Monday, March 11, 2013

HOMESICK di semester akhir

 
salam semua
 
baru je 3 minggu semester bermula aku dah mula rindu sangat-sangat dengan kampung terchinnta. padahal bukan tak biasa merantau cuma kali ni rasa lain sikit. mungkin jugak sebab aku bercuti lama hari tu...yawww
kerinduan tu lah membuatkan aku terus balik kampung...verani kan....ala-ala sem 1 plak homesick...tp yang peliknye sem 1 takde plak homesick....huhh abaikan~~~

pagi-pagi lagi planning dengan mypren nak g library konon-kononlah nak buat tesis tapi turun jer bas kat depan pintu pagar UPSI tu kami terus ambik teksi pergi pekan then beli tiket....yahooooooooooooooooooooo exited nak balik kampung...bila call orang kat kampung semua tak percaya sebab selama 4 tahun merantau aku tak pernah balik luar musim...

ok!! staight to the point sebenarnya aku balik sebab rindukan sesuatu.....apakah???? apalagi makan laaa...aku pantang dengar pasal makanan ok...!!! makanan kat sini sangatlah tidak menepati cita rasa...
balik kampung dengan niat nak makan ikan patin masak tempoyak, chicken chop blackpeperr, dan blueberry chesse kek...!!!

agak-agak tercapai tak impian tu????
mestila kan.....kalau tak tercapai sumpahh tak nak balik cni dah.....
layan pic makan k....
 
 


1st day balik dah dapat makan BLUEBERRY CHEESE 
KEK...muka exited giler...huhh abaikan
 
 

malam hari kedua: dapat makan chicken chop with blackpepper sauce
makan tak pandang kiri kanan dah...
 
 

                                                 seterusnya ikan patin masak tempoyak special
                                              pstt..psttt..yg ni ehem2 yg masak....thanks awak...:)




ini satu lagi yang membuatkan hati melunjak-lunjak mo balik..hahahha...beli buku dengan baucer buku orang...hahahah aku punyer kena simpan dulu...ngeeee thank to mr. incik ustaz sekali lagi..:p setelah beberapa hari balik untuk mengade-ngade...akhirnya aku perlu balik ke tg malim untuk meneruskan perjuangan bersama semangat yang baru ok.......TESIS OH TESIS~~~oh yeee...ni ada gambar incik driver yang melaksanakan semua impian saya tu yer...thanks awak...:)






sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Thursday, February 21, 2013

welcome back..!!

 
welcome back..!!!
halooo....halooo...

selamat kembali pada diri sendiri..4 bulan bercuti dari sebarang aktiviti ilmiah..owhh sungguh otakku berkarat. kini, aku kembali sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan untuk semester akhir. macam ni rupenye jadi pelajar semester akhir. macam mana??? korang tunggu lah saat-saat itu yer..ok lah sampai sini jer, saje nak bagitau aku ada hehe
 
#otak berkarat...nak buat entri pun tak larat#

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, October 15, 2012

pelajarku : 4 DEDIKASI

 
4 bulan yang lalu. aku masuk kelas ini dengan 1001 perasaan. rasa gementar, takut, tak tahu nak cakap apa semua bercampur menjadi satu. kerana ini pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi di dalam kelas bersama pelajar-pelajar...

kini, aku menjadi lebih yakin....tak perlu nak rangka-rangka apa yang nak diperkatakan dalam kelas sebab semuanya akan keluar secara spontan. tetapi kebiasaan ini akan aku tinggalkan tidak lama lagi...

kelas 4D adalah kelas yang paling corot sekali di sekolah ini. dan aku merasakan inilah cabaran yang paling besar dalam hidup aku.. bukan mudah untuk membuatkan mereka minat untuk belajar. tapi aku yakin aku mampu laksanakannya...walaupun bukan membangkitkan semangat belajar untuk semua subjek tapi sekurang-kurangnya untuk mata pelajaran kesusasteraan melayu

kini setelah 4 bulan aku boleh dikatakan berjaya buat mereka minat pada mata pelajaran kesusasteraan melayu. dengan menggunakan kaedah yang menarik dan kepelbagaian ABM... aku melihat perubahan mereka dan yang paling menggembirakan apabila kehadiran pada hari isnin dan rabu (HARI ADA SASTERA)  adalah penuh. alhamdulillah!
 
