Salam cium pipi sikit muahh...muahh..(pompuan jer...)
sekarang ni aku agak rajin yer menulis entri yang terlintas dikepalaku ni....blh dikatakan hari2 harussssss menulis....gian kerrr......ermm ok lupekan sal aku...
cerita pasal musim mengawan ni..cikgu aku kata musim mengawan ni slalunya bulan november dan bulan november sebab ramai yang kahwin masa tu...tp bagi aku, pada zaman sekarang ni musim mengawan ialah bila tibanya musim cuti sekolah...relevannya sebab masa nilah ramai yang ambik kesempatan untuk kahwin kan....haaaaa ni x lama lagi cuti sekolah kan dan time tu pulak aku pun cuti semester 4 bulan....errmmm..korang jangan ingat aku nk mengawan lak...aku dijemput ke majlis mereka lah.......ermm kawan2 ramai yang dah kawen...(mengeluh sambil berfikir aku bila lagi).......
Perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan kehadiran kad undangan ke majlis perkahwinan hanya dihantar kepada rakan-rakan rapat. Yang lainnya akan dihubungi melalui telefon, pesanan ringkas (SMS) ataupun cara paling terkenal sekarang ini adalah mukabuku. Teringat perbualan aku dengan beberapa orang rakan yang mengeluh tentang hal ini.
Kawan 1 : Aku ni tak dapat kad kahwin lagi sekarang. Semua guna SMS.
Aku : Saya lagi sedap, guna Mukabuku sahaja.
Kawan 2 : Aku dapat, orang telefon. Tapi betul, ramai yang suka hantar di FB.
Kawan 1 : Kalau macam eija yang menghadap Internet setiap hari takpe, ni kita ni?
Aku : Saya pun kadang-kadang tak sedar orang jemput sekadar guna FB ni.
Kawan 2 : Rasa macam tak ikhlas.
Aku : (ketawa) Ikhlas tapi jauh. Nak jimatkan kos (positif thinking ok!)
[gambar : sudikah awak menjadi suri dihati saya: waaa bukan main lagi yer (bila la aku nk dilamar secara rasmi mcm ni..aishh berangan saje ko eija..sape la yg nak kt ko)]
1. Peluang untuk bertemu dengan kawan-kawan serta saudara mara yang entah dari ceruk rantau mana (yang selama ini tak pernah kenal pon) adalah tinggi.
Maka, berbual dan berkenalan jika baru kali pertama bertemu. Macam-macam yang akan dikorek, dari pekerjaan hinggalah benda yang berbentuk peribadi.
Kalau jumpa rakan-rakan lama :
Kawan : Kau kat mana sekarang? kerja ke?
Aku : perak..stdy lagi
Kawan : perak? kat uitm ker?
Aku : xlah upsi.
Kawan : haaaahh?? bakal cikgu
Aku : insyaallah
Kawan : betul ker? ko jgn tipu aku..
Aku : serius laaa
Kawan : pelik...mcm mn ko boleh jadi cikgu...
Aku : Ceh! ape ko ingat tak layak ker
kawan : bukan tak layak tapi macam tak sesuai dengan karakter
aku : hahaha..bidang ni dah banyak merubah aku...
aku : hahaha..bidang ni dah banyak merubah aku...
Kalau jumpa saudara-mara :
Makcik-makcik : Bila nak kahwin?
Aku : Tengoklah nanti. Muda lagi.
Makcik-makcik : Kalau kahwin nanti jemputlah.
Aku : Ya, insyaALLAH.
Pakcik-pakcik : Nanti kalau kahwin lambat sangat, tiada siapa nak tolong lagi.
Aku : Eh, tak mengapa.
Pakcik-pakcik : Kenapa?
Aku : Saya nikah di pejabat agama, lepas tu kita semua pergi makan KFC boleh?
Pakcik-pakcik : Macam itu pula.
Aku : Air boleh tambah, makanan tak boleh (ketawa)
nakal kan
haha
mengarut jer semua ni
2. Juadah yang pelbagai.
Ini sudah tentulah kan?
Siapa yang tidak suka makanan?
[gambar : aku memang suka makan (tapi kalau dah samapi 10 rumah satu hari memanga ku minum air je la)
macam-macam makanan yang ada yer :
kalau la boleh tapau bawak balik...hahaha
ermm tapi sekarang ni banyak yang guna perkhidmatan katering kan
aku tak suke cara macam ni. tak nampak kemeriahan kenduri. aku dilahirkan di kawasan kampung jadi aku memang biasa dibesarkan dalam suasana orang buat kenduri yang agak bising dan saling bersatu padu antara orang kampung, tapi sekarang benda-benda macam ni seperti sudah hilang...
insyaalllah andainya allah berikan aku jdoh sebelum sampai ajalku aku nak buat cara kampung....xmo katering katering ni x meriah......so, orang kampungku bersedialah untuk buat kerja banyak2 yerr..hikhik
3. Pening nak beli hadiah.
Bila begini, memang pening kepala nak belikan apa. Ada yang kawan rapat mungkin lain sedikit dengan kawan jauh. Ada majlis yang tidak dapat dihadiri, maka hantar hadiah atau telefon sahaja pengantin. Ada yang suruh datang juga.
Kawan : Tak kira, kau kena datang juga majlis aku.
Aku : aku ada kelas full
Kawan : Tinggalkanlah kelas tu balik kampung datang majlis aku dulu
Aku : Jangan jadi gila. Aku hantar hadiah ya?
Kawan : Tak nak hadiah! Nak kau datang.
Aku : aku x boleh ponteng
Kawan : Datang juga!
Aku : Aku kat perak lah. gila! aku nak balik kelantan semata2 nak g majlis kau
Kawan : (ketawa) Bolehlah.
Aku : Kalau kau kahwin lagi sekali, aku datang.
Kawan : Oit! Maksudnya aku dah jadi janda kalau aku kahwin lagi sekali!
Aku : Eh? Ha ha ha. Maaf.
[gambar: kalau bagi hadiah ni ok tak?]
tapi kalau korang semua jalankan kempen ni lagi bagus kan..xpayah aku penat-penat fikirkan hadiah tuk korang..[senyum]
nota : lusa exam... nak baca buku dulu lah
jeles tengok kawan kat sebelah duk tulis nota aku lak tulis blog
ngeee~~~~ blog ni memang berhantu lah..
eija : Ada kalanya kita perlu melalui semua itu sebagai satu bentu ujian agar kita lebih matang untuk menghadapi masa hadapan. Mungkin juga.
0 tinta pena sahabat:
Post a Comment