Friday, March 16, 2012

kau suka...

kau suka puji diri sendiri
lagi kau suka kalau kau disapa lelaki
buangla hasad dengki
ganti dengan rendah diri
pasti dirimu lebih disayangi
tak rugi menjadi diri sendiri
daripada berlakon memenatkan diri
senyum bukan main tayang gigi
sedangkan hati busuk banyak daki

kau suka menabur budi
tapi tanpa sedar tangan kau mencubit pipi
budi bukan dari hati
memang selalu tak beerti
belajar la menjaga hati
orang lain yang berada disisi
nanti kalau semua lari
kau juga yang rugi
hidup seorang diri
langsung tak berseri
ibarat dunia tanpa matahari
takut nanti mati
kubur tak bergali

kau suka buat tak peduli
bila aku lari
kau mencari
cubalah selami hati
jangan ingat orang lain pekak tuli
kalau kau tak suka disakiti
mereka apatah lagi
kerana mereka juga dari bumi
bukan alien dari planet musytari

semoga kau menyedari
bahawa sahabat perlu disisi
kalau nak hidup sendiri
jangan tunjuk muka kat sini lagi
aku menyampah tengok kau tanpa gigi
macam hantu tak sedar diri
tapi
andai kau mampu menginsafi
meh,duduk sini
aku sedia memaafi
kerana aku menyayangi
sahabat yang menjadi penyeri hari
menemani perjalanan menuju ilahi
suatu hari nanti

luahan hati : eija zolkifeli
27 mac , 10.35 a.m





sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

0 tinta pena sahabat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...