jom layan saje gambar mereka ::::::
 

 melakukan aktiviti lukis sinopsis
pelajar di kelas hujung memang berbakat dalam perkara yang lebih praktikal



 
pembentangan dan santai------sebelum menunggu waktu balik





inilah pelajar pertama saya 2012..
kamu semua akan terus terpahat dalam kenangan cikgu






semoga satu hari nanti kita akan berjumpa lagi dan ketika itu kamu lebih berjaya dari diri ini






cenderamata untuk pelajar-pelajar 4 dedikasi yang banyak mengajarku erti kesabaran, kelembutan dan memberikan sejuta kenangan dan pengalaman.

"guru dan pelajar berpisah tiada"




sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, October 9, 2012

ceritera pelajarku 2#

 
PMR sudah menjengah tiba...hari ini hari kedua...
bukan tentang PMR yang aku ingin ceritakan 
tetapi tentang perasaan menjadi guru itu yang menggerakkan jemariku

sebelum peperiksaan PMR bermula,
aku melihat ramai pelajar tingkatan tiga mula mencari guru... katanya ingin memohon restu... izin ilmu perlu diburu...supaya tenang selalu untuk menjawab peperiksaan yang menyentak kalbu....

aku tidak mengajar tingkatan tiga..cuma kadangkala masuk 'relief' sahaja...ada ketika aku bercerita untuk mengisi masa...sebenarnya untuk menyedarkan mereka juga. Aku bawa kisah kejayaan mereka-mereka yang hidup dalam serba kekurangan...tetapi boleh berjaya dengan adanya usaha...
 
mereka pernah bertanya : kenapa dicerita kisah mereka saja? hari ini kami mahu mendengar kisah cikgu yang selalu memberi kami inspirasi...ohhh..aku termangu sebentar..terkedu juga mungkin...apa aku nak beritahu...

  

bukan aku tidak punya cerita...mungkin lebih derita dari mereka....tapi entah kenapa aku rasa berat untuk berkata tentang kisah derita itu...tetapi kisah itulah yang membina diriku hingga kau menjadi aku pada hari ini dan ketika ini aku berdiri depan kamu sebagai guru...
 
hanya satu yang aku ceritakan pada mereka tentang kisah kejayaanku...iaitu HARAPAN.... aku sentiasa mempunyai harapan dalam hatiku walaupun aku tahu kadang-kadang apa yang aku harapkan itu nampak mustahil untuk aku gapai.....kenapa HARAPAN? kerana harapan akan membangkitkan semangat.... itu bagi aku...mungkin setiap orang punya kisah dan cerita yang berbeza....

berbalik pada cerita tadi....aku turut didatangi pelajar2 tingkatan tiga yang datang bersalaman dan memohon restu..kata mereka : saya mempunyai harapan yang besar untuk peperiksaan ini dan oleh itu saya berusaha dengan gigih....cikgu restuilah saya....

saat mereka memelukku.....aku cuma mampu berdoa dalam hati :
 
ya allah, kau berilah yang terbaik untuk pelajar-pelajar ku ini....amin.
dan perasaan ketika itu hanya allah yang tahu...
kini menjadi guru bukan lagi kesilapan bagi aku
aku mula menabur bakti sepenuh hati..... 
 
 

"janganlah takut untuk menaruh impian dan terbanglah ke bulan, jika kita gagal sampai ke sana kita pasti berada di antara bintang-bintang"



sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Sunday, October 7, 2012

curang dalam diam

 

Dia termangu di depan muka buku. Dia Nampak kekasih hati ada di situ. Tapi kenapa disisinya bukan aku? Fikirannya buntu...nak buat apa pun tak tahu...dia seolah-olah beku terkejut atau terkaku, aku pun malas nak ganggu...takut dia naik hantu...

