Tuesday, April 19, 2011

Layangan warkah dari dapur buat bakal ibu mertua

aku dapat ilham nak tulis tajuk ni msa dk kat dapur dengan shbtku umairah td...
msa kitorang tgh borak2 smbil msak tadi tetiba dgr org sendawa hahahahaha...mmg kuat….tetiba terlintas di kepala sewelku ni mcm mn la kalau sendawa mcm tu kt dapur mertua....sampaikan jiran sebelah rumah dengar...(maaf kpda org rumah sebelah-----------> sape suruh sendawa kuat2)ok lupekan pasalkan sendawanya itu...bnyk angin dalam badan (lbh baik dr hangin satu badan..ermm lain ker..ntah lerrrr) ok terus kpda warkah buat bakal mertua::::::::-------->>

buat bakal ibu mertua,
tidak kira siapa anda, ini cuma warkah panas dan pantas dari dapur bakal menantu
ibu kepada siapa, ntah...aku sendiri kurang pasti.
senyum (-_-)                                                     

Bakal ibu mertua, izinkan saya menggelar kamu sebagai makcik. Bukan apa, belum menjadi menantu secara rasmi, saya rasa agak kekok untuk memanggil ibu atau emak atau Bonda atau Umi atau apa sahaja. Biarlah saya panggil sebagai makcik sahaja, boleh kan?

Salam, cium tangan.
Maaf kalau tangan bau ikan atau ayam, saya baru keluar dari dapur (tunjuk rajin sikit). Menyediakan masakan untuk tekak saya sendiri (maklum la sy duduk rumah sewa). Bukan saya tiada niat mahu menghantar ke rumah makcik, tapi saya sendiri tidak tahu siapa gerangan makcik ini. Betul. Bukankah saya sudah katakan ini warkah terbuka?

Rancangan masakan.
Makcik, pasti ada rancangan masakan yang makcik suka tonton bukan? Kalau bakal suami saya menyatakan saya gemar menonton rancangan masakan dari chef wan, makcik janganlah risau. Itu bukan bermaksud saya masak sehingga terbakar dapur atau sebagainya. Itu sebagai penambah pengetahuan saya sahaja.

Makcik juga tidak perlu bimbang saya akan mencarut atau menyumpah seperti dia kerana saya tidak akan melakukannya secara terang-terangan (dalam hati siapalah tahu kan?). saya juga x akan masak campak2 mcam dia...sya akan jaga etika ketika memasak. Lagi pula makcik, saya memang masak secara senyap sahaja di dapur, memandangkan kalau bercakap, mungkin air liur akan tersembur di dalam masakan. Bahaya kan makcik?



Masakan kegemaran.
Makcik, saya memang gemar belajar memasak. Sedikit pengetahuan baru adalah amatlah bermakna bagi saya. Sebagai contoh, kalau anak makcik suka makan kari ayam dengan campuran kentang, lobak, sawi (sawi dalam kari ayam?), atau juga kekacang, saya akan belajar masak sehingga menepati piawai yang ditetapkan.

Tapi makcik, tidaklah saya sampai ke rumah makcik untuk belajar. Saya lebih suka belajar dengan Bonda saya sendiri. Bolehkan? Makcik beritahu sahaja caranya, saya akan belajar. Oh, mungkin juga makcik boleh buat video bagaimana untuk masak masakan kegemaran bakal suami saya merangkap anak makcik dan juga makanan kegemaran makcik. Bukan apa, cara menambat hati manusia adalah melalui perut mereka kan?
*ni saya hentam jer
saya sendiri kurang pasti
hehehehe...(ketawa tutup mulut: sopan)

makcik suka mkn gula-gula??
jgn makcik..nnti kena kencing manis...saya sebagai bakal menantu jugak yg susah nanti

Mengemas dapur sambil masak.
Itu kegemaran saya makcik. Bukan apa, saya memang bukan manusia yang boleh buat satu kerja sahaja dalam satu masa. Kadangkala sambil masak, saya boleh basuh baju sambil tekan telefon genggam. Hebat bukan? Bukankah makcik mencari bakal menantu yang serba boleh? saya cuba untuk menepati piawaian yg ditetapkan oleh mak cik

Jadi kalau saya sedang masak di dapur, makcik janganlah memerhatikan saya dari sebalik pintu ataupun berada di belakang saya dengan papan markah. Penggunaan CCTV di dapur adalah tidak digalakkan sama sekali (mak cik jgan la main skodeng-skodeng). Manalah tahu saya sedang buat panggilan video dengan anak makcik, merangkap bakal suami yang saya sendiri tidak berapa pasti siapa gerangannya itu.

Bolehkan makcik?

Bakal ibu mertua.
Walau siapa pun makcik, saya cuma harap yang makcik dapat menerima saya seadanya. Mungkin saya tidak memakai apron di dapur, tapi ketahuilah bonda saya telah bekalkan ilmu masakan yang cukup agar saya tidak menyusahkan bakal mertua saya atau bakal suami saya nanti.

Sekian.
Bakal menantu yang baru lepas masak asam bendi (masakan org bujang).


nota kaki : saya juga tidak akan sendawa kuat-kuat di dapur seperti jiran saya tadi...(kalau mak cik dengar pun blh pengsan)



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

0 tinta pena sahabat:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...