Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012




hai hai hai (saje buat bising malam2 ni..korang jangan marah yer)
ermm semua orang buat entry psal tahu baru
so, sy pun nk buat jgk lah..(sesaje menyibuk) hehe
erm..SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
semoga tahun 2012 akan membawa sinar baru dalam hidup anda semua
apa azam tahun baru?
ermm ape ekk
perlu ke ada azam?
klau perlu azam tahun baru aku nak kahwen larhh ..
gatal...huh..!!!

ok2 serius
azam tahun baru ekkk


1. dalam pelajaran
*nak jadi pelajar terbaikkk
*nak hbskan belajar
*nak dapat keje

2. dalam percintaan
*nk jadi kksh yg baik
*berharap agar cinta yang disemai terus kekal



3. dalam soal kewangan
*xnak boros2 lg dah...nk menabung (utk mjlis kawen..haha)

4.dalam perhubungan
*nak jd anak yg baik...kakak yg baik
*sahabat yg cuba memahami sahabatnya

banyaknya azam tahun baru kan....moga2 semuanya dapat dicapai amin...
korang pun mesti ada azam kan (glamour la incik azam musim ni)
so, aku doakan semoga azam tu akan tercapai..:)





sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, December 26, 2011

my first giveaway by aein amadhani

assalamualaikum semua
saya join giveaway lagi...:)
hope menang la
cz hadiahnya

cantik sangat..!!



26.11.11-10.1.12








sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, December 25, 2011

Aku Maafkan Kamu


maaf! lukisan x cantik

kau datang menabur benih cinta
menyemai janji untuk setia
membuai rasa dengan ketawa
mengukir kata hingga aku terlena
akhirnya,
aku dipaksa menyiramnya dengan airmata

maaf! aku telah menyintaimu
sepenuh hatiku
memujamu hingga aku
terlupa siapa diriku
ada kamu dalam lena panjangku
ada kamu dalam impian hidupku
ada kamu dalam khalayan indahku
ada kamu disegenap ruang hidupku

namun,setelah waktu melintas pesona,
semuanya terasa tidak bermakna
kucuba mencari cintamu tetapi kabur
kucuba mencari rindumu tapi tiada
kucuba mencari sayangmu tapi tidak kujumpa
yang kutemui hanya kepekatan malam yang dingin
akhirnya aku rebah
dalam pasrah

aku cuba meraba dalam kegelapan
yang kutemui hanya
cebisan luka
helaian hampa
coretan nista
deraian airmata
yang mematahkan semangat wanita

lalu aku bangkit dari rebah
bangun dari jatuh
kerana aku tahu aku harus pergi
tiba-tiba aku ingin berhenti mencintaimu
kerana kamu bukan lagi dirimu
izinkan aku pergi dan kamu ingatlah
walau apa pun alasanmu

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku...

eija zolkifeli : 26 disember 11
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Saturday, December 24, 2011

~~biarla ketinggalan zaman asal bukan akhir zaman~~



salam semua.. haluuu...dah bangun ke belum semua ni...sonyap jo... haku sebenarnye hangin sikit hari ni sebab tu la enrty ni guna bahasa 'haku' yer..maaf. sebenarnya aku sentap dengan sorang minah yang cakap aku berpakaian ketinggalan zaman ketinggalan zaman kah aku.............????

sentap cik kiah oiiii...............!!!!!!!!!!
tapi aku balas balik r.... oii cik kiah lebih baik aku berpakaian ketinggalan zaman daripada berpakaian akhir zaman kan... haaaa..diam seribu bahasa itu pompuan....

tp betul ke aku ketinggalan zaman....terfikir2 jgk______@__@ cuba korang tgk gambar haku ni-------------->




















kalau macam ni dikatakan ketinggalan zaman..aku rela daripada berpakaian mcm ni kan


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Friday, December 23, 2011

Jom Join GiveAway namiacinta.com

salam...hai semua
hari ni saya ada join satu GA
ok, ni first time saya join GA tau...korang nak join gak ker...jom join same-same
ni bannernya :

klik SINI untuk join

pendapat saya tentang blog awak :
  • simple but nice
  • tersusun (tak serabut)
  • tulisan dan ayat yang jelas (so,tak perlu la saya menjulingkan mata nak baca entry awk..hehe)
  • penulisan yang ada info yang menarik untuk dibaca (bukan hanya cerita kosong)
  • lastly, i like ur blog...wink wink...:)
apa yang perlu di ubah suai??

ermm...saya tak pandai nak ngomen-ngomen ni..
but yang jelasnya saya rasa awk kena tukar background blog
supaya lebih menarik...itu je,yang lain semua ok
terbaekkkk sis....!!!!

"menyertai giveaway namiacinta.com header tajaan Inspired Magz"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

cinta langit dan laut







Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
saya juga mahu cinta kami seperi cinta LAUT DAN LANGIT





nota : dah lama simpan citer ni kat buku (dulu xde blog lg)....so, kepada tuan citer ni-->saya mintak izin ambik citer ni...:)

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, December 19, 2011

saya suke awak sebab....

kenapa kita sukakan seseorang?
mesti ada sebab kan...(angguk ler)
walaupun orang kata untuk mencintai seseorangg, kita tak perlu kan sebab...tp in personal
mesti ada reason knp kita suke dia...rite?

k, for me, I like him because he has the beard (janggut)
hahahaha (korang jangan gelak)
first time I saw him in my heart infusion ensemnye dia...hehe
kenapa ensem sebab ada janggut sejemput...haha tengok la betapa obsesnya saya dengan lelaki berjanggut sampaikan status fb pun cenggini...



so, sape ada janggut sila angkat tangan
sebab skrg jugak saya nk masuk pinang awak.....kuikui...
opsss....nanti pak janggut saya marah-------->

ni lah encik kesayangan saya yang berjanggut kambing itu
kalau dia buang janggut tu means, cinta saya pun gugur la skali ngn janggut tuh..opsss
(dia tengah spotcheck phone saya...beraniiiii....)

kenapa saya tulis entri ni...????
sebab tadi saya ada terbaca tentang HIKMAH JANGGUT DI SEBALIK SUNNAH RASULULLAH--------> jom kita tengok citernye...

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

haaaa....so, abang-sekalian simpanlah janggut demi isteri anda nanti....peace....!!
n pesanan untuk incik kesayangan sila ingat perjanjian kita...janggut biar kekal begitu sebab saya suke.....@__@
sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...