Dia pandang aku dengan mata berkaca...dia tunjuk status si dia suruh aku baca...apa lagi yang aku nak kata...aku pun diam tanpa bicara kerana ada kalanya diam itu lebih baik dari berkata lalu mengguris hatinya...

 
Aku lihat dia pejam mata...aku tahu macam mana sakit yang dia rasa...aku keluar dari ruang kamarnya, beri dia masa untuk mencerna apa yang baru dia terima...aku tahu dia kuat menerima kenyataan..kerana ini bukan pengakhiran...

Aku termangu melihat malam, aku berbicara dalam diam...kawan, lepaskan dia bersama angannya...lepaskan dia mencari kebahagiaan... dan kau temanku..insyaallah ada yang terbaik untukmu.

“lepaskan dia andainya itu pilihan dia...ada yang terbaik untuk kita...itu janji pencipta kita”
 


sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Monday, October 1, 2012

HeLLo OktOBeR!

 
 
OKTOBER...OKTOBER...OKTOBER
Tragedi oktober

harap-harap tidak ada tragedi ye yang berlaku di bulan ini
gembira dalam duka bila datang oktober...kenapa? kerana akan dinoktahkan segala yang bermula. ketika mula menerima berita, akan berkhidmat di bandar diraja, hati rasa riang tertawa..ohh aku bakal mendidik bangsa. 
sampai saja di kota ini, aku mula mengenal erti...bahawa fantasi tak seperti realiti. berdepan dengan pelajar sendiri menjadikan aku lemah meniti hari. bukan putus asa di awal perjuangan tetapi jiwa rapuh mencari kematangan. aku mula mendidik diri menerima kekurangan kerana mereka masih punya harapan.
kini setelah tiga bulan, aku mula menjiwai peranan....aku mula mencorak kenangan, aku sudah berani berhadapan....tapi aku juga perlu menanti datangnya perpisahan...
 
sungguh aku mula sedih membilang hari, aku tak nak begini...
BOLEH TAK KALAU NAK POSTING DI SINI?
 
berakhirnya oktober maka berakhirlah perjuangan aku disini
 
 
"ucap selamat tinggal itu sukar"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Tuesday, September 25, 2012

ceritera pelajarku #1

 
salam kerinduan buat semua
sudah lama rasanya aku tidak membuka pintu rumah ini
tapi tidak mengapa aku pasti kalian ada untuk melihat laman rumah ini sekali sekala.

aku masih lagi berpraktikal di minggu ketiga belas. masih lagi berbaki 3 minggu..tetapi perasaan sedih tu sudah mula menular dalam diriku...mungkin juga pelajar-pelajarku. hari ini aku menujukkkan satu set induksi lagu salam terakhir nyanyian SUDIRMAN. aku melihat mata mereka merah dan mula menundukkan wajah...opss..touching

habis saja kelas...semua datang memelukku...allahuakbar, sungguh jadi guru itu indah. itulah perasaan yang aku rasakan. pelaja-pelajarku.....kita bertemu, kita kenal...lalu kita diikat dalam satu hubungan yang punya jarak...cikgu cuba buang jarak itu supaya kamu semua tahu bahawa hubungan guru dengan pelajar itu seperti ibu dan anak....dan kita akan berpisah tetapi ikatan itu tidak putus....
cikgu akan selalu tanya khabar kamu insyaallah...
mereka menitiskan air mata...
aku senyum lalu
aku katakan
ada ujian yang lebih berat dari ini...
simpan air matamu untuk suatu hari nanti...
 
kata mereka : cikgu tak menangis pun...cikgu tak sayang kami?

aku katakan : tidak...cikgu simpan air mata cikgu untuk menangis bila melihat kejayaan kamu nanti. kerana tiada apa yang lebih menggembirakan cikgu selain daripada melihat kamu menjadi seorang yang dihormati. itu maknanya cikgu berjaya dalam kejayaan kamu.
 
insyaallah.

"suka duka menjadi guru hanya boleh diceritakan oleh GURU"

sekadar berkongsi rasa, LIKE KALAU SUKA.terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...