saya coretkan di sini tapi untuk kali ini saya berasa ingin mengabadikan kenangan di sini. kenapa?? sebabnya ini adalah program terakhir yang dikendalikan oleh geng AT 01 ijazah sarjana muda pendidikan kesusasteraan melayu dengan kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

banner

program ini telah dirasmikan oleh Dr. Dahlia Janan iaitu ketua jabatan di fakulti bahasa dan komunikasi. majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan perasmian. kemudian aktiviti dimulakan pada jam 10.30 pagi setelah menunggu ketibaan semua ibu bapa yang membawa anak-anak mereka.

aktiviti pertama yang diijalankan ialah aktiviti melukis. kanak-kanak yang terdiri daripada umur 4-9 tahun diberikan tema bebas untuk melukis. macam-macam gaya lukisan yang boleh dilihat. keletah mereka mencuit hati saya. inilah kali pertama program kami melibatkan kanak-kanak kerana selama ini kami lebih memfokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan juru pelajar Universiti. pengalaman ini sangat bermakna bagi kami sebagai mahasiswa yang akan keluar sebagai guru nanti.


ini antara kanak-kanak yang mengambil bahagian


ibu yang sibuk memberi galakan supaya anak melukis
seterusnya aktiviti diteruskan dengan aktiviti mewarna. kanak-kanak ini dilihat sangat gembira dengan aktiviti mewarna. mungkin kerana memang perangan kanak-kanak yang suka bermain dengan warna yang cantik-cantik. tidak dinafikan bahawa bakat anak-anak ini boleh dilihat darii kecil lagi. tahap sosialisasi mereka bagaimana, keaktifan mereka, keberanian dan sebagainya. hal ini adalah menjadi peranan ibu bapa untuk membina peribadi anak mereka kelak.



aktiviti mewarna tamat pada jam 11.30 tengahari. kemudian sebelum melepaskan mereka untuk berehat, kami telah berbincang untuk membuat persembahan bersama kanak-kanak ini dengan beberapa jenis tarian seperti chicken dance, senaman si tommy, gwiyomi dan kalau rasa gembira. kemudian peserta yang terdiri daripada kanak-kanak telah diberi rehat selama 45 minit. telah disediakan sedikit makanan untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang hadir. semasa waktu rehat ini ajk yang berkenaan sibuk membuat pemilihan pemenang untuk kedua-dua aktiviti tersebut. tengok yer gambar sesi perbincangan ni (saya ada kat situ---toinkk tiba-tiba kan)
kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak

serius nye muka juri..hihihi

setelah tamat waktu rehat, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti berkumpulan. aktiviti ini dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, untuk melihat kanak-kanak yang paling aktif dan mempunyai bakat kepimpinan. aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan ialah menyusun puzzle, mengenal bentuk, menghasilkan trademark. setelah semua aktiviti berakhir, acara penyampaian hadiah pula berlansung. semua peserta yang hadir mendapat hadiah yang telah disediakan oleh penganjur. semua peserta gembira dengan aktiviti pada hari ini. sebelum pulang kami sempat merakamkan gambar bersama.
ajk pelaksana, pensyarah, peserta dan ibu bapa

saya mewakili AJK pelaksana program mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan membawa bersama anak-anak mereka. kami amat-amat berbesar hati kerana sudi memberikan sokongan kepada kami. selain itu semoga karnival seperti ini akan dijalankan lagi selepas ini kerana ianya dapat memberikan keseronokan sambil belajar kepada anak-anak. tahniah kepada ibu bapa yang membawa anak-anak untuk program seperti ini.

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

0 tinta pena sahabat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...